PESTA PERLUMBAAN PERAHU 2018 DI PANTAI NDO TUMPAT

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Pantai Ndo, Tumpat Kelantan. Satu-satunya pantai yang mek tak pernah jejak selama lahir di dunia. Mungkin dulu lalu macam tu je dengan mummy. Kalau korang datang sini, mek bet korang pun akan ajukan soalan yang sama iaitu 'mana pantainya?'. Menurut rakyat tempatan Tumpat, Pantai Ndo ni ada pantainya tapi diseberang sana. Yang sebelah sini memang tak nampak pantai. Hanya sungai.

Dengan inisiatif Majlis Daerah Tumpat, satu Taman Kemahkotaan telah diwujudkan untuk orang ramai meluangkan masa bersantai bersama keluarga pada hujung minggu atau pada waktu petang. Dengan suasana yang agak tenang pada penghujung bandar Tumpat, Taman Kemahkotaan ini amat sesuai dan menepati sebuah taman yang santai untuk anjurkan beberapa program dan ini antaranya.

PESTA RAKYAT BUAT KALI KETIGA


#PESTAPERAHU
#PANTAINDOTUMPAT

Pesta Perlumbaan Perahu merupakan satu pesta tahunan yang diadakan di Pantai Ndo. Kolaberasi antara Majlis Daerah Tumpat dan Tourism Kelantan ini dapat memangkin lagi Pantai Ndo sebagai salah satu destinasi 'mesti check in' bila berkunjung ke Tumpat Kelantan. 2018 merupakan tahun ketiga untuk pesta perlumbaan perahu ini. Tentunya pesaing terhebat adalah daripada jiran, Tak Bai.


#PESTAPERAHU
#PANTAINDOTUMPAT

Majlis Daerah Tumpat. Berlokasi hanya 50 meter daripada Pantai Ndo Tumpat. Tak silap mek bangunan ni agak baru siap. Mungkin 2016 atau 2017. Memang cantik dan ni first time mek sampai di Majlis Daerah Tumpat. Next time kalau boss mek cakap dia nak pergi sini, boleh la bayangkan di mana tempatnya. Belakang Majlis Daerah Tumpat ni ada sungai yang dinamakan Pantai Ndo Tumpat.


#PESTAPERAHU
#PANTAINDOTUMPAT

Macam biasa, bila ada pesta keramaian macam ni, mesti ada beberapa gerai minuman dan makanan ringan macam keropok lekor untuk makan secara santai-santai dengan keluarga. Banyak juga menu baru yang mek tengok antaranya kerabu maggy siam. Biasa kerabu maggy ni jual kat kedai, sekarang di tapak macam ni pun dah jual kerabu maggy. Sedap juga. Setanding dengan yang kedai punya.


#PESTAPERAHU
#PANTAINDOTUMPAT

Ni bukanlah pameran Bomba dan Penyelamat. Ni jentera bomba yang datang sebab nak jaga keselamatan para contestant perlumbaan perahu. Kot-kot ter-eksiden masa berlumba, syok and ralit sangat pulas enjin bot, tak nampak yang depan. Itu contoh. Apa-apa pun berhati-hati itu lebih baik. Semua orang nak menang ye dak, tapi keselamatan kena diutamakan. Nyawa ada satu je, tak berganti.

TEMPAT LUANG MASA BERSAMA KELUARGA


#PESTAPERAHU
#PANTAINDOTUMPAT

Macam yang mek katakan tadi, tempat ni amat sesuai untuk luangkan masa dengan keluarga. Memang nampak macam takada apa-apa yang menarik. Konsepnya sama dengan tasik titiwangsa yang korang duk jogging tu. Tak ada apa-apa tapi sentiasa penuh dengan orang beriadah. Walaupun Pantai Ndo ni tiada path untuk berjogging, tapi takada masalah, boleh je nak berlari-lari di sini.


#PESTAPERAHU
#PANTAINDOTUMPAT

Ni lah pantainya. Ianya sungai sebenarnya. Pantai yang sebenar katanya disebalik 'pulau' di depan mata ni. Cantik juga kalau korang nak jadikan tempat ni sebagai photoshoot. Tempat untuk korang buat video pendek. Tempat untuk korang skrol FB. Dan macam-macam lagi yang sesuai, seangkatan. Dari sini juga about 5 km korang boleh view STESEN KERETAPI TERAKHIR PANTAI TIMUR .


#PESTAPERAHU
#PANTAINDOTUMPAT

Untuk anak-anak pula disediakan playground untuk diaorang bermain-main dan berkenalan dengan budak yang lain. Cuma, playground di sini memang memerlukan pemerhatian ibu bapa sebab agak tidak selamat sangat bila diaorang main dengan kawan yang lain. Tertolak jatuh memang kedebub ke tanah la jawabnya. Jadi parents, please tengok-tengokkan anak korang ye jangan ditinggalkan begitu.


#PESTAPERAHU
#PANTAINDOTUMPAT

Sebagai cenderahati daripada program ni, beli satu set memasak untuk anak dara ni. Offer yang lain semuanya tak nak. Nak yang masak-masak jugak. Takpela Amani, mana-mana yang awak rasa suka nak main asalkan membina. Nasib baik bila balik elok je main dengan Amzar. Tak berebut and tak bergaduh. Alhamdulillah. Umur tiga tahun, takkan nak expect mengadap colouring book aje kan.

**********

Korang pernah sampai ke di Pantai Ndo ni? Mek first time juga sampai sini. Kalau takada program ni mungkin tak kenal lagi kot. Orang Tumpat, kalau ada cerita di sebalik Pantai Ndo ni moh la citer di ruangan komen. Terima kasih ❤


Sekian ..


Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK


#PESTAPERAHU
#PANTAINDOTUMPAT
#DISCOVERTUMPAT

KAKTON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Siapa antara pembaca mek ni yang suka dengan sotong? Atau makanan laut? Dimasak pulak dengan cara thai. Sos thai yang boleh buat lidah korang rasa boom ! Manis, pedas, masin dan masam semuanya seia sekata. Rata-rata ramai yang suka masakan thai disebabkan keunikan rasa yang bercampur-baur namun cukup untuk memikat selera. Bertambah-tambah jadinya bila makan.

Kelantan bukanlah satu negeri yang asing dengan masakan thai. Rata-rata kalau datang ke Kelantan ni korang dapat je rasa masakan thai. Cuma, ada restoren masakannya ala thai dan ada juga restoren atau cafe yang betul-betul thai. Jadi, mana satu pilihan kalau korang datang ke Kelantan? Kalau korang nak makan rasa thai asli, mek ada satu tempat cafe yang boleh memenuhi kehendak thai asli.

KAK TON PATTANI HIDANGAN THAI ASLI



KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Mek berkenalan dengan Kak Ton Pattani Cafe ni melalui spouse mek. Banyak kali dia duk ulang 'best ada sotong bakar di Geting Tumpat'. Spouse just cakap, dia tak tunjuk gambor. So hari-hari pun berlalu. Agaknya dia dah nak makan sangat so dia tag mek di FB. Percubaan kedua menjadi. Bila tengok gambor hidangan kecur liur weih. Ni kalau masyarakat setempat tak rebut peluang, rugi !

ANEKA UDANG SOTONG DI HIDANG CARA THAI



KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

SOTONG SUMBAT BAKAR antara yang menjadi kegilaan pelanggan yang mengunjungi Kak Ton Pattani Cafe. Mana taknya, Sotong besar disumbat dengan isi ketam, telur ayam dan juga telur sotong yang sediada memang akan memenuhkan mulut korang. Ditambah pula curahan sos thai pedas manis masam di atas sotong sumbat bakar tu. Untuk menu ni, korang boleh makan dengan nasi putih juga.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Sotong yang dibakar di Kakton Pattani Cafe adalah yang fresh. Maksudnya daily made. Ada pelbagai size dan harga adalah mengikut harga semasa pasaran. Tapi korang pun boleh bajetkan kalau makan seafood kena spend berapa. Kedai Kakton Pattani takdenya mahal sampai masuk surat khabar. Harga standart price and worth every single cent you spend sebab mek pasti citarasa Kakton Pattani hebat !


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

KERABU SOTONG UDANG memang menyerlahkan lagi makanan versi thai. Kerabu-kerabi ni memang asal daripada Thailand. Bila sebut kerabu je mesti dah terasa di lidah masam manis masin yang tercipta daripada citrus limau nipis, pedas cili dan juga manis tomato serta keunikan daun ketumbar memang menjerat lidah korang yang makan. Sesuai juga dihidang bersama nasi putih.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

KERANG SOS THAI. Ini antara yang diburu juga sebab biasanya kerang ni kita dapat makan time morekh bulan Ramadhan sahaja. Kalau berkunjung ke Kelantan, boleh la korang cuba kerang bersos thai ni. Memang akan buat sebagai dessert je ni. Sambil makan sambil borak. Sedar-sedar dah habis. Kerang di Kak Ton Pattani ni isinya gemuk juga. Memang puas hati para pelanggan yang makan.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

HOTDOG BAKAR SOS THAI. Menu yang mek paling suka sebab mek penggemar Hotdog. Yang ni pun mek buat sebagai dessert jugak. Lepas makan yang main menu, mek ambik Hotdog bersos thai ni untuk borak-borak dengan spouse. So tempting. Sampai sekarang masih lagi teringat sos thai yang pedas tapi sedap. Cukup rasa walaupun pedas. Tahap kepedasan adalah Hot sahaja. Bukan extra hot.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

KERABU MAGGY SOTONG UDANG. Ini kalau datang ke kedai thai tapi takada menu ni memang tak rasa sawadikap la. Plus, maggy yang digunakan bukan maggy malay. Ni maggy yang diimport khas daripada Thailand. Memang puas makan dengan lauk pauk udang dan sotong. Pedas semulajadi daripada perencah maggy thai ni lagi menambah rasa pedas masin masam kerabu maggy. Awesome !

PENYEJUK TEKAK YANG MEMIKAT



KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Bingsu in Bucket. Pelbagai variasi buah dan yang mek ambik semestinya Mango atau di Kelantan panggil buoh pauh. Manis mango dicampur dengan vanilla dan ada pelbagai bahan lagi seperti roti, nata de coco dan juga penampilan istimewa si Magnum memang kalah si BR. Selain mango ada lagi dragon fruit, honeydew dan tembikai. Semuanya tempting kalau korang tengok depan mata. Nak lagi!


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Bingsu in Real Fruit. Di Kakton Pattani Cafe korang boleh juga minta Bingsu dalam buah mereka sendiri. Contohnya yang honeydew ni. Kalau yang mango memang tak letak dalam buah. Yang macam ni boleh untuk tembikai dan honeydew. But kalau korang nak campurkan buah-buahan tu in one bucket or fruit, boleh juga. Request aja dengan worker Kakton. They memang awesome in this.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Dragon Fruit Float. Ini dah dijadikan ala smoothies. Yang ni kalau order memang nak minum aje la sebab manis dragon fruit memang pure. Campur pulak manis vanilla. Korang tak boleh judge this air teramat manis. Korang kena try dulu baru tahu manisnya tahap kencing manis or not. Bagi mek memang just nice sebab nama lagi air buah, seiring la kan. That vanilla not really sweeten the drink.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Tea Three Layer. Memahami pelanggan yang tak suka kepada air buah atau memang jenis tea lover or coffee lover, mereka akan cari air pesen deme nak jugak. So nah Kakton Pattani tak tinggal teh tiga lapisan yang manisnya daripada gula melaka. Lain benor dengan manis gula. Sekali srup macam eyh, srup lagi dan lagi. Kali ketiga - sedap la this teh tiga lapisan. Udoh ler cantik nak bergambor. Hipster.

MAKANAN UNTUK KANAK-KANAK JUGA ADA



KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Noodle Boat. Kueyteow sup kalau bahasa mudahnya. At first mek agak takut jugak la sebab makanan thai ni pedas-pedas. Kang makan dekat Kakton tapi anak tak boleh makan. Salah anggap dekat Kakton Pattani Cafe. Rupanya ada je la makanan untuk anak-anak. Bukan takat anak, mereka yang suka makan kueyteow sup, kena sangat menu ni dengan korang. Amzar mek semangkuk habis licin !


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Bubur Nasi Telur Masak 3/4. Yang ni kegemaran Amani sebab ada telur dan isi ayam yang banyak. Kemain anak dara tu makan. Memang kalau cari tempat makan, mek lebih prefer makanan macam ni untuk anak sebab sistem penghadaman mereka masih muda. Not all they can eat sebab tak nak kecik-kecik dah kena operate. Kita try to avoid, betul tak? So this menu preferable to you and your kids.

DATANG AWAL UNTUK ELAK KESESAKKAN TRAFIK



KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Kakton Pattani Cafe memang famous tambahan pula lokasinya yang memang menjadi tumpuan orang ramai. Kalau weekdays mungkin tidak seramai weekend. Dan weekdays juga Kakton menerima kalau korang nak tempah meja. Kalau weekend sorry babe, memang tak dapat as kedai open 3.30 petang. Jam 3.00 tu pun dah ramai menunggu. Korang kena cepat untuk dapatkan seat.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

See ! Ni masa dah open and mek masih lagi menjamu selera. Ada sorang akak yang lalu sempat mek sapa tanya nak seat ke, boleh la ambik tempat mek after this. Sempat juga kepho tanya akak dah berapa kali datang. Dia cakap ni kali kedua datang sebab masa datang kali pertama terlampau ramai orang so dia terpaksa balik sebab tak nampak cahaya nak dapat seat. Gulp! Demi sotong bakar, rela!

LOKASI DAN INFO KAK TON PATTANI CAFE



KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Ini adalah landmark untuk ke Kakton Pattani Cafe. Korang waze / maps / google nak ke D'Geting Beach Resort. Parking untuk pelanggan adalah diluar. Kakton Pattani Cafe ada di dalam D'Geting Beach Resort. Korang masuk terus memang akan nampak. Kalau tak nampak jugak, cuba cari kolam renang. Belakang kolam renang tu ada cafe, there you are ! Selamat menjamu makanan thai.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Meet the owner. Ini lah Kakton. Mek tak sempat tanya either dia daripada Pattani original ke tak. Tapi nampak macam Malaysian. Tak kisah lah, yang penting pertama kali mek jumpa Kakton Pattani memang ramah mesra orangnya. Tak kekok nak cakap dengan dia. Macam dah kenal lama. Mek kekok tang nak panggil Kakton je. Nampak sebaya je kan mek dengan Kakton. So, panggil Eton je la.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

Kakton Pattani in action. Nampak aje serius tapi tidok seserius yang ditonjolkan. Korang boleh request or drop comment pada Kakton. Dia memang open untuk terima comment daripada korang. Demi memuaskan hati pelanggan Kakton Pattani Cafe. Mek kagum dengan orang yang berani terima kritikan sebab mek tak suka orang kritik mek di depan-depan. Baik simpan je kritik tu dalam hati.


KAK TON PATTANI VIRAL PANTAI D GETING TUMPAT KELANTAN

The powerful and iron lady yang membantu Kakton Pattani. Ada lagi the boys yang diterajui oleh husband Kakton sendiri but they in kitchen, serving customer. Korang boleh call atau whatsapp Kakton Pattani dengan KLIK SINI . Tapi kalau dia tak terlayan tu jangan la marah Kakton. Dia pun ada time sibuk, time rehat, time menjadi ibu. Spread the positive okei. Jangan marah-marah.

**********

Korang yang dah berkunjung ke Kak Ton Pattani Cafe boleh la komen di ruangan bawah. Apa pendapat korang? Sama tak dengan pandangan mek mengenai Kak Ton Pattani Cafe? Bila masak daripada hati yang ikhlas, makanan pada mata kasar nampak simple pun terasa sedapnya ❤


Sekian ..


Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK

APAKAH YANG DIHARAPKAN KEPADA PASANGAN

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Pasangan, atau mek lebih selesa menggelarkan spouse - peneman setia dalam apa jua yang berlaku terhadap diri kita sendiri mahupun keluarga yang telah kami bina bersama. Mek pasti korang pun macam tu jugak, kan? Antara rakan dan pasangan tidur sebantal dan seselimut dengan kita, semestinya orang yang paling kita mahu adalah mereka yang tahu bau air liur basi kita setiap pagi.

Tapi adakah benar dan boleh kita mengharapkan pasangan kita menjadi seperti yang kita bayangkan? Boleh ke pasangan yang dah berpuluh tahun hidup dengan cara hidupnya then tetiba nak kena ikut corak kita. Tapi adakah salah kita ingin merubah pasangan kita menjadi apa yang kita harapkan supaya rumahtangga dan perhubungan menjadi harmoni tanpa sengketa yang keterlaluan? hmm..

ASAS DIDIKAN AGAMA



APAKAH YANG DIHARAPKAN KEPADA PASANGAN

Tak kisah, perempuan atau lelaki - masing-masing kena ada asas didikan agama yang betul dan hampir sempurna. Tak kisah apa pun anutan agama kita, setiap agama mengajar benda yang baik-baik. Yang tak baik itu syaitan. Jika masing-masing ada amalan agama yang bagus, didikan agama yang sempurna kepada keluarga dan pasangan, nescaya harmoni itu akan mengejar kita setiap sudut.

ILMU RUMAHTANGGA YANG DIGILAP



APAKAH YANG DIHARAPKAN KEPADA PASANGAN

Setiap perkara di dalam dunia ni perlukan ilmu untuk kita lakukan. Cuma ilmu itu datang dalam pelbagai cara, kadang praktikal, melalui pembacaan atau melalui teladan di hadapan mata kita sendiri. Tak kisah yang mana kita nak pelajari cuma jangan pernah jemu untuk terus mengutip ilmu rumahtangga yang boleh mengharmonikan kita dan pasangan serta anak-anak supaya kita dirahmati.

Rasanya, kalau dua point yang mek kongsikan tadi dapat diterap, digubah sebaik mungkin, secara automatis perihal lain tidak perlu lagi dibimbangkan. InsyaAllah akan tenang di dunia dan juga di akhirat. Kawan-kawan yang beragama Islam, seharusnya kita mengingati apa yang kita buat hari ini adalah tabungan pahala untuk kita di akhirat kelak. Semoga kita semua dapat masuk syurga nanti.

**********

Korang ada ilmu atau pandangan nak dikongsikan bersama? Boleh share diruangan komen. Mek amat mengalu-alukan korang untuk tambah info kalau dirasakan tidak cukup dengan perkongsian mek ini ❤


Sekian ..


Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK

SEMPENA HARI KOPI SEDUNIA NESCAFE NAK BAGI HADIAH

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Nescafe, satu jenama yang lama dah bertapak di Malaysia. Dah lama menyebarkan keenakan kopi bagai baru di-brew. Semestinya 90% rakyat Malaysia menyukai dan menjadi peminat setia Nescafe tak kisah samada dalam tin, sachet, mahupun original brew. Nescafe ni juga adalah anak syarikat Nestle yang merupakan syarikat yang besar dalam menyediakan pelbagai minuman dan makanan.

Pun begitu, ada juga mereka yang tidak suka dengan Nescafe. Rata-rata yang mek terima komen adalah sebab berkafein. Mampu buat individu tersebut tak tidur (stay longer). Untuk mek pulak, Nescafe tidak mampu buat mek stay longer. Kalau minum pagi, malam elok jugak tidur. Perlu diingatkan, metabolism individu tak sama so tak boleh force orang untuk suka dengan kafein.

SAMBUTAN HARI KOPI SEDUNIA



SEMPENA HARI KOPI SEDUNIA NESCAFE NAK BAGI HADIAH

Sempena dengan Hari Kopi Sedunia, selaku pembuat kopi dalam pelbagai flavor, Nescafe tidak terkecuali untuk meraikannya bersama-sama pelanggan mereka yang setia. Mek tak pasti sebenarnya Hari Kopi Sedunia ni on bila sebenarnya tapi yang mek pasti sepanjang September dan Oktober ni memang Nescafe buat harga runtuh menjadikan mek selaku pelanggan rasa nak borong semua !

BELI DAN BERPELUANG UNTUK MENANG HADIAH



SEMPENA HARI KOPI SEDUNIA NESCAFE NAK BAGI HADIAH

Berkesempatan dengan booth promosi Nescafe di Tesco Kota Bharu, spouse mengambil kesempatan untuk tanyakan apa yang ditawarkan oleh Nescafe pada sambutan Hari Kopi Sedunia 2018. Booth Nescafe ni memang dikunjungi ramai orang. Bertalu-talu yang datang dan grab tawaran yang diberikan pada hari tersebut. Harga yang termurah sepanjang mek menjadi pelanggan setia Nescafe.


SEMPENA HARI KOPI SEDUNIA NESCAFE NAK BAGI HADIAH

Ni lah tawaran hadiah untuk pelanggan Nescafe. Banyak jugak yang Nescafe nak bagi hadiah tu. Memang la dalam Malaysia ni berjuta orang tapi tak salahkan kalau mencuba. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Betul ke tu perumpamaan mek. Yang penting, kalau tak cuba sah-sah takada peluang untuk menang. Kalau try at least satu penyertaan, ada jugak chance nak menang hadiah tu.


SEMPENA HARI KOPI SEDUNIA NESCAFE NAK BAGI HADIAH

Okei, untuk join contest Nescafe ni, korang kena beli dua paket Nescafe Tin / Botol / Kotak - tak kisah perisa apa pun. Maknanya kena beli sedozen la (12 tin Nescafe) dalam satu resit. Then bila dah bayar dekat cashier tu, korang tulis nama korang dan nombor IC korang kat atas resit then snap gambor. Send gambor tadi ke 0176922217. Dia takkan reply tapi dia akan rekod penyertaan korang.


SEMPENA HARI KOPI SEDUNIA NESCAFE NAK BAGI HADIAH

Haa, ada yang excited dan berharap dapat vespa ni dah. Antara hadiah yang disediakan vespa, smart phone dan juga kad isian semula petronas. Mek berharap dapat kad isian semula petronas tu je. Dapat la tampung duit minyak mek ke office selama dua minggu. Spouse pulak nak vespa sebab katanya boleh bawak pergi sembahyang Jumaat dan bawak anak-anak pusing perumahan petang-petang.


SEMPENA HARI KOPI SEDUNIA NESCAFE NAK BAGI HADIAH

Pada hari yang mek pergi ke booth Nescafe, aside daripada korang beli dan whatsapp untuk join contest dapat juga main cabutan bertuah and dapat hadiah on the spot. At least dapat gembirakan hati anak-anak sebab diaorang yang ambik bola dalam kotak. Jadi kalau korang berkesempatan lagi dengan booth Nescafe, jangan lepaskan peluang untuk daftarkan diri dalam contest Nescafe ni.


**********


Korang dah join ke belum contest Nescafe ni? Rugi la kalau tak mencuba. Lagipun Nescafe punya rasa tak pernah mengecewakan. Suggestion mek adalah Mocha dan juga Latte. Itu yang paling mek suka and paling banyak yang mek beli. Korang pulak, kalau pilih Nescafe, pilih yang mana? Mind to share ye ❤


Sekian ..


Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK

PANAMA DANCE SESUAI UNTUK SENAMROBIK

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Panama Dance ni bukanlah satu lagu yang baru. Dah popular sekitar Mei 2018 kalau tak silap mek. Bila dengar je lagu ni, mesti rasa nak menari sebab dia punya musik tu memang menarik perhatian orang untuk move-kan badan. Tapi ada juga mereka yang dengar this Panama tapi tak suka atau tak ambik endah sebab tak bagi apa-apa maksud. Itu mungkin golongan minoriti yang tak ingin terjebak.

Kali ni mek nak share beberapa video yang boleh korang gunakan untuk work-out daripada rumah sahaja. Time anak tidur boleh lerr try or boleh ajak diaorang sekali untuk zumba atau senamrobik. Mek sendiri pun takada masa untuk ke kelas memandangkan hanya weekend sahaja masa yang mek ada untuk buat extra aktiviti. So, kena cari yang paling 'mesra masa' dengan semua pihak. Adil gitu !


#PANAMADANCE

Ini antara move yang mek rasa semua orang boleh buat. Mungkin first time rasa macam susah nak follow but ini adalah move yang paling ringan and selamat untuk semua orang cuba ber-panama. Korang mungkin kena belajar lebih daripada lima kali untuk dapatkan step diaorang. Nampak senang tapi kalau tak biasa rasa juga kekok-nya itu. Lagi pula korang kena kreatif untuk tiru move tersebut.


#PANAMADANCE

Yang ni pula untuk mereka yang dah super power dengan movement senamrobik yang mek tunjuk di atas tadi. Yang ni seronok juga kalau dapat tiru rasa macam penari yang hebat, bukan? Tapi apa pun dont force yourself so hard sebab nanti daripada nak seronok, terpele-out pulak kaki korang. Tak pasal-pasal kena MC or kena berehat tak boleh jalan. Jadi, belajar panama berpada-pada, ye?

**********

Korang dah pernah try menari, berzumba atau bersenamrobik dengan musik panama? How it goes? Best tak? Nanti share the moment diruangan komen ye. Kalau ada link video pun boleh letak untuk mek dan kawan-kawan lain tengok ❤


Sekian ..


Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK


#PANAMADANCE
#SENAMROBIKPANAMA
#SENAMROBIKDIRUMAH

DRYPERS BERWAJAH BARU DENGAN #LEBIHFIT #KERINGSENTIASA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Pemilihan lampin pakai buang terhadap anak-anak kita memang kena try and error. Ada yang sesuai ada yang tidak. Setiap lampin pakai buang tidak sama antara satu sama lain. Kalau tak, masakan anak-anak mendapat ruam dibahagian sulit mereka. Bila dah naik ruam, anak-anak pun tak selesa and even worse kalau ruam tu tak diubati dengan betul akan merebak dengan bakteria dan menjadi nanah.

Sebagai parents, mek dan spouse pun tak terkecuali dengan try and error lampin pakai buang. Tapi at first memang pilih Drypers then secara sengaja tukar lampin kononnya nak tahu which diapers the best. Ada yang bocor, ada jugak yang ruam and ada juga yang mudah benor nak carik. So, back to root - Drypers the best that suit my liitle precious. Since that, tak cari dah la yang lain. Kekal.

DRYPERS ROADSHOW KE UTARA DAN PANTAI TIMUR



DRYPERS BERWAJAH BARU DENGAN #LEBIHFIT #KERINGSENTIASA

22 September 2018, mek dan keluarga berkesempatan untuk join Drypers Roadtour yang diadakan di pasaraya Nirwana Kubang Kerian. Roadtour ni spouse mek yang perasan di FB. Then mek follow je bila dia cakap jom kita pergi. Mek apa lagi, memang pantang diajak. Bila tengok offer hadiah tu pun rasa excited jugak even tahu nak menang tu amat tipis (sebab bukan jenis bersukan so tak fit). Hihi.



DRYPERS BERWAJAH BARU DENGAN #LEBIHFIT #KERINGSENTIASA


DRYPERS BERWAJAH BARU DENGAN #LEBIHFIT #KERINGSENTIASA

Korang yang di Terengganu dan Pahang masih lagi berkesempatan untuk join Drypers Roadshow ni cause mereka still ada beberapa lokasi nak singgah before balik ke Kuala Lumpur. Bagi mek pengguna tegar Drypers, roadshow macam ni memang tak akan lepaskan peluang sebab sure punyalah dapat hadiah daripada mereka. Takkan mengecewakan diri sendiri dan anak-anak terutama.

Biasanya Drypers Roadshow ni ada setahun sekali. Last time DRYPERS SUPERHEROES ROADTOUR yang berlansung di Supermarket Pantai Timur Jalan Pintu Pong alhamdulillah mek sempat join. Tak kisah apa yang dia nak bagi sebenarnya. Cuma, bila join macam ni, anak-anak akan gembira, parents pun akan berusaha untuk dapatkan mainan untuk anak-anak. Creating memories.



DRYPERS BERWAJAH BARU DENGAN #LEBIHFIT #KERINGSENTIASA

Roadtour kalini dibuat sebab nak war-warkan kepada orang ramai terutamanya parents yang memilih Drypers sebagai lampin pakai buang untuk anak mereka bahawa Drypers Wee Wee Dry kini sudah berwajah baru. Bukan sekadar berwajah baru malah beberapa tindakan proaktif telah diambil untuk meningkatkan lagi mutu Drypers Wee Wee Dry. Antaranya nanti mek tunjuk di bawah ye. Skrol lagi.



DRYPERS BERWAJAH BARU DENGAN #LEBIHFIT #KERINGSENTIASA

Berbalik pada roadtour, nak dapatkan hadiah kenalah bermain game dahulu. Kalau sebelum ni mek yang balik bantal dadu, kali ni mek bagi spouse pulak menyelongkar kolam yang dipenuhi dengan bola dan plastik Drypers. Dalam masa beberapa saat (mengikut pembelian Drypers) korang kena cari plastik Drypers yang berwarna biru dan letak dalam bakul. Bilangan akan menentukan hadiah nanti.



DRYPERS BERWAJAH BARU DENGAN #LEBIHFIT #KERINGSENTIASA

Untuk join aktiviti di atas, korang kena beli Drypers Wee Wee Dry terlebih dahulu. Korang boleh beli sebanyak mana korang nak tapi satu bil hanya boleh claim maksima 3 pek Drypers sahaja. Macam mek hari tu, beli 3 pek, dapat 30 saat untuk bermain game yang disediakan dan mek dapat juga voucher RM3 untuk pembelian seterusnya pada Oktober 2018 nanti. Lagi banyak beli, cerah peluang!



DRYPERS BERWAJAH BARU DENGAN #LEBIHFIT #KERINGSENTIASA

30 saat dah pun tamat dan ini yang kami dapat - Tuala Hoodie Drypers versi Robocar Poli. Itu yang seronok bila bersama Drypers. Ada sahaja barang yang anak-anak akan suka. Yelah, mereka menggunakan watak kartun yang seiring dengan usia anak mek dan juga kartun semasa. Bila nampak anak gembira terima tuala ni, hati mummy pun akan rasa senang sebab dapat bagi kegembiraan.



DRYPERS BERWAJAH BARU DENGAN #LEBIHFIT #KERINGSENTIASA

Team Drypers Roadtour ! Mereka akan membantu korang dalam apa jua soalan yang korang ajukan mengenai Drypers Wee Wee Dry edisi baharu ni. Thanks team sebab tolong calm my daughter when she's crying. Let Amzar play the balls in the pool. Memang seronok dapat mereka yang begitu more kepada family. Rasa macam dah lama kenal. Tak segan walaupun mereka berlainan bangsa agama.



DRYPERS BERWAJAH BARU DENGAN #LEBIHFIT #KERINGSENTIASA

Secara total, memang mek support every program yang Drypers anjurkan. Kalau yang dekat mek boleh ler attend kalau yang jauh hanya mampu memberi sokongan dalam FB sahaja lah. Mek harap Drypers boleh anjurkan program sebegini dengan lebih kerap dan tambah lokasi lain lagi bagi memudahkan mereka yang jauh untuk turut serta. Secara tak lansung parents dapat ilmu bila join.

PENGGUNA TEGAR DRYPERS SINCE 2015



DRYPERS BERWAJAH BARU DENGAN #LEBIHFIT #KERINGSENTIASA

Ni Drypers Wee Wee Dry yang berwajah baru. Lebih kering bila anak-anak pakai. Dan paling mek suka di pita pelekatnya ada ukuran 'best fit' 'good fit' untuk kita tahu sesuai ke tak size yang anak kita pakai sekarang ni. Kiranya Drypers tolong aware-kan kepada parents when we should change the size of diapers for our kids. Yang lain tu still the same lagi and mek rasa they will improve time to time.



DRYPERS BERWAJAH BARU DENGAN #LEBIHFIT #KERINGSENTIASA

Since Amani pun tak off diapers lagi jadi setiap kali beli kena beli dua size. Untungnya guna Dypers ni dia ada code di dalam plastic which korang kena key in code tu di DRYPERS CLUB . Point yang korang dapat boleh redeem macam-macam yang dia offer di webpage Dypers. Masa beli Drypers kalau yang jumbo pack pun dah dapat hadiah (bermusim). So, mek rasa berbaloi sangat beli Drypers.

**********

Korang yang ada anak, korang guna diapers apa untuk anak-anak korang? Untuk pengguna Drypers pulak, korang tahu ke yang dalam setiap plastik Drypers ada satu kod yang korang kena key in di website Drypers? Please share your experiences di ruangan komen ye ❤


Sekian ..


Jangan lupa follow dan like FB MEK

FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU GABUNGAN THAILAND DAN WESTERN

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Fizo Omar dan Mawar Karim bukanlah dua nama yang asing di dunia hiburan mahupun perniagaan. Si jejaka tampan dan si jelitawan ini telah pun menambat hati netizen dengan pelbagai cara mereka yang tersendiri. Dari dunia hiburan, Fizo Omar telah menceburi bidang perniagaan makanan pula. Bermula dengan Hot Burger kini Fizo Omar beralih pula kepada hidangan seleranya tersendiri.

Fizomawar Kitchen Kota Bharu adalah cawangan kedua Fizo Omar selepas kejayaan restorannya di Bangi, Selangor. Dengan menawarkan pelbagai hidangan yang begitu sesuai kepada orang ramai, berlokasi di Tambatan DiRaja Kota Bharu yang mempamerkan keindahan tepi Sungai Kelantan - pasti akan menarik dan menselesakan para pengunjung yang ingin menikmati 'air tangan' Fizo Omar.

RUANG PAKIR DAN LOKASI YANG STRATERGIK



FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU

Untuk mencari Fizomawar Kitchen tidaklah begitu sukar kerana signboard-nya yang begitu jelas memudahkan korang untuk memperlahankan kereta dan mencari petak parking. Lot parking disini agak banyak dan mek rasa tiada masalah untuk isu itu. Lagi pula, korang boleh sahaja parking di Dataran Rehal dan have a side walk ke Fizomawar Kitchen Kota Bharu sebelum mengisi perut.

Di Fizomawar Kitchen Kota Bharu juga korang berpeluang untuk naik ke Menara Tinjau Kelantan yang bersebelahan dengan Fizomawar Kitchen Kota Bharu. Sambil makan tempat sedap, sambil sight-seeing keindahan bumi Kelantan, ye dak? Tapi no worries, dari tempat makan Fizomawar Kitchen Kota Bharu juga korang boleh tengok pemandangan Sungai Kelantan.



FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU

Pintu masuk utama Fizomawar Kitchen Kota Bharu ada di bahagian sisi sebelah kanan daripada tempat pakir di hadapan restoran. Korang takkan susah nak jumpa dengan pintu masuk ni cause bila korang naik tangga daripada tempat parkir tu, dah nampak pintu utama Fizomawar Kitchen Kota Bahru. Depan pintu masuk pun korang dah boleh start berOOTD atau ambil gambar buat kenangan. 



FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU

This another port korang boleh bersantai dan 'ambik angin' dengan family. Port ni berhadapan sahaja dengan Fizomawar Kitchen Kota Bharu. Tapi kalau tengahari agak panas jugak. Kat sini nak bagi anak berlari-lari pun boleh but parents please tengok anak time diaorang bermain sebab takut jatuh, terhantuk kepala berdarah pulak. Jangan hendap phone korang sampai anak ke mana tak perasan.

DECO RUANG KEDAI GABUNGAN KLASIK DAN URBAN



FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU

Masuk je dalam restoran kita semua akan disambut dengan senyuman manis owner restoran ni. Siapa je tak pernah puji senyuman Mawar Karim antara yang termanis di Malaysia. Sesuai la couple ni menjadi duta kepada susu sejat F&N. Walaupun ianya hanya sekadar bunting tapi mek sure korang akan senyum juga bila melihat bunting ni cause I did the same thing ! Tindakan reflect mungkin.



FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU

Ruangan tangga yang menggunakan papan kayu menyerlahkan lagi rona klasik untuk Fizomawar Kitchen Kota Bharu. Seni begini mengingatkan mek kepada rumah nenek around tahun 90 an. Pemegang dan penghadang tangga yang menggabungkan stainless steel dan kepingan ukiran kayu memang menaikkan lagi seri deco restoran ini secara autonya akan menyejukkan hati pengunjung.



FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU

Ni ruangan makan-makan di tingkat atas. Di ground floor adalah kitchen. Secara auto bila korang datang sini, memang kena makan di atas. Sebelah kanan yang ada tingkap tu dapat tengok pemandangan Sungai Kelantan. Kat atas ni tak la panas sangat tapi memang Fizomawar Kitchen Kota Bharu pun berhawa dingin. Cuma bila petang dia akan buka tingkap untuk korang ambik fresh air.



FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU

Baby chair ada disediakan untuk anak-anak kecil. TV juga turut dipasang untuk tontonan orang ramai. Cerita di TV semestinya program Fizo Omar dan Mawar Karim. Boleh la korang kenal mereka dengan lebih dekat lagi. Di ruangan bawah juga ada bilik VIP untuk korang bawa tetamu yang nak privacy. Nak buat jamuan perpisahan, birthday sanak saudara amat dialu-alukan. Just name it.



FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU

Bahagian beverage juga di tingkat atas. Senang korang nak mintak air tambahan kalau rasa terpandang meja sebelah minum air yang lagi best daripada korang order. Pun menyenangkan juga untuk mintak air suam untuk anak-anak. Mek setuju sangat dengan layout Fizomawar Kitchen Kota Bharu. Memudahkan pelanggan dan staff. Toilet pun diruangan atas ni sahaja, tak perlu turun bawah.

HIDANGAN THAI DAN WESTERN SPECIAL BY FIZO



FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU

Miang Kham - mek first time makan walaupun Miang Kham ni agak popular sebelum puasa 1439H. Kawan-kawan office mek ada membeli tapi mek tak pernah try. Campuran udang kering dengan daun kadok (entah apa nama tempat korang panggil that daun) bersoskan manisan berkacang, sekali ngap memang rasa manis masam masin dan kelat-kelat daun digabungkan sekali. Spouse bagi rating 3 / 5.



FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU

Western, Chicken Chop - Kuah sos lada hitam Fizomawar Kitchen Kota Bharu memang just nice. Makan dengan fries memang syok je. Cuma kepingan ayam tu mungkin mek tak berapa suka kerana mek jenis tak makan kupingan tu. Isi ayam memang lembut juicy and paling penting masak penuh ! Pernah mek makan chicken chop, buka sampai tulang masih lagi berdarah. Ok bye, loya tetiba.



FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU

Nasi Khoumok - This one could be my favorite. Selaku penduduk Rantau Panjang Kelantan, nasi khoumok ni memang antara nasi yang regular mek makan. Jadi, dah banyak yang mek try but this one memang kena dengan selera mek, cukup portion-nya dan memang the best so far yang mek try. Ada satu dekat office mek, memang Siamese yang buat but still Fizomawar Kitchen's the best.



FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU

Masakan Thai yang dibawa oleh Fizomawar Kitchen Kota Bharu - bagi mek Tom Yam yang dihidangkang mek tak pernah lagi jumpa di mana-mana kedai even kedai Siamese area Rantau Panjang. Memang totally different. Nampak sama kuah merah oren macam tu. Lada merah bagai pedas gunung berapi tapi memang tak sama rasanya. Mek boleh hirup macam tu je sampai habis.

MINUMAN TERKINI DAN SPECIALITY FIZOMAWAR



FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU

Air Mojito - Soda herbs kalau di kedai biasa-biasa. Gabungan daun pudina, manis laici, kesegaran serai bergabung memang melegakan tekak yang minum. Mek hari tu pergi untuk berbuka puasa dan memang rasa lega sangat dapat minum Mojito. As a coffee lover, maybe next time mek akan try coffee yang ditawarkan oleh Fizomawar Kitchen Kota Bharu sebab itu antara speciality mereka. 



FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU

Soda Dheng Manou - Air soda bergabung dengan manis masam strawbery dan memang melegakan tekak juga. Yang ni spouse mek suka sebab dia cakap macam F&N strawbery tapi bukan. Rasanya best dan refreshing. Tapi cadangan mek, kalau korang jenis sharing dengan pasangan, pilih either Mojito atau Soda Dheng Manou and take another one yang lain. Sebab based mereka sama - soda.

RATING SERVIS UNTUK FIZOMAWAR KITCHEN KB



FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU

Bukan nak mengampu, ini adalah review jujur daripada mek dan spouse. Bukan sebab jumpa dengan Fizo Omar terus puji melambung. Dan perlu diingatkan juga lidah kita tak sama, mungkin bagi sesetengah orang dia tak suka pedas, ada orang suka pedas. So clear okei? Jangan keluar statement nanti mentang-mentang dapat tangkap gambor dengan Fizo Omar kemain melambung memuji.

Servis yang diberikan oleh team Fizomawar Kitchen Kota Bharu so far mek tengok tidak terlampau slow. Just nice dengan pelanggan yang ada. Kalau tengah ramai memang take time sikit. Macam mek haritu sampai around 6.45 petang, makanan terhidang around 7.00 malam. Time mek pergi memang tengah full house. Korang pun boleh buat reservation kalau nak. Just TEKAN SINI untuk call.

**********


Korang dah try ke Fizomawar Kitchen? Tak kisah samada di Kelantan atau di Bangi. Macam mana pulak pendapat korang tentang restoran ni? Apa menu yang korang pilih? Mind to share diruangan komen ye ❤


Sekian ..

Jangan lupa like dan follow FB MEK