ROTI TEMPAYAN CHEESE KUAH KAMBING DI RANTAU PANJANG

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Di Rantau Panjang Kelantan bukan sahaja korang boleh membeli-belah tanpa dikenakan bayaran cukai. Maksudnya nak dapatkan baju untuk anak dengan harga RM10, untuk korang RM30, laki korang RM30 - itu semua berkemampuan. Tapi itu tidak lagi dikejar sangat pada masa kini sebab Shopee pun banyak yang offer baju harga macam tu. Even lebih murah. Lagi banyak pilihan.

Tapi datang ke Rantau Panjang Kelantan namun tidak mencuba serba sedikit apa yang terhidang di sini rasanya amat merugikan sebab lain tempat lain rasanya. Korang pun tahukan kebanyakkan masakan Rantau Panjang Kelantan diimport secara bulat daripada jiran. Tapi untuk kali ni, mek tak nak yang copy bulat daripada negara jiran. Kita ambik yang jauh sikit. Nak datang kena naik flight.

ROTI TEMPAYAN BERKUAH PELBAGAI


#ROTITEMPAYANRANTAUPANJANG
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG

Kuah Kambing adalah tarikan utama di kedai roti tempayan Rantau Panjang. Agak rugi kalau korang tak order Kari Kambing ni untuk menikmati dengan roti tempayan. Kari Kambing yang dihidangkan di sini dagingnya lembut je. Kalau nak suapkan kepada anak memang okei je la. 


#ROTITEMPAYANRANTAUPANJANG
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG

Kari Ayam pun ada. Jangan risau sebab memang anak suka dengan ayam, kan? Kari Ayam yang di sini pun sedap. Just nice bak kata orang putih. Amani dan Amzar memang akan Kari Ayam ni tiap kali datang. Biasa mek tapau jugak Kari Ayam ni sebab nak makan dengan nasi putih pun ok jugak.


#ROTITEMPAYANRANTAUPANJANG
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG

Kari Daging biasa. Untuk korang yang suka makan daging tapi bukan peminat kambing. Daging lembu ni pun lembut juga. Rasanya lebih kurang juga dengan Kari Kambing tapi macam biasa, kambing ada rasanya tersendiri. Yang Kari Daging ni macam korang pergi makan dekat kenduri.


#ROTITEMPAYANRANTAUPANJANG
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG

Daging Cincang. Ini pun tak sah kalau takada di kedai roti tempayan sebab dah macam sinonim sangat kuah daging cincang ni dengan roti tempayan. Spouse akan ambik daging cincang ni juga. Tukar-tukar selera. Yang ni dicampur dengan ubi kentang. Amzar suka ler kalau dapat yang ni.

 ROTI TEMPAYAN ORIGINAL PAKISTAN


#ROTITEMPAYANRANTAUPANJANG
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG


Mungkin juga Roti Tempayan Rantau Panjang ni menjadi kesukaan ramai sebab doh dan kuah yang dibuat tu asli atau original daripada orang Pakistan. Yela, diaorang agak expert dalam pembuatan Roti Tempayan ni kan. Lagi-lagi kalau yang berkuah kari, mestilah yang diaorang lagi sedap untuk ditelan. Tapi tengok jugak atas selera seseorang. Tak semua suka original kari daripada Pakistan. Mek ok je.

**********

Korang pernah ke singgah sini? Atau tempat korang mesti ada Roti Tempayan Cheese yang lebih hebat, kan? Nanti share dengan mek di ruangan komen ye. Korang yang nak ke kedai roti tempayan Rantau Panjang ni tak susah pun nak cari kedainya. Landmark adalah traffic light simpang empat sebelum masuk kompleks imigresen. Kalau korang daripada bandar Pasir Mas, this kedai is on your right ❤


Sekian ..


Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan like dan follow IG MEK


#ROTITEMPAYANRANTAUPANJANG
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG
#THISISRANTAUPANJANG

4 comments

  1. Sedapnya mek makan roti cicah dengan kari. Sekali sekala pekena kambing best jugak tu. Roti tempayan tu bentuk dia macam mana? Ada macam roti naan ke?

    ReplyDelete
  2. sedap ni, roti panas2 makan dgn kari..terbaik..

    ReplyDelete
  3. Aduhai. Tgk kuah nyer tu hah, mek, meleleh air liur dibuatnya. Kat sini, xde feveret aida. Maybe aida pon kurang dah makan mamak lately. Nanti nak gi lah... Terasa lapar plak roti tempayan.

    ReplyDelete