Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Pantai Ndo, Tumpat Kelantan. Satu-satunya pantai yang mek tak pernah jejak selama lahir di dunia. Mungkin dulu lalu macam tu je dengan mummy. Kalau korang datang sini, mek bet korang pun akan ajukan soalan yang sama iaitu 'mana pantainya?'. Menurut rakyat tempatan Tumpat, Pantai Ndo ni ada pantainya tapi diseberang sana. Yang sebelah sini memang tak nampak pantai. Hanya sungai.
Dengan inisiatif Majlis Daerah Tumpat, satu Taman Kemahkotaan telah diwujudkan untuk orang ramai meluangkan masa bersantai bersama keluarga pada hujung minggu atau pada waktu petang. Dengan suasana yang agak tenang pada penghujung bandar Tumpat, Taman Kemahkotaan ini amat sesuai dan menepati sebuah taman yang santai untuk anjurkan beberapa program dan ini antaranya.
PESTA RAKYAT BUAT KALI KETIGA
#PESTAPERAHU
#PANTAINDOTUMPAT
#PANTAINDOTUMPAT
Pesta Perlumbaan Perahu merupakan satu pesta tahunan yang diadakan di Pantai Ndo. Kolaberasi antara Majlis Daerah Tumpat dan Tourism Kelantan ini dapat memangkin lagi Pantai Ndo sebagai salah satu destinasi 'mesti check in' bila berkunjung ke Tumpat Kelantan. 2018 merupakan tahun ketiga untuk pesta perlumbaan perahu ini. Tentunya pesaing terhebat adalah daripada jiran, Tak Bai.
#PESTAPERAHU
#PANTAINDOTUMPAT
Majlis Daerah Tumpat. Berlokasi hanya 50 meter daripada Pantai Ndo Tumpat. Tak silap mek bangunan ni agak baru siap. Mungkin 2016 atau 2017. Memang cantik dan ni first time mek sampai di Majlis Daerah Tumpat. Next time kalau boss mek cakap dia nak pergi sini, boleh la bayangkan di mana tempatnya. Belakang Majlis Daerah Tumpat ni ada sungai yang dinamakan Pantai Ndo Tumpat.
#PESTAPERAHU
#PANTAINDOTUMPAT
#PANTAINDOTUMPAT
Macam biasa, bila ada pesta keramaian macam ni, mesti ada beberapa gerai minuman dan makanan ringan macam keropok lekor untuk makan secara santai-santai dengan keluarga. Banyak juga menu baru yang mek tengok antaranya kerabu maggy siam. Biasa kerabu maggy ni jual kat kedai, sekarang di tapak macam ni pun dah jual kerabu maggy. Sedap juga. Setanding dengan yang kedai punya.
#PESTAPERAHU
#PANTAINDOTUMPAT
#PANTAINDOTUMPAT
Ni bukanlah pameran Bomba dan Penyelamat. Ni jentera bomba yang datang sebab nak jaga keselamatan para contestant perlumbaan perahu. Kot-kot ter-eksiden masa berlumba, syok and ralit sangat pulas enjin bot, tak nampak yang depan. Itu contoh. Apa-apa pun berhati-hati itu lebih baik. Semua orang nak menang ye dak, tapi keselamatan kena diutamakan. Nyawa ada satu je, tak berganti.
TEMPAT LUANG MASA BERSAMA KELUARGA
#PESTAPERAHU
#PANTAINDOTUMPAT
Macam yang mek katakan tadi, tempat ni amat sesuai untuk luangkan masa dengan keluarga. Memang nampak macam takada apa-apa yang menarik. Konsepnya sama dengan tasik titiwangsa yang korang duk jogging tu. Tak ada apa-apa tapi sentiasa penuh dengan orang beriadah. Walaupun Pantai Ndo ni tiada path untuk berjogging, tapi takada masalah, boleh je nak berlari-lari di sini.
#PESTAPERAHU
#PANTAINDOTUMPAT
Ni lah pantainya. Ianya sungai sebenarnya. Pantai yang sebenar katanya disebalik 'pulau' di depan mata ni. Cantik juga kalau korang nak jadikan tempat ni sebagai photoshoot. Tempat untuk korang buat video pendek. Tempat untuk korang skrol FB. Dan macam-macam lagi yang sesuai, seangkatan. Dari sini juga about 5 km korang boleh view STESEN KERETAPI TERAKHIR PANTAI TIMUR .
#PESTAPERAHU
#PANTAINDOTUMPAT
Untuk anak-anak pula disediakan playground untuk diaorang bermain-main dan berkenalan dengan budak yang lain. Cuma, playground di sini memang memerlukan pemerhatian ibu bapa sebab agak tidak selamat sangat bila diaorang main dengan kawan yang lain. Tertolak jatuh memang kedebub ke tanah la jawabnya. Jadi parents, please tengok-tengokkan anak korang ye jangan ditinggalkan begitu.
#PESTAPERAHU
#PANTAINDOTUMPAT
Sebagai cenderahati daripada program ni, beli satu set memasak untuk anak dara ni. Offer yang lain semuanya tak nak. Nak yang masak-masak jugak. Takpela Amani, mana-mana yang awak rasa suka nak main asalkan membina. Nasib baik bila balik elok je main dengan Amzar. Tak berebut and tak bergaduh. Alhamdulillah. Umur tiga tahun, takkan nak expect mengadap colouring book aje kan.
**********
Korang pernah sampai ke di Pantai Ndo ni? Mek first time juga sampai sini. Kalau takada program ni mungkin tak kenal lagi kot. Orang Tumpat, kalau ada cerita di sebalik Pantai Ndo ni moh la citer di ruangan komen. Terima kasih ❤
Sekian ..
Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK
#PESTAPERAHU
#PANTAINDOTUMPAT
#DISCOVERTUMPAT
bestnya..:)
ReplyDeleteTak pernah lagi teman pegi ke Pantai NDO nie... mana lautnya...???😂😂😂 macam sungai jer...
ReplyDelete