Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Fizo Omar dan Mawar Karim bukanlah dua nama yang asing di dunia hiburan mahupun perniagaan. Si jejaka tampan dan si jelitawan ini telah pun menambat hati netizen dengan pelbagai cara mereka yang tersendiri. Dari dunia hiburan, Fizo Omar telah menceburi bidang perniagaan makanan pula. Bermula dengan Hot Burger kini Fizo Omar beralih pula kepada hidangan seleranya tersendiri.
Fizomawar Kitchen Kota Bharu adalah cawangan kedua Fizo Omar selepas kejayaan restorannya di Bangi, Selangor. Dengan menawarkan pelbagai hidangan yang begitu sesuai kepada orang ramai, berlokasi di Tambatan DiRaja Kota Bharu yang mempamerkan keindahan tepi Sungai Kelantan - pasti akan menarik dan menselesakan para pengunjung yang ingin menikmati 'air tangan' Fizo Omar.
RUANG PAKIR DAN LOKASI YANG STRATERGIK
FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU
Untuk mencari Fizomawar Kitchen tidaklah begitu sukar kerana signboard-nya yang begitu jelas memudahkan korang untuk memperlahankan kereta dan mencari petak parking. Lot parking disini agak banyak dan mek rasa tiada masalah untuk isu itu. Lagi pula, korang boleh sahaja parking di Dataran Rehal dan have a side walk ke Fizomawar Kitchen Kota Bharu sebelum mengisi perut.
Di Fizomawar Kitchen Kota Bharu juga korang berpeluang untuk naik ke Menara Tinjau Kelantan yang bersebelahan dengan Fizomawar Kitchen Kota Bharu. Sambil makan tempat sedap, sambil sight-seeing keindahan bumi Kelantan, ye dak? Tapi no worries, dari tempat makan Fizomawar Kitchen Kota Bharu juga korang boleh tengok pemandangan Sungai Kelantan.
FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU
Pintu masuk utama Fizomawar Kitchen Kota Bharu ada di bahagian sisi sebelah kanan daripada tempat pakir di hadapan restoran. Korang takkan susah nak jumpa dengan pintu masuk ni cause bila korang naik tangga daripada tempat parkir tu, dah nampak pintu utama Fizomawar Kitchen Kota Bahru. Depan pintu masuk pun korang dah boleh start berOOTD atau ambil gambar buat kenangan.
FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU
This another port korang boleh bersantai dan 'ambik angin' dengan family. Port ni berhadapan sahaja dengan Fizomawar Kitchen Kota Bharu. Tapi kalau tengahari agak panas jugak. Kat sini nak bagi anak berlari-lari pun boleh but parents please tengok anak time diaorang bermain sebab takut jatuh, terhantuk kepala berdarah pulak. Jangan hendap phone korang sampai anak ke mana tak perasan.
DECO RUANG KEDAI GABUNGAN KLASIK DAN URBAN
FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU
Masuk je dalam restoran kita semua akan disambut dengan senyuman manis owner restoran ni. Siapa je tak pernah puji senyuman Mawar Karim antara yang termanis di Malaysia. Sesuai la couple ni menjadi duta kepada susu sejat F&N. Walaupun ianya hanya sekadar bunting tapi mek sure korang akan senyum juga bila melihat bunting ni cause I did the same thing ! Tindakan reflect mungkin.
FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU
Ruangan tangga yang menggunakan papan kayu menyerlahkan lagi rona klasik untuk Fizomawar Kitchen Kota Bharu. Seni begini mengingatkan mek kepada rumah nenek around tahun 90 an. Pemegang dan penghadang tangga yang menggabungkan stainless steel dan kepingan ukiran kayu memang menaikkan lagi seri deco restoran ini secara autonya akan menyejukkan hati pengunjung.
FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU
Ni ruangan makan-makan di tingkat atas. Di ground floor adalah kitchen. Secara auto bila korang datang sini, memang kena makan di atas. Sebelah kanan yang ada tingkap tu dapat tengok pemandangan Sungai Kelantan. Kat atas ni tak la panas sangat tapi memang Fizomawar Kitchen Kota Bharu pun berhawa dingin. Cuma bila petang dia akan buka tingkap untuk korang ambik fresh air.
FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU
Baby chair ada disediakan untuk anak-anak kecil. TV juga turut dipasang untuk tontonan orang ramai. Cerita di TV semestinya program Fizo Omar dan Mawar Karim. Boleh la korang kenal mereka dengan lebih dekat lagi. Di ruangan bawah juga ada bilik VIP untuk korang bawa tetamu yang nak privacy. Nak buat jamuan perpisahan, birthday sanak saudara amat dialu-alukan. Just name it.
FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU
Bahagian beverage juga di tingkat atas. Senang korang nak mintak air tambahan kalau rasa terpandang meja sebelah minum air yang lagi best daripada korang order. Pun menyenangkan juga untuk mintak air suam untuk anak-anak. Mek setuju sangat dengan layout Fizomawar Kitchen Kota Bharu. Memudahkan pelanggan dan staff. Toilet pun diruangan atas ni sahaja, tak perlu turun bawah.
HIDANGAN THAI DAN WESTERN SPECIAL BY FIZO
FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU
Miang Kham - mek first time makan walaupun Miang Kham ni agak popular sebelum puasa 1439H. Kawan-kawan office mek ada membeli tapi mek tak pernah try. Campuran udang kering dengan daun kadok (entah apa nama tempat korang panggil that daun) bersoskan manisan berkacang, sekali ngap memang rasa manis masam masin dan kelat-kelat daun digabungkan sekali. Spouse bagi rating 3 / 5.
FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU
Western, Chicken Chop - Kuah sos lada hitam Fizomawar Kitchen Kota Bharu memang just nice. Makan dengan fries memang syok je. Cuma kepingan ayam tu mungkin mek tak berapa suka kerana mek jenis tak makan kupingan tu. Isi ayam memang lembut juicy and paling penting masak penuh ! Pernah mek makan chicken chop, buka sampai tulang masih lagi berdarah. Ok bye, loya tetiba.
FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU
Nasi Khoumok - This one could be my favorite. Selaku penduduk Rantau Panjang Kelantan, nasi khoumok ni memang antara nasi yang regular mek makan. Jadi, dah banyak yang mek try but this one memang kena dengan selera mek, cukup portion-nya dan memang the best so far yang mek try. Ada satu dekat office mek, memang Siamese yang buat but still Fizomawar Kitchen's the best.
FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU
Masakan Thai yang dibawa oleh Fizomawar Kitchen Kota Bharu - bagi mek Tom Yam yang dihidangkang mek tak pernah lagi jumpa di mana-mana kedai even kedai Siamese area Rantau Panjang. Memang totally different. Nampak sama kuah merah oren macam tu. Lada merah bagai pedas gunung berapi tapi memang tak sama rasanya. Mek boleh hirup macam tu je sampai habis.
MINUMAN TERKINI DAN SPECIALITY FIZOMAWAR
FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU
Air Mojito - Soda herbs kalau di kedai biasa-biasa. Gabungan daun pudina, manis laici, kesegaran serai bergabung memang melegakan tekak yang minum. Mek hari tu pergi untuk berbuka puasa dan memang rasa lega sangat dapat minum Mojito. As a coffee lover, maybe next time mek akan try coffee yang ditawarkan oleh Fizomawar Kitchen Kota Bharu sebab itu antara speciality mereka.
FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU
Soda Dheng Manou - Air soda bergabung dengan manis masam strawbery dan memang melegakan tekak juga. Yang ni spouse mek suka sebab dia cakap macam F&N strawbery tapi bukan. Rasanya best dan refreshing. Tapi cadangan mek, kalau korang jenis sharing dengan pasangan, pilih either Mojito atau Soda Dheng Manou and take another one yang lain. Sebab based mereka sama - soda.
RATING SERVIS UNTUK FIZOMAWAR KITCHEN KB
FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU
Bukan nak mengampu, ini adalah review jujur daripada mek dan spouse. Bukan sebab jumpa dengan Fizo Omar terus puji melambung. Dan perlu diingatkan juga lidah kita tak sama, mungkin bagi sesetengah orang dia tak suka pedas, ada orang suka pedas. So clear okei? Jangan keluar statement nanti mentang-mentang dapat tangkap gambor dengan Fizo Omar kemain melambung memuji.
Servis yang diberikan oleh team Fizomawar Kitchen Kota Bharu so far mek tengok tidak terlampau slow. Just nice dengan pelanggan yang ada. Kalau tengah ramai memang take time sikit. Macam mek haritu sampai around 6.45 petang, makanan terhidang around 7.00 malam. Time mek pergi memang tengah full house. Korang pun boleh buat reservation kalau nak. Just TEKAN SINI untuk call.
Korang dah try ke Fizomawar Kitchen? Tak kisah samada di Kelantan atau di Bangi. Macam mana pulak pendapat korang tentang restoran ni? Apa menu yang korang pilih? Mind to share diruangan komen ye ❤
Sekian ..
Jangan lupa like dan follow FB MEK
wah..kna terjah jgk ni..sdap ni..:)
ReplyDeleteNyum..nyumm sedap tu
ReplyDeletemenggodanya Tom Yam. Tak pernah try lagi. will try soon , Thanks for sharing babe
ReplyDeletemasuk list wojib terjah ni!!!!
ReplyDeletedekat tambatan diaja ke tu mek restorannya... sedap nampok pesen makanea pun...
ReplyDeleteNice Article if you sell cbd products then use custom cbd boxes
ReplyDeleteThis is an amazing post. Thanks for sharing informative information. keep up the good work. I appreciate your efforts.
ReplyDeleteDifferent Advantages For Overhauling Your Home