Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Pasangan, atau mek lebih selesa menggelarkan spouse - peneman setia dalam apa jua yang berlaku terhadap diri kita sendiri mahupun keluarga yang telah kami bina bersama. Mek pasti korang pun macam tu jugak, kan? Antara rakan dan pasangan tidur sebantal dan seselimut dengan kita, semestinya orang yang paling kita mahu adalah mereka yang tahu bau air liur basi kita setiap pagi.
Tapi adakah benar dan boleh kita mengharapkan pasangan kita menjadi seperti yang kita bayangkan? Boleh ke pasangan yang dah berpuluh tahun hidup dengan cara hidupnya then tetiba nak kena ikut corak kita. Tapi adakah salah kita ingin merubah pasangan kita menjadi apa yang kita harapkan supaya rumahtangga dan perhubungan menjadi harmoni tanpa sengketa yang keterlaluan? hmm..
ASAS DIDIKAN AGAMA
APAKAH YANG DIHARAPKAN KEPADA PASANGAN
Tak kisah, perempuan atau lelaki - masing-masing kena ada asas didikan agama yang betul dan hampir sempurna. Tak kisah apa pun anutan agama kita, setiap agama mengajar benda yang baik-baik. Yang tak baik itu syaitan. Jika masing-masing ada amalan agama yang bagus, didikan agama yang sempurna kepada keluarga dan pasangan, nescaya harmoni itu akan mengejar kita setiap sudut.
ILMU RUMAHTANGGA YANG DIGILAP
APAKAH YANG DIHARAPKAN KEPADA PASANGAN
Setiap perkara di dalam dunia ni perlukan ilmu untuk kita lakukan. Cuma ilmu itu datang dalam pelbagai cara, kadang praktikal, melalui pembacaan atau melalui teladan di hadapan mata kita sendiri. Tak kisah yang mana kita nak pelajari cuma jangan pernah jemu untuk terus mengutip ilmu rumahtangga yang boleh mengharmonikan kita dan pasangan serta anak-anak supaya kita dirahmati.
Rasanya, kalau dua point yang mek kongsikan tadi dapat diterap, digubah sebaik mungkin, secara automatis perihal lain tidak perlu lagi dibimbangkan. InsyaAllah akan tenang di dunia dan juga di akhirat. Kawan-kawan yang beragama Islam, seharusnya kita mengingati apa yang kita buat hari ini adalah tabungan pahala untuk kita di akhirat kelak. Semoga kita semua dapat masuk syurga nanti.
**********
Korang ada ilmu atau pandangan nak dikongsikan bersama? Boleh share diruangan komen. Mek amat mengalu-alukan korang untuk tambah info kalau dirasakan tidak cukup dengan perkongsian mek ini ❤
Sekian ..
Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK
Sama-sama jaga Allah insyaAllah nanti suami isteri tahu peranan masing-masing..aamin.
ReplyDeletedpt membimbing isteri dan sama2 menuju ke syurganya semua menjadi idaman setiap org
ReplyDeletesame halal haram level, same education level. i dont why but its kinda important too as criteria
ReplyDeletesama-sama mengharapkan syurga, insyaaAllah bila dh berpasangan akan tahu tanggungjawab sdiri, kelebihan dan kekurangan Allah dah tentukan segalannya. Ada yg baik ada yg kurang drp pasangan masing2... Ingat allah insyaAlah tenang....
ReplyDelete