B INFINATE SATU CARD UNTUK BANYAK KEDAI !

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Mek memang memiliki sebuah kereta, since mek berusia 20 tahun. Time tu 2010. Mek kerja dengan abang mek, so dia bagi kereta satu untuk senang datang kerja. That time was Kelisa warna biru. Secondhand punya. Tapi sayang pada kereta tu, first car and banyak berjasa bawa mek ke mana-mana. Paling jauh mek pernah drive Baby Blue tu ke Kuala Lumpur. Lasak ! Rindu Baby Blue.

2014, masuk kerja dengan BSN Kota Bharu. Lepas tiga bulan dah action pulak ada gaji riban. Terasa dalam hati ni nak pakai kereta baru. Congak kira tolak semua benda, keluar pula si Myvi Oren diberi gelaran Ozzy. Sampai sekarang dah mati rasa nak tukar kereta. Sebab komitmen of course. Tapi, ada satu benda yang tak pernah rasa mati dalam hati, iaitu menggunakan kad B Infinite. Setia since 2010.

SATU KAD DENGAN PELBAGAI PILIHAN KEDAI


#BINFINATEBEYOU
#PAYWITHBPOINTS

B Infinite ni sebenarnya satu kad loyalty yang mana banyak kedai terlibat sama dalam B Infinite. Bagi mek, ianya memudahkan kita semua sebab dengan satu kad je korang boleh kumpul mata di mana-mana kedai yang berkaitan. Senang kumpul mata ganjaran, senang juga nak tebus mata ganjaran, ye tak? Daripada korang ada banyak kad macam satu kad satu kedai, nak kumpul mata tu lambat. Kekerapan ke kedai yang sama mungkin sebulan sekali je tapi dengan B Infinite seolah-olah dalam seminggu penggunaannya sehingga tiga kali ! Antara kedai yang terlibat sama adalah :

~ Lazada
~ Starbucks
~ 7 Eleven
~ 11th Street
~ Caltex
~ BSN
~ Dan banyak lagi korang TEKAN SINI untuk tengok keseluruhannya.

KUMPUL MATA UNTUK TUKAR KEPADA TUNAI


#BINFINATEBEYOU
#PAYWITHBPOINTS


Macam mek cakap di atas tadi, disebabkan banyak kedai yang menggunakan B Infinite loyalty card ni jadi cepatlah sikit korang kumpul mata untuk tukar kepada barangan yang korang nak. Yes, mek sering berbuat demikian bila dah cukup mata yang mek sasarkan. Contohnya yang selalu mek gunakan adalah penebusan voucher minyak. Seronoknya bukan tebus dan kena tunggu voucher sampai baru tukarkan. Hanya bagitahu je pada cashier di stesen Caltex (semua stesen mengaplikasikan benda ni) untuk tebus mata ganjaran. 1,000 mata ganjaran bersamaan RM10 minyak petrol. Seronok, kan? 

Dalam segi mengumpul mata ganjaran pula ianya ada beberapa kaedah. Mek tak berapa pasti untuk merchandise lain sebab macam Lazada sekalipun, kita hanya masukkan nombor kad kita pada masa checkout pembelian dan nanti dia akan masukkan points dalam kita punya akaun. Jadi tak sempat study belanja RM berapa dapat berapa points. Yang memang selalu mek guna adalah Caltex. Untuk setiap litre yang kita isi akan dapat satu point di B Infinite. Kalau isi RM30 dapat dalam 13 litre maka dapatlah 13 mata ganjaran. Begitu cara kiranya.

APLIKASI MEMUDAHKAN PENGGUNA





#BINFINATEBEYOU
#PAYWITHBPOINTS


Seperkara lagi yang mek suka pasal B Infinite ni, dia ada apps untuk kita pantau mata ganjaran kita. Senang la kan nak tengok berapa mata ganjaran yang kita ada sekarang. Untung-untung takada bajet nak tuang minyak, boleh pakai mata ganjaran B Infinite untuk tuang minyak. Selain tu jugak, promo-promo yang sedang berlansung di kedai-kedai yang bersama-sama B Infinite ni juga akan keluar di apps B Infinite. Bagi mek info tu mudah dan cepat sikit untuk kita dapat. Plus, di apps B Infinite juga ada paparkan jarak merchandise yang terdekat dengan korang. Contohnya Starbucks yang terdekat, Caltex yang terdekat dan apa-apa yang terdekat la supaya korang peka dan cubaan menarik minat kita untuk pergi membeli sambil kumpul mata ganjaran !

CARA MOHON KAD YANG PALING MUDAH



#BINFINATEBEYOU
#PAYWITHBPOINTS

Mek mohon kad B Infinite ni melalui stesen Caltex. Teramat mudah. Just isi nama pada borang kad dan terus dia swipe kad kita untuk pengaktifan. Tak perlu nak tunggu dulu atau nak kena isi banyak info. Lepas dah ada kad teruskan mengguna di mana-mana merchandise yang berkaitan. Masa mek apply tu tahun 2010, masih tiada apps untuk B Infinite. Jadi mek activate untuk tengok mata ganjaran dan juga tengok apa yang boleh ditukar melalui WEBSITE B INFINITE je lah. 

Untuk korang yang belum mohon kad B Infinite boleh berbuat demikian di mana-mana stesen Caltex atau mana-mana merchandise yang B Infinite senaraikan. Untuk apply secara online mek rasa macam takada. Tapi memang paling mudah apply di Caltex je lah.

**********

Korang pula, apa pengalaman korang dengan B Infinite? Dah berapa lama korang menjalinkan hubungan dengan B Infinite. Jom share cerita korang di ruangan komen ❤


Sekian ..


#BINFINATEBEYOU
#PAYWITHBPOINTS
#WANAAIDADELIANA4BINFINATE

2 comments

  1. abe kie ada kad ni tp jrg guna. selalu isi minyak di petronas je.

    ReplyDelete
  2. Sekarang dah x payah guna kad dah,guna app je sebagai kad,lg mudah kan,nak apply pun guna app je sekarang,tapi journey bcard tu masih simpan lg,rare tu keluaran first edition.lg satu card ni safety skit,kne guna password masa nk tebus,x mcm kad petron spe2 je blh tebus,hati2 ye gais,sy dh 2 kli cashier x kasi blik kad,dh la point byk dlm kad tu,kite penat2 kumpul,senang2 je diorg nk ambil,klu point ada sikit xpe la jgk,sy x halal la spe yg ambik tu,lepas pd tu dh mls nk apply kad petron,kumpul bcard je la selamat.

    ReplyDelete