Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Nescafe, satu jenama yang lama dah bertapak di Malaysia. Dah lama menyebarkan keenakan kopi bagai baru di-brew. Semestinya 90% rakyat Malaysia menyukai dan menjadi peminat setia Nescafe tak kisah samada dalam tin, sachet, mahupun original brew. Nescafe ni juga adalah anak syarikat Nestle yang merupakan syarikat yang besar dalam menyediakan pelbagai minuman dan makanan.
Pun begitu, ada juga mereka yang tidak suka dengan Nescafe. Rata-rata yang mek terima komen adalah sebab berkafein. Mampu buat individu tersebut tak tidur (stay longer). Untuk mek pulak, Nescafe tidak mampu buat mek stay longer. Kalau minum pagi, malam elok jugak tidur. Perlu diingatkan, metabolism individu tak sama so tak boleh force orang untuk suka dengan kafein.
SAMBUTAN HARI KOPI SEDUNIA
SEMPENA HARI KOPI SEDUNIA NESCAFE NAK BAGI HADIAH
Sempena dengan Hari Kopi Sedunia, selaku pembuat kopi dalam pelbagai flavor, Nescafe tidak terkecuali untuk meraikannya bersama-sama pelanggan mereka yang setia. Mek tak pasti sebenarnya Hari Kopi Sedunia ni on bila sebenarnya tapi yang mek pasti sepanjang September dan Oktober ni memang Nescafe buat harga runtuh menjadikan mek selaku pelanggan rasa nak borong semua !
BELI DAN BERPELUANG UNTUK MENANG HADIAH
SEMPENA HARI KOPI SEDUNIA NESCAFE NAK BAGI HADIAH
Berkesempatan dengan booth promosi Nescafe di Tesco Kota Bharu, spouse mengambil kesempatan untuk tanyakan apa yang ditawarkan oleh Nescafe pada sambutan Hari Kopi Sedunia 2018. Booth Nescafe ni memang dikunjungi ramai orang. Bertalu-talu yang datang dan grab tawaran yang diberikan pada hari tersebut. Harga yang termurah sepanjang mek menjadi pelanggan setia Nescafe.
SEMPENA HARI KOPI SEDUNIA NESCAFE NAK BAGI HADIAH
Ni lah tawaran hadiah untuk pelanggan Nescafe. Banyak jugak yang Nescafe nak bagi hadiah tu. Memang la dalam Malaysia ni berjuta orang tapi tak salahkan kalau mencuba. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Betul ke tu perumpamaan mek. Yang penting, kalau tak cuba sah-sah takada peluang untuk menang. Kalau try at least satu penyertaan, ada jugak chance nak menang hadiah tu.
SEMPENA HARI KOPI SEDUNIA NESCAFE NAK BAGI HADIAH
Okei, untuk join contest Nescafe ni, korang kena beli dua paket Nescafe Tin / Botol / Kotak - tak kisah perisa apa pun. Maknanya kena beli sedozen la (12 tin Nescafe) dalam satu resit. Then bila dah bayar dekat cashier tu, korang tulis nama korang dan nombor IC korang kat atas resit then snap gambor. Send gambor tadi ke 0176922217. Dia takkan reply tapi dia akan rekod penyertaan korang.
SEMPENA HARI KOPI SEDUNIA NESCAFE NAK BAGI HADIAH
Haa, ada yang excited dan berharap dapat vespa ni dah. Antara hadiah yang disediakan vespa, smart phone dan juga kad isian semula petronas. Mek berharap dapat kad isian semula petronas tu je. Dapat la tampung duit minyak mek ke office selama dua minggu. Spouse pulak nak vespa sebab katanya boleh bawak pergi sembahyang Jumaat dan bawak anak-anak pusing perumahan petang-petang.
SEMPENA HARI KOPI SEDUNIA NESCAFE NAK BAGI HADIAH
Pada hari yang mek pergi ke booth Nescafe, aside daripada korang beli dan whatsapp untuk join contest dapat juga main cabutan bertuah and dapat hadiah on the spot. At least dapat gembirakan hati anak-anak sebab diaorang yang ambik bola dalam kotak. Jadi kalau korang berkesempatan lagi dengan booth Nescafe, jangan lepaskan peluang untuk daftarkan diri dalam contest Nescafe ni.
**********
Korang dah join ke belum contest Nescafe ni? Rugi la kalau tak mencuba. Lagipun Nescafe punya rasa tak pernah mengecewakan. Suggestion mek adalah Mocha dan juga Latte. Itu yang paling mek suka and paling banyak yang mek beli. Korang pulak, kalau pilih Nescafe, pilih yang mana? Mind to share ye ❤
Sekian ..
Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK
kna cuba gak ni..:)
ReplyDeletesy doakan mek n suami menang ye..manalah tahu kan rezeki :)
ReplyDeletebtw kita sama..takdenya nak stay up kalau minum nescafe..
cukup time mengantuk terus tertido.kihkihkih
Teman pun bukan seorang yang gemarkan coffee... Teman lebih gemarkan jus buah-buahan...
ReplyDeletenasib baik kita kurang minum nescafe hehe
ReplyDelete