WORLD QURAN HOUR OGOS 2018

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Semenjak 2017, World Quran Hour atau lebih dikenali dengan WQH diperkenalkan sempena dengan bulan Ramadhan 1438H. Mek rasa mereka mengambil semangat Earth Hour yang dijalankan saban tahun juga disetiap negara dan Malaysia antara yang menyambut baik program sebegini. Tidak terkecuali dengan World Quran Hour, Malaysia juga telah menjadikan ia sebagai acara tahunan.

Sebagai negara yang majaroti dengan umat Islam, program sebegini perlu dikekalkan dan diteruskan bagi melahirkan generasi yang beragama dan berilmu tinggi mengenai islam. Maksud mek, baca quran bukan sekadar baca sahaja, kalau boleh sehingga memahami makna dan menjadikan amalan membaca quran ini sebagai rutin harian. Mek pasti, generasi kita akan bertambah hebat dimata dunia.

WORLD QURAN HOUR ACARA TAHUNAN


Bermula 1439H atau 2018, World Quran Hour telah ditambah menjadikan dua agenda utama. Kalau dulu hanya ketika pada Nuzul Quran pada bulan Ramadhan tapi untuk tahun ini World Quran Hour juga diselitkan pada bulan Zulhijjah. Program ini mempunyai dua niat iaitu satu membaca quran pada Zulhijjah dan juga bersempena dengan hari Kemerdekaan untuk Malaysia, mohon rahmat Allah. 

Walauapapun tujuannya, mek yakin acara tahunan sebegini perlu terus disokong dan mungkin boleh dikembangkan lagi dibuat secara peringkat negeri. Kalau untuk tahun ni tempat perhimpunan World Quran Hour tertumpu pada ibu kota sahaja. Di peringkat negeri tidak dimandatorikan. Mungkin dibuat World Quran Hour namun tidak begitu dihebahkan. Kalau diperhangatkan lagi elok rasanya.

MENGAJI QURAN BERSAMA-SAMA


World Quran Hour juga satu inisiatif untuk kita semua muslim bersama-sama untuk mengaji al-quran. Masing-masing dengan quran, membaca surah-surah, menggemakan dan menghidupkan masjid atau dewan yang tempat kita baca tu. Kalau kat rumah pun ok jugak tiada masalah. Yang pasti untuk bersama-sama membaca quran itu tercapai. InsyaAllah dirahmati dan diberkati oleh Allah swt.

Kalau kata takada program World Quran Hour ni pun, boleh juga keluarga kecil kita yang cipta situasi ni. Mungkin dijadikan sebagai mingguan punya aktiviti ketika selepas solat Maghrib. Kalau mek sendiri memang hari bekerja tak sempat. Kalau hujung minggu boleh. Kalau pupuk anak-anak sedari mereka kecil rasanya alhamdulillah, mawaddah keluarga kita nanti insyaAllah.

PELUANG UNTUK TAMBAH PAHALA


World Quran Hour ni juga memberi kita peluang untuk menambah pahala, buat perkara yang kadang kita tak jadikan rutin. Mungkin baca quran tapi seminggu sekali. Mungkin baca quran bila ada majlis-majlis yang melibatkan pembacaan al-quran. Jadi, kalau organisasi pun boleh terapkan masa-masa tertentu dan memperingatkan kakitangan supaya membaca al-quran satu muka surat sehari, padu !

Selain tu jugak, bila kita baca quran, hati kita ni lain macam sikit. Memang lain. Kalau dulu mek tak rasa kelainan tu mungkin sebab tiada niat nak istiqamah. Bila berserta niat dan perbuatan, alhamdulillah. Kalau dulu senang nak baran, dengan bacaan quran kita lebih 'lembut' untuk menerima sesuatu. Jadi, bacalah quran pahala berlipat kali ganda menanti insyaallah pulangan syurga jannati.

QURAN PELUNTUR UNTUK HATI YANG KOTOR


Siapa berani mengaku hati dia bersih? Siapa berani mengaku hati dia kotor? Hanya kita dan Allah sahaja tahu betapa suci atau kelamnya hati kita. Orang pada zahir mungkin boleh judge tapi the real is no one knows. Kesempatan World Quran Hour atau Quran Hour yang direka sendiri oleh diri kita, bacaan quran boleh lunturkan kotoran yang ada di dalam hati kita. Hebat betul kalam Allah swt.

Kita tak pernah terlambat untuk bertaubat asalkan dalam diri kita sedar yang kita perlu berubah menjadi lebih baik setiap hari. Sentiasa membaiki hati kita supaya dapat menjadi hati yang layak ke syurga. Nak ke syurga dengan duniawi sekarang ni banyak pancarobanya. Memang kita kena work hard. Gunalah peluang World Quran Hour ni dengan sebaik mungkin untuk manfaat diri sendiri.

**********


Korang pernah tak join World Quran Hour? Di pejabat mek, alhamdulillah sambutan yang agak baik walaupun memang masing-masing ada komitmen kerja. Apa-apa pun, luanglah sedikit masa untuk kalam allah yang ditinggalkan untuk hambanya supaya menuruti perintah iaitu bertaqwa sepenuhnya kepada Allah. Kita bukan siapa-siapa, sama sahaja di sisi Allah. Yang berbeza hanyalah amalan kita ❤


Sekian ..


Jangan lupa like dan follow FB MEK

No comments