SUNTIKAN PERANCANG BAIK UNTUK IBU ATAU TIDAK

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Sesetengah pasangan memang dah rancang daripada awal siapa yang nak ambil inisiatif mengenai perancangan keluarga dan ada juga pasangan yang tak ambil kisah mengenai perancangan keluarga. Ada juga yang menerima secara terbuka jika pregnant kembali dalam jarak yang dekat. Kalau ikut kesihatan memang tak digalakkan untuk hamil dalam tempoh yang dekat dengan beberapa alasan.

Pun begitu, pada masa kini rasanya perancang kehamilan ni perlu diketahui oleh pasangan lelaki juga kerana merancang untuk ada anak bukan tanggungjawab isteri sahaja namun suami juga memainkan peranan juga. Tak semestinya perempuan je kena kepit sebab nak cegah kehamilan (dalam jarak tertentu / sakit). Suami juga perlu support isteri untuk lakukan perkara ini walaupun nampak ringan.

SUNTIKAN MENCEGAH KEHAMILAN


Mek diperkenalkan dengan Depo Provera ni selepas mek melahirkan Amzar. Masa berpantangkan Amani, nurse memang tanya samada nak ambik pil atau nak suntik bagi family planning. That time mek rasa tak nak family planning. Rasa dengan umur mek mungkin dapat kawal lagi hubungan bersama suami. Tapi ternyata, walaupun belajar Biology selama dua tahun di sekolah menengah tapi itu tidak mampu jadikan mek sebijak yang disangka. Tapi mek percaya, Allah aturkan yang terbaik. Memang masa dapat tahu pregnant menangis teramat sangat tapi lepas kena advice dengan doktor and moral support daripada kawan sekeliling, so carry on sampai lahirkan Amzar. This Depo Provera katanya boleh membantu 99% mencegah kehamilan. Tapi banyak lagi benda yang perlu difikir.

KESAN PENGAMBILAN SUNTIKAN PERANCANG


Antara kesan yang mek alami adalah keguguran rambut yang sangat banyak. Mual dan muntah tu mek tak alami. Gangguan emosi tu jarang-jarang berlaku. Tapi yes mek kena mengaku this Depo Provera ada jugak kacau emosi korang. Tetiba sedih tetiba nak marah tetiba overthinking. Tak boleh nak control. Tapi itu bukan most of the time. Paling ketara adalah perjalanan haid yang tersekat diskala satu. Period mek time zohor ada, asar dah takada. Tapi ikut yang mek baca dalam webpage (lupa nama ustaz tu) katanya itu darah dikategorikan istihadah so boleh sembahyang seperti sediakala syarat dicuci terlebih dahulu. Sebab sifat istihadah tak sama dengan darah haid. Darah nifas juga tak sama dengan darah haid. Jadi, bagi mek itu adalah advantage kepada mek boleh beribadat lebih.

JADUAL / TEMPOH SUNTIKAN PERANCANG


Untuk penjadualan suntikan Depo Provera ni, nurse bagi mek tempoh 3 bulan daripada setiap suntikan. Ianya tak boleh diawalkan daripada tarikh tapi boleh dilewatkan seminggu daripada tarikh yang di setkan. Itu kata nurse yang selalu suntik mek. Untuk bacaan mek di webpage Dr Zubaidi, katanya suntikan Depo Provera ni boleh diambil tapi tidak melebihi 2 tahun. Sepatutnya setiap klinik dan doktor kena concern tentang ni sebab ianya akan melibatkan masalah lain pada pengguna. Antaranya tulang mudah jadi rapuh, kerosakan hati dan beberapa lagi yang melibatkan organ. Kalau di negara luar, had untuk pengambilan Depo Provera adalah selama 2 tahun sahaja dan pasangan perlu mencari inisiatif lain untuk family planning. Jadi mek rasa better ikut yang negara luar lah.

CARA LAIN UNTUK RANCANG JARAK KEHAMILAN


Antara cara lain untuk mencegah kehamilan adalah dengan memakai IUCD - satu benang yang akan diletakkan dalam kemaluan perempuan. Yang ni pun dikatakan 99% juga mencegah kehamilan. Another alternatif adalah dengan memakai implano. Tapi yang kena minor surgery. Mek paling tak nak yang ni lah kot sebab melibatkan surgery. Walaupun minor ianya tetap surgery. Tapi kawan office mek ramai jugak yang buat kaedah ni. Ianya lebih selamat dan kita tak perlu fikir apa-apa dah. Nak ke klinik atau nak ambil ubat, no need. Last choice kalau korang jenis cekal dan kuat serta berdisiplin tinggi, ambil lah pil perancang. Mek tak boleh ambik pil perancang sebab mek jenis tak berdisiplin tinggi. Its better for me to take the injection and have appointment with nurses at the clinic.


Jadi, tugas suami adalah untuk memahami dan juga support isteri untuk mencegah kehamilan. Unless kalau suami dengan rela hati nak consume pil yang boleh membunuh sperma mereka. Tapi berapa kerat je yang macam gitu. Jadi suami, anda juga part of this. So, please be nice ❤


Sekian ..

5 comments

  1. mek..masa muda la patut beranak ramai2. abe kie pun dah ada 5 org anak. bila masuk 40 terus stop la. x payah ambik pil perancang. kena istiqamah je.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Aida x apply memana perncang. Tak berani lah hi hi hi... Perancangan sendiri.

    ReplyDelete