MAQAQ HOMESTAY KUALA NERUS NAK BUAT KENDURI PUN BOLEH

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Semenjak bercuti dengan kawan-kawan mek selalunya lebih prefer homestay daripada hotel. Kalau dulu jalan sikit mesti cari hotel. Ye lah hotel service-nya lengkap, mungkin lebih cossy, lebih privacy. Tapi bila bersama kawan-kawan, kalau pilih hotel, nak berborak di mana? Lobby bukan tempat yang sesuai untuk bercerita atau apa-apa je lah. Nak ambik connecting room, tak semua hotel macam tu.

Pilihan terbaik adalah homestay. Nak sumbat berapa orang pun tak kisah, nak berbual dengan kawan pun senang. Memang ianya sama dengan suasana rumah kita. Macam tak bercuti. Tapi homestay sekarang tidak lah seperti dahulu. Yang sekarang lebih modern and lebih selesa. Kalau compare dengan hotel bajet rasanya lebih elok homestay. Jadi, meh mek share satu homestay di Terengganu.

5 HOMESTAY DALAM SATU LAMAN


MAQAQ Homestay Kuala Nerus Terengganu


MAQAQ Homestay Kuala Nerus Terengganu

MAQAQ Homestay menyediakan lima buah homestay di dalam satu laman. Ini kalau korang datang 6 kereta pun elok stay dekat sini je sebab boleh stay bersama-sama. Idok ler dua keluarga kat sini, dua keluarga lagi kat lain. Sebuah MAQAQ Homestay boleh dimuatkan dengan 3 keluarga sebab setiap rumah ada 3 bilik. Ruangan legar dalam rumah memang spaces so boleh la anak-anak teruna tidur berjemaah di depan TV. Bagi mek, MAQAQ Homestay ni kalau datang in big group memang tak risau. Kelengkapan iron pun dah ada. Kalau korang nak memasak pun boleh. Macam mek haritu memang tidak memasak tapi seronok berbual dengan Sis Gee sampai tak sedar dah jam 2 pagi. Anak-anak dan suami dah selamat lena dalam bilik masing-masing. Jadi peluang tu kami guna sebaiknya.

Untuk pengetahuan korang jugak, MAQAQ Homestay ni fully air-condition. So kalau anak korang yang jenis tak boleh tidur dengan kipas aje, sesuai sangatlah ambik MAQAQ Homestay. Lagipun, mek bet sekarang most rumah ada air-cond so kalau kita ke mana-mana sekalipun, fully air-condition is a must. Untuk keselesaan diri. Besides, mek suka juga bila ada washing machine yang mana mek boleh basuh baju secara terus tanpa tunggu pulang ke rumah. Macam yang mek stay hari tu, even one night sahaja, still mek membasuh kain baju mek dan family sebab mek tak nak balik rumah nanti mek kena pulun basuh baju and jemur and lipat baju. Bila bangun subuh terus jemur, nanti nak check out after zohor or nearly zohor, just lipat and masuk beg sahaja. Easy. Balik rumah tak penat sangat.

LOKASI BERDEKATAN DENGAN INSTITUSI PENGAJIAN


MAQAQ Homestay Kuala Nerus Terengganu


MAQAQ Homestay Kuala Nerus Terengganu


MAQAQ Homestay Kuala Nerus Terengganu

Kalau korang search MAQAQ Homestay di dalam Google ianya akan keluar alamat Kampung Mengabang Telung. Macam tak familiar kan? Tapi Kampung Mengabang Telung ni adalah berdekatan dengan UniSZA, IPG Terengganu dan juga UMT. Untuk parents atau keluarga yang datang ke Terengganu untuk menghantar anak masuk Uni, boleh la menyewa di MAQAQ Homestay ni sebab jarak yang dekat. Around 3 - 5 minit dah sampai ke Uni yang mek sebutkan di atas tadi. Kampung Mengabang Telung ni jugak berdekatan dengan pantai. Cuma daripada MAQAQ Homestay memang tak nampak pantai tapi deruan angin dan ombak pantai tu memang dirasai dan didengari. Memang tenang sangat. Bagi mek sesuai untuk bercuti, lari dari bunyi bingit kota pembangunan.

Antara tempat tarikan menarik lain yang berdekatan dengan MAQAQ Homestay adalah Pok Nong Ikan Celup Tepung - antara yang tersohor bila masuk Terengganu. Restoran untuk makan malam yang tersohor juga dekat dengan MAQAQ Homestay iaitu NR Seafood Village. Untuk ke bandar korang just mengambil masa lebih kurang 20 minit dan ke Masjid Kristal hanya 15 minit. Bagi korang yang nak memasak dan ingin mencari lauk pauk, hanya 200 meter daripada MAQAQ Homestay, korang boleh tunggu para nelayan pulang dari laut untuk dapatkan ikan segar. Tempat ni dipanggil Pasar Segar Maras. Elok sangat kalau korang nak berBBQ dan masak lauk pauk sebelum meneroka keindahan Terengganu. Hypermarket juga hanya 3km daripada sana - mudah untuk korang.

SEWA HOMESTAY UNTUK KENDURI


MAQAQ Homestay Kuala Nerus Terengganu


MAQAQ Homestay Kuala Nerus Terengganu

Disebabkan ruangan yang luas, MAQAQ Homestay juga mengalu-alukan mereka untuk menginap dan buat kenduri di MAQAQ Homestay. Maksudnya, korang boleh plan nak buat majlis kenduri perkahwinan ke, majlis doa selamat ke di MAQAQ Homestay ni. Mungkin ruangan parkir atau space untuk pasang khemah di area rumah korang macam tak cukup luas, atau akan mengganggu para jiran korang untuk lalu lalang, so boleh sewa MAQAQ Homestay untuk buat kenduri kendara. Instead of korang sewa dewan, susah bagi mereka yang ada anak kecik untuk berehat kalau sewa dewan, jadi kalau sewa MAQAQ Homestay korang boleh berehat, sembahyang sambil tetamu makan di luar. Bagi mek ianya sangat praktikal. Akan menyenangkan banyak pihak, tidak penat melampau.

FAMILY DAY DAN TEMPAT UNTUK MESYUARAT


MAQAQ Homestay Kuala Nerus Terengganu

Selain tu jugak, kalau korang rasa nak buat Family Trip atau gathering, nak bakar-bakar berbbq memang dialu-alukan juga sebab ada kawasan lapang untuk korang berbuat demikian. And kebiasaan kalau dah family gathering mesti ada juga nak berbincang isu-isu penting tentang family atau club, korang boleh guna satu rumah yang dibuat khas untuk bermesyuarat. Takda lah nanti sibuk dengan anak-anak bila orang dewasa nak bermesyuarat, ye dak? MAQAQ Homestay ni lengkap dengan kemudahan ala korporat gitu, bukan sekadar homestay biasa-biasa. Lokasinya pun agak strategik seperti yang mek bagitahu tadi jadi mek rasa MAQAQ Homestay should in your list bila datang ke Terengganu. Bila buat trip, harapnya ukhwah dapat dieratkan lagi supaya ikatan berkekalan.

**********


Untuk mereka yang nak ke MAQAQ Homestay Kuala Nerus Terengganu boleh TEKAN SINI dan boleh call owner terus bila tekan link yang mek bagi tu. Korang pernah tak singgah sini and pernah ke menginap di sini? Kalau korang bercuti bersama keluarga, homestay atau hotel yang akan menjadi pilihan korang? Mind to share di ruangan komen ye ❤


Sekian..


Jangan lupa like dan follow FB MEK

10 comments

  1. MEnarik! kalau konvoi 4 ke 5 kereta memang sesuai stay sini kan Mek.
    Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. ni kalau ramai ramai memang syok ni. nak gerak sekali ke balik sekali ke boleh. takde lah tertunggu tunggu sorang sana sorang sini

    ReplyDelete
  3. Kalau ramai-ramai ke homestay luas macam ni memang seronok.

    ReplyDelete
  4. lebih jimat drpd check-in hotel...boleh masak2 jg..mmg best kalau buat BBQ..

    ReplyDelete
  5. Sesuai utk rombongan cik kiah ke Terengganu ni. Luas dan selesa homestay tu.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Feel free to check-in at MAQAQ HOmestay & contact me..

    "Negeri cantik, budaya menarik, orangnya baik-baik :) "

    Regard
    Deyla (019-328 0819)

    ReplyDelete