NASI DAGANG ASLI TERENGGANU ATAS TOL CAWANGAN LOSONG

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek yang baca entry ni ..

Mummy memang anak orang Terengganu. Yang ber IC 11 itu nenek mek. Mummy dan mek ber IC 03 tapi lidah kami suka dengan masakan Terengganu except yang tawar macam pulut lepe deme Terengganu tawar dok same dengan Kelantanese yang manis suam-suam kuku gitu. Jadi, kalau nasi dagang pun mesti nak yang Terengganu. Yang Kelantan ni agak kurang sebab rasa tak sama sekali.

Weekend ni mek sempat bawa Mummy ke Terengganu untuk menikmati nasi dagang yang dimasak dengan cara keaslian Terengganu iaitu Nasi Dagang Atas Tol dan mek memilih cawangan Losong sebab di situ agak tidak sesak tapi penuh meja juga. Cuma dengan timing kami sampai masih lagi sempat nak menjamah nasi dagang dengan berselera. Thanks to Sis Gee yang memperkenalkan.

NASI DAGANG DIHIDANG ATAS DAUN PISANG


Bila dah hidang atas daun pisang macam ni memang klasik habislah dia punya cara hidangan. Masa mek mula-mula tengok cara hidangan atas daun pisang tu pun mek dah cakap ni yang asli Terengganu yang mana ramai dah tak buat macam ni. Purposely dia letak atas daun pisang adalah sebab dulu semua bungkus pakai daun pisang and daun pisang ni dia ada satu aroma yang wangi !

Ikan tongkol adalah ikan yang menjadi pilihan untuk dibuat gulai bila makan bersama nasi dagang. Mummy dan nenek memang guna ikan tongkol atau kalau di Kelantan kami panggil ikan aya. Ada orang dia alergic dengan ikan tongkol. Kalau korang yang alergic mek tak sarankan korang untuk try nasi dagang ni. Mungkin korang boleh cuba nasi lemak yang diaorang hidangkan di sini.

CILI PADI PENAMBAH SELERA


Cili padi yang masih bertangkai tu memang cara hidangan nasi dagang orang dulu-dulu. Kebanyakkan kedai sekarang dah takada letak cili padi macam tu. Letak pun per request. Seingat mek, kalau nenek buat nasi dagang, cili padi tu menimbul penuh je dipermukaan kuah gulai ikan tongkol. Memang tak nampak kalau nak cedok ikan. Kata nenek, cili padi tu letak macam tu je.

Bagi Mummy mek, sebiji cili padi tu dua kali ngap nasi. Kalau mek, mek pecah-pecahkan macam tu je. Nak telan tak berani sebab mek tak suka pedas. Lagi satu, gulai ikan tongkol tu kalau nak letak telur rebus pun ok jugak sebab kalau anak-anak mek memang suka dapat telur rebus. Boleh dijadikan sebagai lauk tambahan. Mek sendiri pun suka kalau dapat nasi dagang yang ada telur rebus.

TEH PENG MADU JEBOK ANTARA TARIKAN LAIN


Dulu, kalau nak minum teh beng madu ni kat Kelantan je la yang ada. Sekarang dah banyak kedai boleh buat sehinggakan di Terengganu pun dah ada. Rasanya lebih kurang juga. Manis madu yang mek paling suka. Untuk kedai nasi dagang atas tol cawangan Losong ni, teh peng madu yang disediakan ada 3 size dan ini adalah size medium. Yang medium ni boleh kongsi dua orang.

Air lain pun ada je kalau korang tak nak teh peng ni. Cuma ni macam another specialty yang ada di sini. Macam rugi la kan kalau tak cuba this teh peng madu jebok. Kalau korang nak berborak lama dengan kawan-kawan pun ok sebab air teh peng yang size medium ni kalau minum sorang memang mengambil masa untuk dihabiskan. Tapi alah nak cuba, cuba lah sampai berpuas hati, ye dak?

LOKASI NASI DAGANG ATAS TOL CAWANGAN LOSONG


Lokasi nasi dagang atas tol yang cawangan Losong ni memang betul-betul bawah jambatan Kampung Hiliran Jejawi. Tapi spouse mek memang dia masuk ikut kampung Losong betul. Daripada Bukit Besar yang ada perkataan Peliharalah Terengganu tu ambik kanan menghala ke Masjid Kristal. Bila dah sampai Kampung Cabang Tiga, terus lagi menghala ke Losong. Straight je ke Hiliran Jejawi.

Kedai ni memang tak susah nak cari. Mek sure kalau korang first timer pun takkan sesat. Kalau pakai maps google TEKAN SINI . Memang nama kedai dia lain dalam google. Mungkin tu nama kedai yang dulu kot tapi untuk maps tak nak bagi sesat, sila follow yang tu je. Kalau korang nak ke cawangan asal pun boleh cuma mek tak pernah ke sana so tak tahu nak cerita pengalaman apa.

**********

So korang yang ke Terengganu, pernah ke singgah sini? Kalau pernah, mind to share apa pendapat korang ye. Ada banyak juga kedai nasi dagang yang masih mengekalkan keaslian Terengganu cuma ini yang mek jumpai. Kata sepupu mek ada lagi dua tiga tempat yang hampir sama dengan nasi dagang atas tol. Mungkin lain kali pulak untuk merasa ❤


Sekian ..


Jangan lupa like dan follow mek di FB MEK

10 comments

  1. teringin nak makan nasi dagang tapi takreti hehe

    ReplyDelete
  2. Gulai nasi dagang ikan aye pastu buh telo camtu mmg klasik sungguh mek, nok nangih tengok sbb teringat arwah ma kalo wak gulai nasi dagang mmg boh telo gitu gok, huhu. .

    Kedai bawah jambatan tu jarang singgah, tapi akk tau area tu, tu kawasan akk tu, losong kepok leko.

    ReplyDelete
  3. Mek kalau ikutkan LZ memang banyak tempat nak pergi bila ke Terengganu sebab tak pernah jejak Terengganu.. Banyak makanan best yang berkonsepkan traditional, itu yang LZ suka.. Macam Mek post ni aduhai memang mengguggat iman betul..

    ReplyDelete
  4. mak ayah sukalah nasi dagang CT kureng sket tapi mostly sebab tak suka ikan tongkol.. kalo dengan daging kunyit okayla sikit. kuah ikan tongkol tu xpe.. hehe ikan tu je kenot go =P

    ReplyDelete
  5. sy pure kelantan mmg lagi prefer nasi dagang kelantan.
    tapi kakak..dua dua kawin dgn org terengganu, so nasi dagang terengganu pun layan jugak.hihi

    ReplyDelete
  6. Fuh! masharaqot... keriukkkkkk perut ni tengok

    ReplyDelete
  7. Suka nasi dagang.
    Boleh cari keropok leko sekali

    ReplyDelete
  8. Ya Allah mek, sedapnyaaa.. kalau dan balik sebelum bersalin ni, macam nak gi try je.. tutup kul brape mek?

    ReplyDelete
  9. Asben aida pencinta nasi dagang. Aida more to nasi kerabu, mek :-)

    ReplyDelete
  10. wahhh.. sedap ni.. tgk air meleleh tu meleleh jugak air liur ejulz. haha

    ReplyDelete