BINGYEN FRUITY AIS KEPAL BERBUAH YANG VIRAL DI RANTAU PANJANG

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Benda viral macam ni tak elok disimpan sorang-sorang. Kena jugak bagitahu satu Malaya yang ada benda takde la baru diperkenalkan cuma mungkin cara persembahannya tu membuatkan ianya menjadi viral. Lagi-lagi yang viral ni adalah sejenis makanan. Rakyat Malaysia memang kerjanya memburu makanan je kan? Asalkan stay fit, okei lah. Jangan terlebih makan pulak, azab menunggu.

Mek tahu pasal Bingyen Fruity ni sebab mek orang local Rantau Panjang Kelantan. Kalau hujung minggu tu tidak lah selalu jugak pergi tapi dalam sebulan tu adalah pergi. Maka tahu lah jugak apa yang tengah viral di Rantau Panjang Kelantan. Untuk Ogos 2018, Bingyen Fruity ni mula mendapat hati dalam peminat dessert. Mungkin sebab kelimpahan buah-buah yang mereka sediakan itu.

BINGYEN FRUITY PEMANIS MULUT VIRAL


Ni lah Bingyen Fruity. Ais kepal yang dimaniskan dengan sirap buahan serta kuah kastard dan buah-buahan yang segar serta topping whepe cream sebagai mahkota mencantikkan Bingyen Fruity. Tuannya mestilah sesedap rupanya. Mek tak dapat pastikan apa maksud Bingyen sebenarnya. Bila google keluar gambar penyanyi Hong Kong. Mungkin Bingyen ni bahasa Thai kot. Tak sempat pulak nak interview jurujual Bingyen Fruity ni. Beratur aje dah setengah jam, sampai turn kita memang order yang terkeluar daripada mulut. Benda lain tak boleh nak tanya dah. Tapi daripada cara dia buat, memang rasa tak sabar nak makan sebab tengok aje buahnya tu memang nampak manis yang amat ! Memang anak-anak pun tak sabar nak ngap Bingyen Fruity. Tapi elok dimakan bila dia dah start cair.

AIS KEPAL KEMBALIKAN NOSTALGIA


Ais kepal ni sebenarnya dulu-dulu dah wujud dah. Tapi mek tak sempat dengan zaman itu. Mengikut mummy mek, dulu-dulu takada ABC macam sekarang ni. Dulu ais kepal ni letak dengan sirap macam tu aje lepas tu dibungkus dengan surat khabar. Mummy bagitahu biasanya beli ais kepal ni lepas main lari-lari, dahaga so beli lah ais kepal. Nikmat tekak katanya. Budak sekarang tak boleh nak menikmati ais kepal dah sebab ais tu dah dibuat ABC. So, 2018 ni timbul balik ais kepal dengan variasi dan cara yang baru. Gen Y macam mek pun sibuk jugak ler nak mencuba. Sedap pulak tu bila dah cuba. Amani dengan Amzar memang tak berhenti minta disuapkan dengan ais kepal ni cuma mek limit-kan mereka sebab tak nak bagi diaorang makan manis sangat plus tak nak diaorang minum ais.

PENYEJUK TEKAK PEMANIS LIDAH


Macam mek bagitahu tadi, dessert memang dicipta untuk memaniskan mulut. Takada dessert yang dibuat secara tawar untuk control diabetic. Semuanya menyumbang kepada diabetic. Disebabkan itu, dessert tidak boleh diamalkan selalu. Jarang-jarang boleh lah. Even manis buah sekalipun memang antara penyumbang diabetic. Tapi di sini mek bukan nak stress pasal kesihatan. Mek just nak share antara dessert yang korang boleh try. Just incase korang rasa Bingyen Fruity ni boleh dibuat di rumah aje, boleh la buat untuk seisi keluarga. Daripada cara yang mek tengok, memang agak senang cuma korang kena sediakan bahan tu banyak sikit la. Kalau yang malas macam mek akan cakap benda ni baik beli ajela. Kalau yang rajin, memang senang sangat benda ni nak buat. Tak guna oven pun.

LOKASI ESKEPAL VIRAL RANTAU PANJANG


Untuk korang yang berkunjung ke Rantau Panjang Kelantan, boleh lah singgah di Bingyen Fruity EsKepal yang berlokasi di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Mek rasa senang aje nak jumpa kedai ni. Tak tersorok. Memang betul-betul tepi jalan and laluan utama untuk korang exit bandar Rantau Panjang melalui Pintu Dua Kastam. Di EsKepal ni jugak ada jual Mee Celup yang memang popular among Kelantanese. Korang kena try Mee Celup sebab dia tak sama dengan Mee Berkuah atau Mee Bandung yang korang pernah try di kedai-kedai yang berdekatan dengan korang. Bagi mek bila ke Rantau Panjang Kelantan, selain daripada makan Tom Yum korang boleh pilih menu Mee Celup untuk kenyangkan perut. Untuk anak-anak kecil boleh makan Nasi Air (Bubur Nasi).


Ada ke antara korang yang dah try Bingyen Fruity ni? Apa komen korang? Bagi mek rating 4 daripada 5 daripada segi harga dan tahap kesedapannya tu. Kalau tempat korang pun ada jugak jenis ais kepal ni, boleh la share di ruangan komen juga ❤ 


Sekian ..


Jangan lupa follow dan like FB MEK

12 comments

  1. telan ailio tengok eskepal tu...ada buah mangga lagi, mmg nmpk sedap giler..berbaloi dgn harganya..

    ReplyDelete
  2. Fuhhhh..nampak menarik haaa aiskepal tue.makan sorang confirm x habes

    ReplyDelete
  3. Besaq sangat tu..kena kongsi nii..makan sorang tak habis..

    ReplyDelete
  4. Fuhh mek, meleleh air liur tengok. Hahah. Bila lah nak sampai kelantan ni, banyak betul makanan sedap sedap nak try

    ReplyDelete
  5. sedap molek tu mek mee celup ngn bingyen nih...

    ReplyDelete
  6. oooooittt menggodanyaaa tengok gmbar tu. mana nak dapat celah2 Penang ni jauhnya rantau panjang =(

    ReplyDelete
  7. Ya Rabbi! Lumayan nyer eskepal nyer Mrk. Then meleleh2. Aduhai!
    Lama dah x ke rantau panjang. Aida kalu ke kb, tak selalu ke sana. Agak jauh. Tapi pernah skali gi, rambang mata. Memng ohsem lah rantau panjang.

    ReplyDelete
  8. Yang putih tu ape.???kuah kastard ke?? Mcm white chocolate.. Sedapnyeee

    ReplyDelete
  9. Gpow dyo hop putih pekat tuhh..susu koe ..koe gpow erhh

    ReplyDelete
  10. Hop putih pekat tuh gpow erhh..susu koe..koe gpow

    ReplyDelete