SUKARNYA KATA MAAF DARI SUAMI

Salam alaikum untuk semua sahabat mek ..

Ada dalam kalangan pembaca mek ni yang dah berkahwin dan ada jugak yang tak kahwin lagi, kan? Tapi mek sure kita semua ni di kelilingi oleh lelaki. Tak kisah la dalam keluarga atau di pejabat atau di institusi pengajian yang korang sedang menuntut sekarang ni. Yang pasti memang kita semua ni berinteraksi secara lansung dan tidak lansung dengan lelaki setiap hari.

Mek sendiri ada dua orang abang, seorang suami dan ramai la officemate yang lelaki. Daripada gaya ada yang gentlemen, ada yang haprak. Itu semua bukan ditentukan dengan penampilan semata-mata. Ianya lebih kepada sikap peribadi. Kalau tak kenal secara lansung memang kita tak tahu la karakter seseorang tu. Kalau kenal maksudnya kalau officemate, berinteraksi cara kerja, itu dah pun tahu dia tu golongan pertama yang mek sebut tadi atau golongan yang kedua.

FIRST MAN IN HOUSE


Lelaki ni pun kalau dalam keluarga memang kita angkat dia as FIRST MAN. Macam suami, of course FIRST MAN. Kalau antara adik beradik pun mesti angkat lelaki yang macam harapan atau ketua keluarga. Cuma, masalah dengan FIRST MAN ni, bila dah diangkat, dijulang sebagai yang pertama, diapunya punya EGO tu agak tinggi sikit. Tak dinafikan memang perempuan juga mempunyai ego mereka yang tersendiri tapi kalau lelaki ni EGO dia lain macam weih. Mungkin sebab FIRST MAN tadi la kot. EGO ni kalau dalam tafsiran islam hampir sama dengan ANGKUH, BONGKAK, SOMBONG. Oleh kerana bahasa sahaja EGO dinampak macam lebih elok sikit daripada perkataan seakan yang mek tulis tadi. Tapi wajarkan first man menjadi EGO?

KERUNTUHAN EGO


Lelaki ni susah nak runtuh tembok Egonya. Yang dah terang salah pun masih lagi nak menegak yang dia tu betul. Tapi tak dinafikan ada je lelaki yang jenis tak suka ego dengan pasangan. Lebih open dan lebih senang untuk mengungkap kata maaf. Yang jenis macam ni mungkin dua diantara sepuluh sample yang ada. Yang jenis ego tak nak berbincang pun ada. Macam-macam jenis ego yang ada. Tembok ego lelaki ni tebal. Nak meruntuhkannya memang sukar. Daripada tips yang dengar melalui satu perkongsian di pejabat, hanya ayat al quran dan doa seorang ibu dan isteri sahaja dapat melembutkan hati seorang anak dan suami. Berdoa sahaja mungkin lambat. Bacaan quran memang mujarab. Baca dan niat ke atas mereka supaya diruntuhkan tembok ego bagi keluarga mawaddah.

ISTERI MENGHANGATKAN KEADAAN


Isteri juga ada egonya. Ada juga buah keras kepala dan hati batu mereka. Bila dah suami menegak kesalahan, mula la si isteri pun nak jugak menegak kenyataannya. Disebabkan itu lah kadang pergaduhan ni boleh di bawa kepada penceraian. Kalau yang jenis pandai handle pergaduhan, mungkin akan merajuk sekejap sahaja. Kadang suami dah sejuk, isteri masih lagi panas. Masih lagi nak jugak dia yang betul. Kalau ikut situasi memang la ada yang salah dan ada yang betul. Cuma dalam bergaduh ni, kadang meletup bukan satu point je yang keluar, bertubi-tubi isu yang keluar. Kalau mek isu yang bertubi-tubi tu akan buat kita jadi panas. Lagi bertambah perasa nak marah tu. Jadi, bergaduh biarlah dengan point yang utama sahaja. Makin banyak point, makin meletop.

MEWARNAI KEHIDUPAN HARMONI DENGAN MAAF


Rumahtangga mana yang tak pernah dilanda badai. Yang kahwin setahun bergaduh cara setahun. Yang kahwin limapuluhtahun cara bergaduh pun dah lain. Tapi bergaduh tetap ada. Samada besar ataupun tidak, itu bergantung pada isu yang timbul. Walaupun mek masih lagi baru di usia perkahwinan tapi dengan pengalaman melihat mummy dan abang-abang mek melayari rumahtangga, memang penting perkataan maaf daripada pasangan. Ia dapat membantu pasangan dalam melupakan kesalahan dan menjadi sejuk sekaligus mendamaikan rumahtangga. Rumahtangga sepatutnya dihiasi dengan warna-warni gelak tawa anak-anak bersama ibu bapa. Kalau bergaduh anak pun jadi takot dan trauma. Emosi mereka akan terganggu dan dihantui seumur hidup mereka. Jadi, jom bergembira.


Korang yang dah ada pengalaman dengan lelaki, tak kisah la keluarga sendiri, suami atau teman-teman sekeliling, setuju tak dengan LELAKI MEMANG SUKAR MENGUCAP MAAF? Kalau korang ada cerita mengenai ini, boleh drop di komen ❤


Sekian ..

1 comment

  1. Setuju tu. Lelaki perempuan mmg ada egonya. Tp nk ucap maaf pun bkn senang ooo. Walaupun itulah sepatutnya kan. Haha..

    ReplyDelete