BETUL KE LELAKI TAK ROMATIK?

Salam alaikum sahabat blogger mek ..

Lelaki memang banyak juga la terpalit dengan isu tak romantik dalam perhubungan. Kalau tak romantik je mesti peratusan menyebelahi kaum adam. Kaum hawa biasanya memang dilahirkan dengan sifat yang 'kerak nasi' keras tetapi lembut. Keras bagi mempertahankan dirinya namun lembut atas dasar sifat seorang wanita yang menjadi perhiasan dunia. 


#LELAKITAKROMANTIK
#LELAKIROMANTIK

Balik kepada lelaki pula, mereka lebih kepada sikap sebagai seorang ketua. Sifat seorang ketua mestilah tegas, sikap tidak memberi muka kepada orang bawahan kalau tak nanti kena pijak kepala. Itu yang kebanyakkan lelaki punya sikap. Tapi tahukah sebenarnya sikap tu boleh mengundang banyak lagi masalah sebab sikap 'tiada toleransi' akan buatkan komunikasi itu gagal. Komunikasi bersifat arahan hanya dapat menggerakkan dengan keadaan 'terpaksa' bukan dengan sepenuh keikhlasan.

Jadi, apa kaitan sifat romantik dengan sifat sebagai seorang ketua? Nanya kalau ketua ada sifat romantik ni. Ulat bulu naik daun ! Ini apa yang mek dapat daripada perkongsian ilmiah yang mek dengar.


1. DEFINISI ROMANTIK BAGI SESEORANG

Romantik ni hanya kita yang boleh tarifkan macam mana sebab setiap orang cara romantik yang dia inginkan dan yang dia sampaikan adalah tidak sama. Sebagai contoh, ada orang dia lebih suka memberi hadiah kepada pasangan dengan anggapan bila bagi barang nampak romantik dan barangan tersebut akan menjadi sentimental value kepada pasangannya. Habis, yang tak bagi barang tu, tak romantik lah? Bukan juga. Bagi mereka yang tak suka bagi hadiah, cara penyampaian romantiknya kepada pasangan mungkin melalui ucapan atau melalui perbuatan lain. Tidak semestinya kena bagi hadiah.


#LELAKITAKROMANTIK
#LELAKIROMANTIK

Namun begitu, kalau pasangan korang tu memang suka bagi hadiah, terima aje lah. Mungkin dia bagi hadiah pada korang tapi malas kemas rumah. Sebaliknya ada yang suka tolong pasangan dalam urusan rumahtangga atau perhubungan korang, tapi dia jenis nak apa beli sendiri. Maka :

~ Romantik pada satu individu tak sama.
~ Jangan bandingkan pasangan kita dengan mereka yang lain.
~ Bagi contoh untuk romantik, itu dibenarkan namun jangan berharap dan memaksa.
~ Romantik datang secara semulajadi.

2. TAK TAHU CARA PUNCA TAK ROMANTIK


#LELAKITAKROMANTIK
#LELAKIROMANTIK

Ni paling ramai guna alasan 'i tak tahu lah macam mana nak jadi romantik'. Dia tak tahu, tapi dia tak belajar juga dan dia tak google pun ambik inisiatif sendiri. Tapi korang maafkan lah dia. Mungkin dia ingat korang macam okei perangai tak romantik tu jadi dia pun tak nak la ambik kisah dengan romantik-romantik ni. Bila tak romantik, pasangan rasa macam tak dihargai. Sayang tapi bagai angin lalu sahaja. Tak menghangatkan hubungan tersebut. Untuk mereka yang tak tahu bagaimana cara nak romantik, ini sedikit tips untuk korang :

~ Komunikasi dengan pasangan tentang definisi romantik.
~ Google juga tentang 'surprise' yang menarik untuk pasangan.
~ Bercuti berdua dengan hubungan yang halal juga dapat menimbulkan suasana romantis.
~ Di rumah secara harian juga boleh beromantis dengan pasangan dengan ada sesi pillow talk.

3. IKUT SUNNAH RASULULLAH


#LELAKITAKROMANTIK
#LELAKIROMANTIK

Ajaran Islam cukup indah dan lengkap. Teladan ataupun yang lebih mesra dipanggil sunnah daripada Rasulullah adalah yang terbaik untuk kita ikuti. Tentang romantik cara Rasulullah, kalau ditanya mesti jawapan yang pertama keluar daripada mulut lelaki adalah 'Rasulullah minum air pada gelas yang diminum oleh Aisyah malah Rasullullah mencari tempat yang sama Aisyah minum'. Cerita ini semua orang tahu. Tapi tak semua pasangan buat. Kongsi straw pun geli dengan pasangan ada hati nak minum satu gelas dengan tempat bibir yang sama. Bila ada sikap macam ni, sikap itu slowly membunuh rasa romantik terhadap pasangan. Anggap pasangan macam kawan kita pulak. Tak boleh kongsi gelas, makanan dan apa-apa lagi. Untuk itu, buang sifat tersebut dan belajar untuk berkongsi dengan pasangan sebab Rasulullah buat benda yang sama. Lain-lain cara romantik yang Rasullullah tonjolkan adalah :

~ Membantu isteri dalam mengemas rumah.
~ Bergurau dengan isteri dengan lemah lembut.
~ Menyikat rambut isteri.
~ Memicit hidung isteri ketika isteri marah.
~ Mendengar luahan perasaan isteri.

4. FAHAMI CITARASA PASANGAN


#LELAKITAKROMANTIK
#LELAKIROMANTIK

Memahami seseorang bergelar manusia ni bukan dalam masa sehari dua. Apatah lagi yang dah jadi pasangan kita. Walaupun tidur sebantal, tidur satu bilik, makan berkongsi pinggan, dalam hati tiada siapa yang tahu. Cuma kita sebagai manusia yang ada akal, kita boleh teka kalau dia jawab macam ni, dia suka ke tak. Proses 'screening' tu kena ada. Screening tu tapisan la. Menapis maklumat yang diberikan. Maklumat ni kadang sampai secara lurus. Kadang berliku juga cara penyampaiannya. Niat asal nak bagi hint nak pergi bercuti je. Tapi habis dia duk cerita last bercuti bila, duk cerita kawan FB pergi situ sini - kesudahannya 'saya pun nak pergi bercuti juga'. Mek kadang macam tu juga tapi not all the time. Sebagai pasangan kita kena alert la bila pasangan kita bersuara tentang perkara yang bukan rutin. Contohnya tetiba sentuh pasal orang jual tanah ke, atau apa-apa sahaja la. Kena lebih peka. Ini tips untuk korang lebih peka terhadap pasangan. Peka ye bukan pekak :

~ Bagi perhatian bila pasangan bercakap, samada dia luah perasaan ataupun dia menyatakan kenyataan, dengar je. Kalau tak dengar, korang akan susah nak teka apa yang dia suka dan tak suka.
~ Kumpul maklumat bila dia memilih barangan ataupun masa korang luang masa dengan diaorang sebab dari situ boleh baca pasangan korang citarasanya bagaimana.
~ Selalu tinjau Fb atau IG pasangan, apa yang top search sebab top search menunjukkan apa yang mereka usha.
~ Cuba beri jawapan yang sejujurnya kepada pasangan, anggaplah sebagai nasihat untuk ubah mereka jika mereka nampak terpesong daripada landasan agama.

5. ROMANTIK DEMI KEKALKAN HUBUNGAN


#LELAKITAKROMANTIK
#LELAKIROMANTIK

Rumusannya, kena lah jadi romantik untuk kekalkan hubungan dengan pasangan. Dan romantik itu bukan dengan cara mengikut cara orang lain, biar ianya sesuai dengan diri kita. Jangan paksa tapi belajar untuk jadi romantik. Tak rugi kalau korang bagi ruang dalam diri untuk jadi sedikit romantik. Pastinya pasangan korang akan rasa lebih dihargai. Kan #tilljannah maka sepanjang di atas dunia ni, corak la kehidupan yang kita rasa seakan-akan mini syurga. Ni beberapa alasan kenapa korang kena jadi romantik dalam perhubungan :

~ Untuk jaga hati pasangan.
~ Menjadi contoh teladan kepada anak-anak, keluarga mawaddah.
~ Mengikut sunnah Rasulullah dalam perhubungan halal.
~ Mengelakkan berlakunya pertengkaran.

Harap dengan apa yang mek kongsikan ni dapatlah sama-sama kita ubah diri menjadi ke arah lebih positif untuk sama-sama ada keluarga yang bahagia duniawi serta akhirati. Jangan paksa diri tapi belajar untuk menerima cara romantik yang pasangan kita suka. Semoga semuanya sehingga ke syurga. InsyaAllah ❤


Sekian ..


#LELAKITAKROMANTIK
#LELAKIROMANTIK
#IKUTSUNNAHPASTIROMANTIK

9 comments

  1. Romance ni memang subjektif. Memadai kalau pasangan happy jer la..haha

    ReplyDelete
  2. Kita walaupun kawen lama mana pun kena selalu mewarnai hubungan bersama kan..sesekali romantik apa salahnya.

    ReplyDelete
  3. Lelaki ni romantik cuma x reti nak tunjuk aje. Hehehe. ..

    ReplyDelete
  4. tapi sha kalau lelaki romantik sangat mesti fikir lain, so better romantik tapi jangan berlebihan eh hahaha

    ReplyDelete
  5. Laki ni dia romantik je kan.. Tp mereka ni susah nak tunjuk romantik tu hehe

    ReplyDelete
  6. Lelaki ni romantik dengan caranya tersendiri. Ada sesetengah suka bagi bunga, suprise hadiah. Ada yang jenis nak manja je. Haha berbeza beza caranya

    ReplyDelete
  7. Lelaki romantik pada cara masing2. Kita sebagai pasangan kena terima seadanya. Kang terlebih romantik rimas plak. Haha

    ReplyDelete
  8. abe cik ash pernah oyat lelaki ni nak tunjuk sifat romantik susah... kadang kalau terlebih romantik jadi nak marah sebab dia buat2 pulak hahaha

    ReplyDelete
  9. Topik yang menarik. Best baca. Hehe

    ReplyDelete