Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Kalangan readers mek ada yang bekerja di pejabat dan ada yang bekerja di rumah, kan? Kalau yang di rumah, memang time korang agak fleksibel tapi agak padat juga dengan rutin harian penjagaan anak-anak dan rumahtangga atau rumah sahaja bagi yang bujang. Tapi semuanya perlu mengatur masa dengan sebaik mungkin untuk tally dengan rutin dan deadline bagi task yang diperuntukkan.
Berlainan pula bagi mereka yang perlu ke pejabat. Bila dah kerja pejabat semestinya ada pemantauan kedatangan. Kedatangan tu pula sama ada melalui sistem atau manually (punch card atau tanda dalam buku) tapi kebanyakkan organisasi dah pun apply sistem untuk pemantauan kedatangan. Manually ni teramat mudah untuk dimanipulasi. Jadi, pemilihan sistem adalah yang terbaik setakat ini.
Berlainan pula bagi mereka yang perlu ke pejabat. Bila dah kerja pejabat semestinya ada pemantauan kedatangan. Kedatangan tu pula sama ada melalui sistem atau manually (punch card atau tanda dalam buku) tapi kebanyakkan organisasi dah pun apply sistem untuk pemantauan kedatangan. Manually ni teramat mudah untuk dimanipulasi. Jadi, pemilihan sistem adalah yang terbaik setakat ini.
DATANG AWAL UNTUK PERSEDIAAN SEBELUM MULAKAN TUGAS
Datang Awal Atau Ngam Ngam ke Pejabat
Datang awal ni diklasifikasikan dengan buffer time sebelum punch in tu ada lebih kurang sejam hingga setengah jam. Contohnya kalau waktu masuk pejabat korang adalah jam 8.30 pagi, maknanya korang punch in dalam jam 7.30 hingga 8.00 pagi. Itu adalah golongan awal datang bekerja. Buffer sejam hingga setengah jam tu adalah waktu untuk korang bersedia menghadapi tugasan hari tu.
Biasanya yang awal sejam dan setengah jam ni mereka akan pergi breakfast, buat persediaan yang sepatutnya sebelum memulakan tugas hakiki mereka. Kalau mek, datang awal tentunya pergi breakfast dengan kawan-kawan dan waktu yang masih ada tu akan check email senang cite mulakan tugasan lebih awal. 8.30 pagi tu dah siap check email and print out apa yang patut. Produktif sangat !
DATANG AWAL UNTUK ELAK DARIPADA BERLAKU KELEWATAN
Datang Awal atau Ngam Ngam ke Pejabat
Another reason kenapa kita perlu datang awal adalah kerana nak elak benda yang berlaku dipertengahan jalan. Situasi ni takkan sentiasa berlaku tapi akan juga berlaku once a while di mana kadang-kadang ada berlakunya kemalangan jalan raya, kesesakkan lalu lintas, traffic light tetiba mereng ikut suka nak hijau nak merah dan sebagainya. Itu antara perkara penyebab kelewatan.
Kalau buffer time korang sejam hingga ke setangah jam, mungkin punch card atau thumb in korang takkan jadi merah. Secara auto, laporan kedatangan korang ke pejabat cantik dan tidak akan dimerit oleh ketua korang. Laporan kedatangan ni penting bila time prestasi. Daripada situ lah ketua korang nak nilai attitude korang macam mana. Produktif ke, pasif ke atau jenis follow the flow je. Beware !
DATANG NGAM NGAM DALAM KEADAAN PENUH BERSEDIA
Datang Awal atau Ngam Ngam ke Pejabat
Tapi ada juga segolongan pekerja yang memang dia datang ke pejabat dalam keadaan yang sudah bersedia. Maksud mek, bila dia punch in jam 8.25 pagi, memang dia terus di kerusi dan mejanya. Breakfast done dengan kawan atau pasangan semasa dalam perjalanan ke pejabat. Dah takada apa yang dia nak buat, terus sampai je bukak pc dan buat kerja hakiki mereka. Memang ada golongan ni.
Golongan yang macam ni biasanya waktu balik dia pun agak on time sebab dia nak kualiti time waktu bekerja dan waktu personal. Masa kerja memang all out. Dia akan pastikan kerja yang dia buat akan siap sebelum waktu kerja tamat. Takada istilah nak OT atau tunggu reda jammed baru pulang. Tapi still produktif kepada organisasinya sebab kualiti time kerja tu yang mahal. Sepenuh jiwanya !
Golongan yang macam ni biasanya waktu balik dia pun agak on time sebab dia nak kualiti time waktu bekerja dan waktu personal. Masa kerja memang all out. Dia akan pastikan kerja yang dia buat akan siap sebelum waktu kerja tamat. Takada istilah nak OT atau tunggu reda jammed baru pulang. Tapi still produktif kepada organisasinya sebab kualiti time kerja tu yang mahal. Sepenuh jiwanya !
DATANG NGAM NGAM AGAK SEMPUT
Datang Awal atau Ngam Ngam ke Pejabat
Yes, datang ngam ngam boleh buat korang jadi semput. Semput untuk breakfast kalau korang tak breakfast lagi, boleh buat korang menjadi lambat kalau ada kemalangan yang berlaku di jalan raya. Secara tak lansung ngam ngam ni boleh buat korang terjerat sebab masa korang spend untuk bertenang tu agak tidak cukup. Kalau buffer 10 minit pun, dah kira waktu kecederaan untuk sarapan.
Agak semput juga kalau kena dengan hari parking kereta kena jauh disebabkan lot parking yang berdekatan dah penuh. So kenalah berlari-lari macam masuk marathon untuk kejar masa punch kad. Berpeluh pulak dengan baju kerja dan secara auto akan menjejaskan mood kerja korang pagi tu. Kalau pagi-pagi mood dah swing alamatnya sampai ke petang lerr mood kerja korang akan ke laut.
**********
Setiap benda ada pro and cons. Mungkin bagi sesetengah orang buffer time sejam hingga setengah jam itu terbaik, ada orang pulak buffer time 10 minit dah cukup cun untuk dia. Bergantung kepada situasi seseorang sebab kita tak sama. Ada hal peribadi masing-masing sebelum masuk ke hal pendapatan. Jadi, korang yang mana? Mind to share okei ❤
Sekian..
Jangan lupa like dan follow FB MEK
datang awal senang.. xnak bawak motor laju2. hehe
ReplyDeleteSejak anak dah 2 ni agak ssh nak dtg awal. Biasanya datang ngam2 semput atau lambat. Breakfast pun dlm keta :P
ReplyDeletebetul2, saya pun sama macam ni. heheheehe
Deletedatang ngam-ngam mmg semput gak nk breakfast..selalu breakfast kt meja je, makan sandwich atau biskut..huhu..
ReplyDeletepengalaman saya kalau tempat kerja tengah bandar ni, bergantung kepada kenderaan apa yang kita naik.. macam saya selalu naik moto, tapi kadang2 naik kereta. naik moto memang selalu sampai ngamngam.. kalau awal pun dalam 5-10minit je.. motosikal lebih reliable, x bergantung kepada jemm.. kalau hujan lain la.
ReplyDeletekereta macam tu la, asyik2 jem.. sebab tu kalau kereta saya sam,pai kena bertolak awal sejam. kalau tak, memang tak sempat..
akak lebih prefer awal sikit.. akak jenis punctual. kalau tak mau sesak nafas.. serba tak kena.
ReplyDeletekalau macam aku, aku suka datang awal. tapi takde la awal mana pun. dalam 15 min gitu je. hehehe... reason, sama macam yang diulas dalam entri. tak nak kalut, dan boleh prevent kelewatan if ada accident.
ReplyDelete