Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Pergi ke Terengganu memang wajib juga bawak balik keropok lekor sebagai ole-ole kepada jiran dan sahabat handai. Tak lupa juga untuk diri sendiri. Bertahun dah pergi Terengganu, dah bermacam keropok lekor yang mek try. Memang tak dinafikan, Terengganu mana-mana tempat keropok lekor pun memang rasa keropok lekornya tu. Idok lerr macam tak sedap sampai tak boleh telan.
Tapi bila dah selalu sangat membeli keropok lekor, mestilah nak cari yang terbaik daripada kalangan terbaik. Betul tak? Nak jugak merasa macam mana keropok lekor yang tersedap tu. Ternyata ada satu tempat di penghujung jalan pulang ke Kelantan, keropok lekor terbaik yang pernah mek rasa. No wonder kalau tempat ni menjadi persinggahan orang ramai bila susur keluar daripada Terengganu.
LEKOR REBUS ATAU LEKOR GORENG
Nama kedai keropok lekor menjadi pilihan orang ramai sekarang adalah Sri Bayu. Berlokasi di Merang, memang lokasi yang wajib singgah bila korang hunting keropok lekor yang sedap. Mek diperkenalkan kedai ni oleh mak saudara mek. Kedai ni yang paling last jual keropok lekor. Kalau korang miss jugak Sri Bayu ni maknanya korang kena patah balik untuk beli keropok lekor.
Standart mana-mana kedai keropok lekor mesti ada jual yang dah digoreng and yang direbus. Korang boleh pilih mana yang korang nak. Kalau Mummy mek dia suka yang rebus, kalau mek pulak suka yang dah digoreng. Kalau balik pun just re-goreng je lagi sekali. Semenjak terbeli yang dah digoreng dan balik re-goreng macam sedap yang re-goreng daripada goreng yang rebus. Tapi terpulanglah.
KEROPOK KEPING JUGA SALAH SATU WAJIB BELI
Keropok keping ni biasa kalau beli pun spouse mek yang gorengkan letak dalam bekas untuk dinikmati bersama-sama. Mek tak tahu lah kenapa mek takada kerajinan untuk menggoreng benda macam ni. Menurut spouse mek, keropok keping yang dijual oleh Sri Bayu ni boleh repeat order sebab dia nipis dan terasa isi ikan. Anak-anak mek pun memang suka jugak dengan keropok ni.
Daripada amatan mek, kalau orang tak pernah try keropok keping daripada Sri Bayu memang agak keberatan jugak untuk membelinya. Bukan soal harga cuma mungkin sebab takot tak sedap. Harga untuk satu plastik ni just RM8 je. Its worth to try actually. And lagi senang kalau nak buat ole-ole kepada kawan dan jiran kalau korang stay lebih 24 jam di Terengganu. Frozen last for a week je.
DIGORENG BEGITU SAHAJA
Maksud mek digoreng begitu sahaja tu, Sri Bayu gorengkan keropok mereka tanpa merebus terlebih dahulu. Kalau dulu-dulu mereka rebus dan goreng. Sekarang tidak lagi. Dengan tepung macam tu je dia gorengkan keropok so disebabkan itu keropok lekor goreng menjadi lebih rangup. Tapi kebanyakkan kedai sekarang pun dah buat macam tu jugak. Tapi bagi mek Sri Bayu lagi sedap.
Untuk dapatkan keropok lekor Sri Bayu, average yang mek beratur untuk dapatkan this keropok lekor goreng 30 hingga 40 minit. Memang lama beratur sebab pekerja dia tak menang tangan nak gentel keropok tu untuk digoreng dan direbus. Setiap orang kadang sampai RM50 membeli. Macam mek yang RM5 ni pun kena jugak beratur. Tapi apa pun worth to que because they are the best in town.
**********
Korang yang nak ke sini boleh je search KEROPOK LEKOR BAYU sure akan di-maps-kan ke Sri Bayu Merang tu terus. Dan mek pasti korang takkan kecewa dengan kualiti makanan yang dia hidangkan. InsyAllah. Another landmark yang korang boleh tengok adalah Petronas Merang yang besar selepas keropok lekor Sri Bayu ni. Senang nak berhenti solat atau berehat ❤
Sekian ..
Jangan lupa follow dan like FB MEK
dulu masa belajar kat dungun..keropok lekor dia mmg terbaik.
ReplyDeletelps tu susah nak cari yg memenuhi selera tekak ni.
last month baru terjumpa satu yg paling best area jerteh.
so boleh kirim kat kakak je anytime. btw keropok ni mmg sedap yg goreng terus je..
yg rebus dlu baru goreng tak sesedap yg goreng fresh fresh.
sama la kita.hehe
akak selalu je dapat keropok lekor ni.. adik ipar org kelantan.. mmg banyak lah stock kat rumah.
ReplyDeleteAnak saya hantu kopok lekor!
ReplyDeleteKepok leko goreng instant atau rebus mmg sedap dicicah sos, takde sos tak best makan, sedap sosnya s3daplah kopoknya, pada akakla, hihi.
ReplyDeleteRmh arwah mak kt area losong kepok tu aje, tapi akk suka beli kepok leko kat Dungun. Puas hati.
Bolelah cari kalau naik Teganu nanti.
ReplyDeletesedapnya kepok lekor ganu..lamo xmkn..:)
ReplyDeletekeropok lekor ganu, meme lagend
ReplyDeletesedapnyaaa keropok..walaupun dari kecik makan kopok, tak pernah puas kan.. hihi
ReplyDeleteKepok lekor ganu mari memang sedap. Kat melaka, kalau jual, tkkan dpt sesedap aida beli d ganu. Aida ada makcik tinggal di ganu. Sering dpt kepok lekor tau mek. Ada aje stok dlm freezer aida. Feveret!
ReplyDeletesedapnya..akak suka beli banyak2 pastu buat frozen
ReplyDeletewahhh.. terbaek :)
ReplyDeleteUihh tengok entri ni tengah malam perutku berkeroncong dah, sedapnyo hok rebus tu.. Berbaloi la beratur 30 minit pun kalau dah sedap tu 😍
ReplyDeleteskrg ni susah nak jumpa keropok lekor yg betul2 sedap. ada je yg x kena di lidah ini apabila merasa. nanti abe kie gi try sini plak deh? TQ.
ReplyDelete