MR CELUP TEPUNG STATION DI PENARIK BOLEH HILANGKAN STRESS

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Saban hari duk ulang alik pergi kerja, balik kerja, tidur. Weekend adalah satu masa yang mek rasa kena lari daripada buat benda routine. Jadi, gateaway ke Terengganu pada weekend minggu lalu memang unexpected sebab mek bincang dengan SIS GEE pada hari Selasa. Pada mulanya sesi luahan perasaan sahaja, tak semena-mena Gee timbulkan idea untuk #VISITTERENGGANU.

Bila sebut Terengganu, biasanya mek akan bayangkan pantai. Dari Kelantan ke Terengganu lebih suka melalui jalan pantai so takde la boring sangat. Dan salah satu sebab adalah untuk hilangkan stress dengan makan. Penarik antara tempat wajib singgah sebab kat sana banyak kedai celup tepung untuk korang try. Tapi dalam beraneka kedai mek tertarik dengan Mr Celup Tepung Station.

MR CELUP TEPUNG STATION HILANGKAN STRESS


Bukan senang nak cari satu kedai yang boleh buat kita hilang stress. Kadang bertambah stress bila kita ke kedai makan. Stress dengan layanan, stress dengan ruangan dan paling tipis pun stress dengan makanan yang dia hidang. Macam mek lagi mudah nak stress sebab mek ada anak-anak kecil yang suka explore kedai orang. Kalau kedai yang servis slow, takada umpan nak bagi diaorang ralit, memang agak naik jugaklah darah ni. Niat di hati nak berhujung minggu dengan muka manis boleh bertukar menjadi gorgon yang garang. Pheeeww. Alhamdulillah, kunjungan mek ke Mr Celup Tepung Station pada hujung minggu lepas memang membuatkan mek begitu tenang dan gembira sebab anak-anak pun ada tempat untuk mereka tuju. Mek pulak dengan spouse boleh kenyangkan perut !

MENU CELUP TEPUNG PELBAGAI


Bila sebut Pantai Penarik Terengganu, memang amat sinonim dengan celup tepung. Kalau mek dari Kelantan ni tempat wajib singgah time datang atau pulang sebab feel dia tu memang syok sebab tepi pantai yang bersih dan laut membiru. No wonder Pulang pun pilih lokasi ni untuk pengambaran filem. To be honest memang mek dah singgah beberapa kedai yang berlainan sebelum ini. Ada kedai yang memang banyak menu tapi sekadar celup tepung dan tak kurang juga yang menjual basic celup tepung sahaja. Tapi Mr Celup Tepung Station ni memang banyak sungguh dia punya celup tepung sehinggakan ketam pun ada untuk celup tepung. Paling syiok sotong dia yang besar bukan sotong yang macam kita masak dekat rumah. Istimewa di sini korang kena try Cheesy Sotong Celup Tepung.

ANEKA MENU LAIN UNTUK KENYANGKAN PERUT


Mek pasti tak semua yang sukakan celup tepung. Atau mungkin mereka nak jugak menu lain yang mengenyangkan. Perhentian di Mr Celup Tepung Station akan memenuhi kehendak korang. Disamping celup tepung yang pelbagai, makanan dan minuman juga pelbagai ! Famous juga di sini adalah Maggy Telur Sotong dan juga Maggy Udang Besor. Memang nikmat dapat makan Maggy Telur Sotong tu. Minum pulak dengan Smoothies Manggo atau Smoothies Coconut Drink. Haa, nama dia memang glam seiring dengan dekorasinya. Korang yang nak layan ABC di tepi pantai pun boleh sebab di Mr Celup Tepung Station memang sediakan minuman dan makanan yang buat korang rambang mata, kenyang perut. Memang puas hati kalau korang singgah di sini. Tak menyesal !

PORT BERGAMBAR YANG CUN


Datang ke Mr Celup Tepung Station memang akan buat korang rasa berpuas hati nak shoot ! Mana tidaknya, dengan dekorasi yang memang urban vintage dan ala ala buaian di Bali, gambar FB dan IG korang sure akan dapat banyak like dan love. Faham saja lah kalau dah lighting semulajadi di tepi pantai, kemain oii cantiknya. Tambah pulak dengan dekorasi yang bagi mek banyak port korang boleh ambik dengan angel berlainan. Memang tampak menarik ! Ala gaya instafamous gitu. Selain daripada gambar peribadi korang yang cantik, potret untuk family pun memang lawa. Contohnya kalau korang nak sambut birthday atau buat apa-apa event - Mr Celup Tepung Station di Penarik memang suggestion antara yang terbaik. Gambar mesti nak kena cantik untuk kenangan, kan?


Korang pernah singgah tak kat Mr Celup Tepung Station ni? Untuk ke Mr Celup Tepung Station, korang just tekan SINI untuk maps, FB dan juga gambar-gambar yang boleh buat korang terpana. Mek sure kalau yang dekat-dekat, this weekend korang mesti datang sini. Jangan lupa share ok ❤


Sekian ..

7 comments

  1. sangat reccommendkan Mr Celup Tepung!Makanan sedap, tempat menarik!terbaik!

    ReplyDelete
  2. Favourite kak nii..celup tepung sotong ka udang kaa..sedappp

    ReplyDelete
  3. Aoda selalu singgah di pantai ganu mkn celup tepung. Yg ni aida lom pernah singgah plak. Menarik. Suka singgah makan2 ringan celup tepung ni. Best. Anak2 pun suka.

    ReplyDelete
  4. Menariknyaaa!!!

    I tak pernah sampai Terengganu lagi. tapi nak masukkan dalam Must-Go -List lah . thanks for sharing

    ReplyDelete