HANTU KAK LIMAH SEPERTI YANG DIJANGKA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Hantu Kak Limah 2018 ni mungkin siri yang ketiga atau keempat dah arahan daripada Mamat Khalid. Bermula dengan Hantu Kak Limah Balik Rumah yang waktu itu agak riuh panggung sehinggalah muncul sekuel seterusnya untuk menghiburkan hati penonton. Mek juga antara pengikut Hantuk Kak Limah Balik Rumah, Zombi Kampung Pisang. Memang teringat dengan Usop Wilcha.

Antara yang dah meninggalkan cerita ini sepenuhnya adalah Pak Jabit, Usop Whilcha, Pak Uda (lupa namanya) dan terbaru yang masih berbaki di dalam Hantu Kak Limah 2018. Skrip yang diaorang bacakan tu bukan sekadar bacaan, memang melekat habis dalam kepala. Mungkin sebab tu, setiap sekuel yang Mamat Khalid terbitkan ini mendapat sambutan yang boleh pecah panggung.

SEKUEL HANTU KAK LIMAH


Mek berkesempatan untuk tengok Hantu Kak Limah dengan Sis Gee pada weekend yang lepas. Antara sebab nak tengok adalah kerana Hantu Kak Limah ni dah jadi sekuel. Pada anggapan mek, mestilah best macam yang sebelum ni jugak. Paling tidak 80% kelakor. Agak tinggi jugak la harapan mek pada Hantu Kak Limah 2018 plus kutipan tayangan pada hari kedua pun dah cecah jutaan ringgit. Dengan review daripada blogger yang katanya gelak dari mula cerita hingga habis cerita Hantu Kak Limah. Memang menarik minat mek jugak untuk menonton. Pada hakikat awal sebenarnya mek nak layan Pulang yang mana scenery dalam Pulang lebih menarik minat mek untuk menonton. Tambah pulak dengan Bang Remy Ishak yang Hero Malaya sejati. Tapi tak kesampaian.

ROPI NAYAN BEST ACTRESS DALAM HKL


Ropi ni dulu-dulu mek tak suka sangat. Masa dia masuk Maharaja Lawak pun episod mula-mula tu rasa macam tak lawak sangat lah. Tapi lama kelamaan baru nampak dia punya lawak tu. Maksud mek lawak Ropi lebih matang dan mengena. Idok lerr macam krik krik sangat. Dalam Hantu Kak Limah 2018 pun Ropi memegang watak Nayan sebagai MA di Klinik Desa Kampung Pisang. Dia yang terpaksa menemani mayat Kak Limah semalaman di Klinik Desa Kampung Pisang tersebut. Kat situ memang banyak part lucu lawak sampai berderai air mata. Kalau lawak macam part Ropi tu boleh dikekalkan sampai ke akhir atau tambah lagi dua tiga scene yang macam tu rasanya lebih berbaloi tengok Hantu Kak Limah. Yang lain lawak suam suam kuku je. Itu yang mek rasa.

ENDING YANG BOLEH DITEKA


Ending untuk Hantu Kak Limah macam standart untuk kali ni. Yang macam Hantu Kak Limah Balik Rumah tu, last-last baru tahu yang Kak Limah tu bukan hantu tapi sebenarnya gila. Kalau yang ni endingnya memang berkaitan dengan cara kematian Kak Limah tapi macam dah boleh guess ianya berkait dengan perkara-perkara ghaib yang Awie alami. Bagi mek takda la ending yang mengecewakan. Mek boleh teka ending bila Awie dan Uqasha berjumpa tapi si Khuda dan sorang lagi tu tak nampak. Uqasha dah cakap yang dia nak kawan je dengan Awie, dia tak bersedia untuk kahwin dengan Awie. Daripada situ mek rasa ada antara kaum Uqasha jugak yang mengganggu Kampung Pisang. At last, betullah. Sebab Khuda tu yang buat janji munafik dengan si adik Uqasha.

RATING 2.5


Overall untuk Hantu Kak Limah 2018 ni mek bagi 2.5 je. Gelak memang gelak part Ropi tapi yang lain macam biasa. Rumah Khuda tepi sungai macam Nang Nak. Lepas tu part hantu kubur macam cerita P Ramlee tu mek rasa Hantu Kak Limah Balik Rumah lagi best. Mungkin sebab lawak yang fresh that time. Hantu Kak Limah 2018 dah macam lawak kitar semula daripada yang ada sebelum ni. Lawak Ropi je yang bernafas baru. Tu pun dalam FB semua duk sebut dialog Ropi yang memang akan diingati. Macam Awie duk bercinta dengan orang bunian tu pun dah hambar. Sekadar untuk tontonan rasanya ok tapi kalau nak rasa worth dengan RM13 beli tiket, rasanya dengan penat lelah beratur tu terbayar dengan makan popcorn aje lah. Itu pendapat mek secara peribadi.


Korang dah tengok ke Hantu Kak Limah 2018? Apa pulak komen korang pasal cerita ni? Mind to share di komen ye ❤


Sekian ..

9 comments

  1. hebat cerita ni, boleh kutip juta-juta ringgit malaysia

    ReplyDelete
  2. lepas kak limah dah mati,
    mesti keluar hantu bunian kan

    ReplyDelete
  3. part abam zul ripin nyanyi pun sewel!hahahahaha

    ReplyDelete
  4. Aah ramai cakap macam cerita hantu komedi Thailand.. Huhu

    Tapi nice lah boleh buat gelak dengan family

    ReplyDelete
  5. xtengok lagi nampak macma best jer

    ReplyDelete
  6. Tak tengok lagi..tunggu kluaq kat astro first ja laa

    ReplyDelete
  7. yang first pun tak tengok.. yang ni tengok nantila hehe

    ReplyDelete
  8. Betol. Tgk rumah khuda, teringat citer nang nak :-)
    Yes. Citer mamat khalid boleh diagak ending nyer. Must be something ke arah bunian. Ia akan berkait.
    Aida suka citer ni sebab anak2 suka. Diorang memang puji la citer ni. Full marks diorang bagi. Terutama izzat.
    Nice ditonton satu family.

    ReplyDelete