KAKTON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Siapa antara pembaca mek ni yang suka dengan sotong? Atau makanan laut? Dimasak pulak dengan cara thai. Sos thai yang boleh buat lidah korang rasa boom ! Manis, pedas, masin dan masam semuanya seia sekata. Rata-rata ramai yang suka masakan thai disebabkan keunikan rasa yang bercampur-baur namun cukup untuk memikat selera. Bertambah-tambah jadinya bila makan.

Kelantan bukanlah satu negeri yang asing dengan masakan thai. Rata-rata kalau datang ke Kelantan ni korang dapat je rasa masakan thai. Cuma, ada restoren masakannya ala thai dan ada juga restoren atau cafe yang betul-betul thai. Jadi, mana satu pilihan kalau korang datang ke Kelantan? Kalau korang nak makan rasa thai asli, mek ada satu tempat cafe yang boleh memenuhi kehendak thai asli.

KAK TON PATTANI HIDANGAN THAI ASLI



KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Mek berkenalan dengan Kak Ton Pattani Cafe ni melalui spouse mek. Banyak kali dia duk ulang 'best ada sotong bakar di Geting Tumpat'. Spouse just cakap, dia tak tunjuk gambor. So hari-hari pun berlalu. Agaknya dia dah nak makan sangat so dia tag mek di FB. Percubaan kedua menjadi. Bila tengok gambor hidangan kecur liur weih. Ni kalau masyarakat setempat tak rebut peluang, rugi !

ANEKA UDANG SOTONG DI HIDANG CARA THAI



KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

SOTONG SUMBAT BAKAR antara yang menjadi kegilaan pelanggan yang mengunjungi Kak Ton Pattani Cafe. Mana taknya, Sotong besar disumbat dengan isi ketam, telur ayam dan juga telur sotong yang sediada memang akan memenuhkan mulut korang. Ditambah pula curahan sos thai pedas manis masam di atas sotong sumbat bakar tu. Untuk menu ni, korang boleh makan dengan nasi putih juga.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Sotong yang dibakar di Kakton Pattani Cafe adalah yang fresh. Maksudnya daily made. Ada pelbagai size dan harga adalah mengikut harga semasa pasaran. Tapi korang pun boleh bajetkan kalau makan seafood kena spend berapa. Kedai Kakton Pattani takdenya mahal sampai masuk surat khabar. Harga standart price and worth every single cent you spend sebab mek pasti citarasa Kakton Pattani hebat !


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

KERABU SOTONG UDANG memang menyerlahkan lagi makanan versi thai. Kerabu-kerabi ni memang asal daripada Thailand. Bila sebut kerabu je mesti dah terasa di lidah masam manis masin yang tercipta daripada citrus limau nipis, pedas cili dan juga manis tomato serta keunikan daun ketumbar memang menjerat lidah korang yang makan. Sesuai juga dihidang bersama nasi putih.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

KERANG SOS THAI. Ini antara yang diburu juga sebab biasanya kerang ni kita dapat makan time morekh bulan Ramadhan sahaja. Kalau berkunjung ke Kelantan, boleh la korang cuba kerang bersos thai ni. Memang akan buat sebagai dessert je ni. Sambil makan sambil borak. Sedar-sedar dah habis. Kerang di Kak Ton Pattani ni isinya gemuk juga. Memang puas hati para pelanggan yang makan.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

HOTDOG BAKAR SOS THAI. Menu yang mek paling suka sebab mek penggemar Hotdog. Yang ni pun mek buat sebagai dessert jugak. Lepas makan yang main menu, mek ambik Hotdog bersos thai ni untuk borak-borak dengan spouse. So tempting. Sampai sekarang masih lagi teringat sos thai yang pedas tapi sedap. Cukup rasa walaupun pedas. Tahap kepedasan adalah Hot sahaja. Bukan extra hot.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

KERABU MAGGY SOTONG UDANG. Ini kalau datang ke kedai thai tapi takada menu ni memang tak rasa sawadikap la. Plus, maggy yang digunakan bukan maggy malay. Ni maggy yang diimport khas daripada Thailand. Memang puas makan dengan lauk pauk udang dan sotong. Pedas semulajadi daripada perencah maggy thai ni lagi menambah rasa pedas masin masam kerabu maggy. Awesome !

PENYEJUK TEKAK YANG MEMIKAT



KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Bingsu in Bucket. Pelbagai variasi buah dan yang mek ambik semestinya Mango atau di Kelantan panggil buoh pauh. Manis mango dicampur dengan vanilla dan ada pelbagai bahan lagi seperti roti, nata de coco dan juga penampilan istimewa si Magnum memang kalah si BR. Selain mango ada lagi dragon fruit, honeydew dan tembikai. Semuanya tempting kalau korang tengok depan mata. Nak lagi!


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Bingsu in Real Fruit. Di Kakton Pattani Cafe korang boleh juga minta Bingsu dalam buah mereka sendiri. Contohnya yang honeydew ni. Kalau yang mango memang tak letak dalam buah. Yang macam ni boleh untuk tembikai dan honeydew. But kalau korang nak campurkan buah-buahan tu in one bucket or fruit, boleh juga. Request aja dengan worker Kakton. They memang awesome in this.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Dragon Fruit Float. Ini dah dijadikan ala smoothies. Yang ni kalau order memang nak minum aje la sebab manis dragon fruit memang pure. Campur pulak manis vanilla. Korang tak boleh judge this air teramat manis. Korang kena try dulu baru tahu manisnya tahap kencing manis or not. Bagi mek memang just nice sebab nama lagi air buah, seiring la kan. That vanilla not really sweeten the drink.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Tea Three Layer. Memahami pelanggan yang tak suka kepada air buah atau memang jenis tea lover or coffee lover, mereka akan cari air pesen deme nak jugak. So nah Kakton Pattani tak tinggal teh tiga lapisan yang manisnya daripada gula melaka. Lain benor dengan manis gula. Sekali srup macam eyh, srup lagi dan lagi. Kali ketiga - sedap la this teh tiga lapisan. Udoh ler cantik nak bergambor. Hipster.

MAKANAN UNTUK KANAK-KANAK JUGA ADA



KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Noodle Boat. Kueyteow sup kalau bahasa mudahnya. At first mek agak takut jugak la sebab makanan thai ni pedas-pedas. Kang makan dekat Kakton tapi anak tak boleh makan. Salah anggap dekat Kakton Pattani Cafe. Rupanya ada je la makanan untuk anak-anak. Bukan takat anak, mereka yang suka makan kueyteow sup, kena sangat menu ni dengan korang. Amzar mek semangkuk habis licin !


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Bubur Nasi Telur Masak 3/4. Yang ni kegemaran Amani sebab ada telur dan isi ayam yang banyak. Kemain anak dara tu makan. Memang kalau cari tempat makan, mek lebih prefer makanan macam ni untuk anak sebab sistem penghadaman mereka masih muda. Not all they can eat sebab tak nak kecik-kecik dah kena operate. Kita try to avoid, betul tak? So this menu preferable to you and your kids.

DATANG AWAL UNTUK ELAK KESESAKKAN TRAFIK



KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Kakton Pattani Cafe memang famous tambahan pula lokasinya yang memang menjadi tumpuan orang ramai. Kalau weekdays mungkin tidak seramai weekend. Dan weekdays juga Kakton menerima kalau korang nak tempah meja. Kalau weekend sorry babe, memang tak dapat as kedai open 3.30 petang. Jam 3.00 tu pun dah ramai menunggu. Korang kena cepat untuk dapatkan seat.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

See ! Ni masa dah open and mek masih lagi menjamu selera. Ada sorang akak yang lalu sempat mek sapa tanya nak seat ke, boleh la ambik tempat mek after this. Sempat juga kepho tanya akak dah berapa kali datang. Dia cakap ni kali kedua datang sebab masa datang kali pertama terlampau ramai orang so dia terpaksa balik sebab tak nampak cahaya nak dapat seat. Gulp! Demi sotong bakar, rela!

LOKASI DAN INFO KAK TON PATTANI CAFE



KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Ini adalah landmark untuk ke Kakton Pattani Cafe. Korang waze / maps / google nak ke D'Geting Beach Resort. Parking untuk pelanggan adalah diluar. Kakton Pattani Cafe ada di dalam D'Geting Beach Resort. Korang masuk terus memang akan nampak. Kalau tak nampak jugak, cuba cari kolam renang. Belakang kolam renang tu ada cafe, there you are ! Selamat menjamu makanan thai.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Meet the owner. Ini lah Kakton. Mek tak sempat tanya either dia daripada Pattani original ke tak. Tapi nampak macam Malaysian. Tak kisah lah, yang penting pertama kali mek jumpa Kakton Pattani memang ramah mesra orangnya. Tak kekok nak cakap dengan dia. Macam dah kenal lama. Mek kekok tang nak panggil Kakton je. Nampak sebaya je kan mek dengan Kakton. So, panggil Eton je la.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Kakton Pattani in action. Nampak aje serius tapi tidok seserius yang ditonjolkan. Korang boleh request or drop comment pada Kakton. Dia memang open untuk terima comment daripada korang. Demi memuaskan hati pelanggan Kakton Pattani Cafe. Mek kagum dengan orang yang berani terima kritikan sebab mek tak suka orang kritik mek di depan-depan. Baik simpan je kritik tu dalam hati.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

The powerful and iron lady yang membantu Kakton Pattani. Ada lagi the boys yang diterajui oleh husband Kakton sendiri but they in kitchen, serving customer. Korang boleh call atau whatsapp Kakton Pattani dengan KLIK SINI . Tapi kalau dia tak terlayan tu jangan la marah Kakton. Dia pun ada time sibuk, time rehat, time menjadi ibu. Spread the positive okei. Jangan marah-marah.

**********

Korang yang dah berkunjung ke Kak Ton Pattani Cafe boleh la komen di ruangan bawah. Apa pendapat korang? Sama tak dengan pandangan mek mengenai Kak Ton Pattani Cafe? Bila masak daripada hati yang ikhlas, makanan pada mata kasar nampak simple pun terasa sedapnya ❤


Sekian ..


Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK

7 comments

  1. Pepagi ni tengok semua menu sedap tu begegar isi perut kak oi haha :P

    ReplyDelete
  2. Cikma la tu hok suka makan sotong! nanti balik palekbang nak ajak mok g makan sini ehh ...

    ReplyDelete
  3. perghh semua sedap.. mmg suka makanan thai

    ReplyDelete
  4. nampak sedap...konfem sedap ni.hihi

    ReplyDelete
  5. Aneka udang sotong yang disediakan ala thai tu menggodanya mek weh 😭

    Dragon fruit tu jarang jumpa. Aduhh sedapnyaa

    ReplyDelete