Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Panama Dance ni bukanlah satu lagu yang baru. Dah popular sekitar Mei 2018 kalau tak silap mek. Bila dengar je lagu ni, mesti rasa nak menari sebab dia punya musik tu memang menarik perhatian orang untuk move-kan badan. Tapi ada juga mereka yang dengar this Panama tapi tak suka atau tak ambik endah sebab tak bagi apa-apa maksud. Itu mungkin golongan minoriti yang tak ingin terjebak.
Kali ni mek nak share beberapa video yang boleh korang gunakan untuk work-out daripada rumah sahaja. Time anak tidur boleh lerr try or boleh ajak diaorang sekali untuk zumba atau senamrobik. Mek sendiri pun takada masa untuk ke kelas memandangkan hanya weekend sahaja masa yang mek ada untuk buat extra aktiviti. So, kena cari yang paling 'mesra masa' dengan semua pihak. Adil gitu !
#PANAMADANCE
Ini antara move yang mek rasa semua orang boleh buat. Mungkin first time rasa macam susah nak follow but ini adalah move yang paling ringan and selamat untuk semua orang cuba ber-panama. Korang mungkin kena belajar lebih daripada lima kali untuk dapatkan step diaorang. Nampak senang tapi kalau tak biasa rasa juga kekok-nya itu. Lagi pula korang kena kreatif untuk tiru move tersebut.
#PANAMADANCE
Yang ni pula untuk mereka yang dah super power dengan movement senamrobik yang mek tunjuk di atas tadi. Yang ni seronok juga kalau dapat tiru rasa macam penari yang hebat, bukan? Tapi apa pun dont force yourself so hard sebab nanti daripada nak seronok, terpele-out pulak kaki korang. Tak pasal-pasal kena MC or kena berehat tak boleh jalan. Jadi, belajar panama berpada-pada, ye?
**********
Korang dah pernah try menari, berzumba atau bersenamrobik dengan musik panama? How it goes? Best tak? Nanti share the moment diruangan komen ye. Kalau ada link video pun boleh letak untuk mek dan kawan-kawan lain tengok ❤
Sekian ..
Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK
#PANAMADANCE
#SENAMROBIKPANAMA
#SENAMROBIKDIRUMAH
hahaha dah try, memang best and berpeluh!!!
ReplyDeleteapa2 dance pun dah tak sesuai utk akak ni Mek. sakit tulang belakang..
ReplyDelete