D'GETING RESORT TEMPAT UNTUK MEREKA YANG MENCARI KEDAMAIAN

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Geting, Tumpat. Kalau orang dengar tak dengar ingatkan Genting. Bila sebut Genting terus waaa bestnya Genting Highlands. Eyh, tak kenal lagi dengan Geting, Tumpat Kelantan. Kalau kenal mahu merayu tak nak balik. Bukan tempat biasa-biasa ni. Geting antara destinasi pelancongan dalam negeri Kelantan. Kalau pergi tourism, mesti diaorang akan suggest-kan juga korang untuk datang Geting.


#DGETINGRESORT
#RESORTKELANTAN

Godek-godek tengok pantai je. Tengok macam perkampungan nelayan je. Banyak lagi korang tak tahu pasal Geting. Satu perkampungan di tepian pantai Laut China Selatan memang memberi satu kedamaian bagi mereka yang dah selalu menghadap hiruk-pikuk kota. Jem, hon, panas tar - itu semua menyumbang dalam stress kehidupan seharian. Tapi kalau tak kerja, macam mana nak earn living.

CHALET, KONTENA CABIN D'GETING RESORT


#DGETINGRESORT
#RESORTKELANTAN

BILIK KONTENA

Antara tarikan untuk pengunjung D'Geting Resort adalah dengan merasai bermalam dalam kontena. Mek biasa tidur dalam kontena masa kerja dengan abang mek dulu je la. Dalam hutan, office pun dalam kontena. Tempat officer tidur pun dalam kontena. Tapi tu kontena dalam hutan yang ada tilam nipis je la. Kontena D'Geting Resort ni dah di-upgrade cantik punya.


#DGETINGRESORT
#RESORTKELANTAN

BARISAN BILIK KONTENA

In row ada 5 kontena semuanya. In total ada berapa mek tak pasti tapi lebih daripada sepuluh. Sebab di belakang ada lagi satu row untuk kontena cabin. Yang ni berdepan dengan tempat parking. Senang sikit nak angkut barang.


#DGETINGRESORT
#RESORTKELANTAN

SUASANA KONTENA CABIN

Tentunya ber-aircond weih. Malam ya allah sejuk yang amat. Kipas dinding pun ada. Kalau sejuk sangat boleh bukak kipas tu. Kontena Cabin ni ada dua katil. Satu queen satu lagi single. Jadi macam mek yang ada anak boleh la anak tidur satu katil, mak ayah tidur satu katil. Ataupun ayah tidur satu katil, mak dengan anak-anak tidur satu katil. Bilik air pun ada dalam kontena cabin ni. Jangan risau.


#DGETINGRESORT
#RESORTKELANTAN

BEVERAGE

Seperti hotel dan resort lain, minuman seperti nescafe juga disediakan. Cuma air panas korang kena ambik di hadapan tempat receptionist. Dia tak sediakan kettle sebab dah banyak kejadian curi berlaku. Untuk elak berdosa itu meleluasa, maka pihak D'Geting Resort ambik inisiatif untuk pasangkan penapis air di receptionist. Yang ada anak nak buat susu malam-malam, elok ambik siap-siap sebelum tidur.


#DGETINGRESORT
#RESORTKELANTAN

SHEERA CHALET

Ini jenis chalet. Sheera diberi nama sempena kayu yang digunakan tu adalah daripada pokok sheera. Chalet ni boleh muat satu keluarga besar juga sebab ada dua katil queen. Kalau pandai adjust kaum sedara mara, boleh muat tiga orang di atas katil. Jadi boleh la muat 6 orang satu chalet. Tentunya selesa untuk korang merehatkan diri.


#DGETINGRESORT
#RESORTKELANTAN

SHEERA CHALET

Sheera chalet ni pun ada dalam lebih sepuluh but not more than lima belas. Kalau korang rancang nak buat hari keluarga, elok benor. Booking mana yang bersesuaian dengan keluarga. Banyak pilihan bilik untuk didiami.

KOLAM UNTUK 'BONDING' BERSAMA KELUARGA


#DGETINGRESORT
#RESORTKELANTAN

KOLAM RENANG

Ini paling popular di D'Geting Resort. Kolam ada dua side, satu budak satu lagi orang dewasa. Kenapa kolam renang paling popular? Sebab daripada anak sehingga orang dewasa memang semua terjun mandi kolam. Release stress katanya. Memang betul, duduk dalam air walaupun tak berenang, tengok anak main air memang seronok. Lagi pula diorang dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang lain. Lagi best kalau buat family day, dapat eratkan hubungan silaturahim.


#DGETINGRESORT
#RESORTKELANTAN

KOLAM RENANG

Selain itu, D'Geting Resort juga open kolam renang ni kepada orang awam. Maksudnya yang tak menginap disini pun boleh terjun dalam kolam ni dengan syarat dikenakan bayaran RM5 per entry. Ada syarat umur dan kelayakan untuk masuk ke kolam ini. Kalau weekend memang meriah penuh dengan orang. Seronok tengok budak terjun sana sini. Dah macam dalam stadium kolam renang. Apa-apa pun, parents kena hati-hati jangan leka, awasi pergerakan anak anda. Kang ada yang buat macam athlete sukan renang like a pro, pulak susah di masa hadapan.  

PORT BBQ ERATKAN LAGI HUBUNGAN


#DGETINGRESORT
#RESORTKELANTAN

TEMPAT BBQ

Tempat BBQ dah di-upgrade ! Dah berbumbung senang la nak membakor. Pondok pun lebih selesa untuk diduduki. D'Geting Resort tak sediakan ikan sotong bagai. Yang depa sediakan hanya arang dan tempat nak membakar.


#DGETINGRESORT
#RESORTKELANTAN

TEMPAT BBQ

Meriah ! Nak buat sambutan apa-apa pun cantik sebab tepi laut. The breeze memang win ! Ni antara suggestion mek kepada korang, event apa yang sesuai untuk dibuat D'Geting Resort :

~Beach wedding
~Birthday celebration
~Family day
~Jamuan perpisahan atau apa-apa related

Seronokkan? Sambil hilangkan rasa stress, OOTD pun cantik, FOTD pun cantik !

ANGIN PANTAI LAUT CHINA SELATAN


#DGETINGRESORT
#RESORTKELANTAN

SEA BREEZING

Ke Pantai Geting, just keluar ikut pagar belakang D'Geting Resort je. Jalan 20m je nak sampai ke pantai. Boleh la petang-petang bawa anak mandi pantai, buat istana pasir. Kids mesti seronok maksima lah.


#DGETINGRESORT
#RESORTKELANTAN

SEA BREEZING

Selain daripada tu, lighting di pantai memang tak pernah fail. Boleh bergambar sehingga memory phone penuh.


#DGETINGRESORT
#RESORTKELANTAN

SEA BREEZING

Dan juga boleh merenung dosa-dosa yang telah dilakukan. Dah tahu berdosa, moh kita atur strategi macam mana nak hapus dosa dan tingkatkan pahala. Ajar pada anak sekali. InsyaAllah, sempat lagi kita ubah diri untuk layak ke syurga.

KEMUDAHAN LAIN YANG DISEDIAKAN


#DGETINGRESORT
#RESORTKELANTAN

SURAU

Surau disediakan kepada para tetamu yang datang. Boleh digunakan walaupun korang tak menginap disini. Kalau korang menginap disini lepas tu nak berjemaah, boleh juga. Time mek sampai, sekumpulan budak sekolah yang ada dalam gambar BBQ tadi, solat asar berjemaah. Alunkan zikir lepas sembahyang. Allahu, wahai ibu dan bapa bagi anak-anak ini, sejuk lah hati mu dengan melahirkan zuriat yang mengingati Allah. Alhamdulillah. Semoga pahala ni pun mengalir pada owner D'Geting Resort sebab sediakan kemudahan ni.


#DGETINGRESORT
#RESORTKELANTAN

TEMPAT PARKING

Luas ! Dah luas pun still penuh sebab memang D'Geting Resort sentiasa dikunjungi oleh orang ramai. Menjadi pilihan kepada mereka yang nak cari satu percutian / gateway pada hujung minggu di suasana deruan ombak dan angin pantai. Back to nature is always the best.

HARGA BILIK YANG BERPATUTAN


#DGETINGRESORT
#RESORTKELANTAN

TARIF / HARGA BILIK

Senarai harga bilik. Korang boleh suit-kan dengan keluarga korang. Maksudnya capacity yang nak datang tu. Bagi mek, dah cukup reasonable dah harganya ni. Breakfast tak termasuk tau. Di bawah ni ada beberapa details lain yang mek rasa korang perlu dan ingin tahu :

Waktu operasi : Setiap hari. Takada hari cuti.

Landmark : Maktab Rendah Sains Mara. Kalau korang daripada Kg Tujuh, about 50 meter ada simpang masuk ke kanan untuk ke Pantai Geting. Kalau korang daripada Pengkalan Kubor, before MRSM ada satu simpang belah kiri then masuk terus je ke Pantai Geting.


No Receptionist : 0177048998

Tempat menarik sekitar D'Geting Resort : Pengkalan Kubor (3km). Musium Wau (1.5km). Nasi Ikan Bekok (ikan masin) 500m. 

**********

Jadi, korang tertarik tak nak ke sini bila ke Kelantan? Ataupun korang dah pernah datang ke D'Geting Resort, boleh share diruangan komen. And, siapa vote percutian di tepi pantai compare to percutian ditempat tinggi? Kalau mek, prefer di tepian pantai sebab anak nampak lebih happy bila bermain dengan pasir. Lebih-lebih lagi kalau dapat main pool, memang nampak sangat muka diaorang macam tak nak balik. Korang pula macam mana? ❤


Sekian ..


#DGETINGRESORT
#RESORTKELANTAN
#PANTAIGETINGTUMPAT

2 comments