SUP TULANG UNTUK RAYA AIDILADHA 1439H

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Menu Aidiladha mestilah berasaskan daging, kan? Tak terkecuali dengan mek. Lebih-lebih lagi keluarga sebelah spouse memang yang menguruskan ibadah korban so tepat je tengahari mesti lauk daging akan sampai depan pintu untuk di masak buat makan lepas Zohor nanti. Tahun sebelum-sebelum ni mek tak pernah pun ambik port untuk masak-masak atas alasan alahan mengandung.

Mek bukanlah yang jenis pandai memasak. Bukan jugak yang kayu dalam memasak. Kalau cakap tengok resipi lepas tu try buat tu, boleh la. Contoh macam Sup Tulang ni sebelum nak buat makan hidang pada orang ramai, dah try buat dekat rumah untuk makan kami sekeluarga. Kalau spouse kata ok boleh masak untuk orang ramai, so mek berani la. Kalau nak gamble mek rasa tak habis sup tu.

MENU UTAMA AIDILADHA


Pada Aidiladha biasanya tugasan memasak, tugasan potong-potong daging ni dah diberikan dengan seadilnya. Biasa anak dara la yang akan masak di dapur. Macam mek pulak, memasak simple boleh la mek uruskan sebab mek ada Amzar yang akan buat concert air mata kalau tinggal lama-lama. Jadi, sesimple mungkin lauk untuk tengahari Aidiladha adalah Sup Tulang. Campak semua dalam periuk, tunggu masak sahaja. Kalau nak buat gulai rasanya habis kesabaran mek pada hari raya, baru boleh hidangkan nasi. Lagi satu menu yang senang pada tengahari Aidiladha adalah Singgang Daging. Tapi yang ni familiar dengan Kelantanese je. Jarang orang luar buat singgang. Beza singgang dengan sup adalah tak banyak pun. Yang paling obvious sup ada sup bunjut, singgang more kepada lengkuas.

MUDAHKAN MASAKAN DENGAN NOXXA


Seperti yang mek kongsikan resipi sebelum ni, menggunakan Noxxa memang menjimatkan masa serta korang boleh je tinggal macam tu di dapur sambil baring lepaskan lelah sementara tunggu Sup Tulang korang siap di masak. Kalau masak kat atas dapur, masak jugak Sup Tulangnya tu cuma korang kena berjaga-jaga, kena selalu tambah air tak nak bagi kering kuah and lagi satu kena check tahap lembut daging tu. Dengan Noxxa, dah siap menumis, letak air mengikut paras kuah yang korang nak, masukkan tulang temulang daging lembu atau kambing, then tekan 45 mini High Pressure then start. Tunggu la sampai dia bip, dah siap sup korang. Seriously mek memang akui, Noxxa memang buat rasa nak memasak sebab mek letak semua then set masa je, siap !

MINUMAN YANG BERSESUAIAN DENGAN SUP TULANG


Korang pun tahu kan yang daging-daging ni memang banyak lemak. Walaupun korang buat Sup Tulang but still berlemak. Dulu mek pun tak tahu jugak, disebabkan tak tahu setiap kali buat minuman untuk makan tengahari atau malam, mesti yang sejuk. Bila mertua balik dan share dengan mek tentang ilmu yang diberikan oleh doktor klinik kesihatan yang mana disarankan untuk minum air panas bila makan makanan yang berlemak. Secara logiknya, sup memang akan jadi berketul-ketul lemak di permukaan bila ianya dah sejuk. Jadi lemak-lemak tu lah penyumbang kepada kolestrol untuk jantung dalam tubuh badan kita. Inisiatif minum air panas tu adalah untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko tersumbatnya kolestrol di salur-salur darah terutamanya dijantung.

LAUK SAMPINGAN UNTUK TAMBAH SELERA


Antara menu lain yang korang boleh masak bersama Sup Tulang ni adalah Daging Goreng. Kalau nak lebih sedap campur la sekali dengan hati, limpa dan paru. Ternyata lebih sedap. Tapi bagi orang yang tak makan organ dalaman ni memang dia akan rasa lain sebab bila goreng sekali dengan hati lembut, rasa untuk daging goreng tu agak lain. Kalau tak nak daging, korang boleh jugak goreng telur dadar je untuk makan bersama Sup Tulang. Rasanya tidak la muak sangat, kan? Kalau yang suka sayur boleh juga gorengkan Kangkung dengan belacan. Mesti menambah-nambah makan nasi. Kalau korang ada masa yang lebih boleh juga membakar daging. Spouse mek lagi suka kalau daging tu dibakar ibarat buat camping di sekolah, rasanya lebih sedap katanya. Mengekalkan keaslian rasa.


Korang biasa buat sup tulang pakai resipi macam mana? Maksud mek pakai bunjut atau rempah sup? Lauk sampingan pulak macam mana? Mind to share ye, boleh mek tambah menu untuk weekend mek nanti ❤


Sekian ..

2 comments