SAJADA BY NAELOFAR

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Mek bukan lah peminat NEELOFAR walaupun dia anak kelahiran Kelantan. Mek bukan tak suka dia, tapi cara dia cakap tu mek tak suka sangat dengan slanga english dia. Adakah mek busuk hati? Terpulanglah kot. Tapi mek admit dia antara cendekiawan yang mek respect sebab beauty with brain. Tapi ada je part yang mek rasa dia bongok cetus kontroversi. Tapi manusia, bukan maksum.

Kawan mek antara penggemar tudung LOFA. Mek tak beli sebab bagi mek tudung sampai berpuluh padahal hampir nak sama dengan RM10 yang mek beli, so mek tak vote tudung LOFA. Tak dinafikan memang cantik terletak elok. It just because the price kot mek tak berkenan. Mek agak halus bab tu. Dan mek hanya biarkan je LOFA nak niaga apa, WEBPAGE LOFA pun tak bukak, tak usha.

NAELOFAR PRODUK KEISLAMAN


Produk LOFA bukan lah produk yang baru dalam industri business online even boutique business sekalipun. Dah lama mereka menapak tapi exact tahun tu mek tak study la pulak. Cuma apa yang mek tahu produk LOFA hanyalah tudung semata-mata. Yang terbaru mek tahu dia keluarkan inner. Setakat itu sahaja pengetahuan mek. Bila kecoh satu bilik sembahyang office mek bertanyakan siapa empunya SAJADA yang ditinggalkan sepi, ketika itu baru tahu yang LOFA buat SAJADA. Bila pegang dan tengok corak SAJADA AISYA, terus jatuh cinta. Tapi cinta itu tidak terzahir terus. Bila balik rumah, sebelum tidur buka lappy kononnya nak update blog tapi zaass terlintas si SAJADA. So bukak la web page LOFA. Rupanya bukan takat SAJADA, KAIN SEMBAHYANG LOFA pun ado !

SAJADA MENSELESAKAN IBADAH


Material yang LOFA guna untuk SAJADA spesifik namanya SOFT VELVET EFFECT FABRIC yang mana memang akan buat korang senang dan selesa bila pijak tikar SAJADA ini. Rasa sejuk dan nyaman, tentunya akan buat solat semakin khusyuk. Sound macam high sangat persepsinya tapi yes because of that COMFORT so memang akan buat rasa tenang untuk solat. Bukan la juga nak kata sejadah lain tidak selesa. Semua sejadah rasanya selesa sebab memang direka khas untuk buat IBADAH. Kalau sejadah dari TURKEY pun sama jugak lembut dan gebu. Cuma yang LOFA ni tampak PREMIUM CLASS gitu. Lebih exclusive. Kalau nak buat gift bagi yang tersayang pun sesuai. Dan paling utama, SAJADA ni bukan sahaja CANTIK malah kena dengan SELESAnya.

PELBAGAI PILIHAN CORAK


Masa mek skodeng pilhan corak SAJADA ni masyaAllah semuanya cantik ! Mek dah boleh bayang dengan material yang mek pegang dalam bilik sembahyang tu, mesti kalau solat ni rasa aman damai. Tak tahu kenapa itu yang first came across mek punya fikiran. Tapi bila mek tanya spouse, corak yang paling evergreen untuk sembahyang adalah corak SULAIMAN. The only nampak macam sejadah. Yang lain tu ok cuma more to floral. Mabuk pulak nanti duk tengok bunga-bunga time sembahyang. Itu pendapat mek. Bila ditanya kepada rakan sekerja pun mereka setuju dengan pendapat mek. Jadi, dengan itu mek pun dengan senang hati memilih SULAIMAN untuk koleksi SAJADA NAELOFAR. Setakat ni tak ada niat kedua nak membeli SAJADA.

NILAI YANG LAYAK UNTUK DILABUR


Harga untuk SAJADA bagi mek agak high jugak. Biasa beli yang RM30 macam tu je sekali tengok harga SAJADA RM65. Pejam mata, set dalam mind untuk REWARD diri sendiri. Tu pun mek cekau duit spouse beberapa ringgit dengan alasan, kalau dia bayar this SAJADA, setiap kali mek sembahyang, pahala itu juga akan mengalir kepada dia. Mek bukan jenis yang bagi hadiah neither than my spouse. Sebab tu kalau minta apa-apa, justifikasi kena terang dan jelas supaya permohonan lulus tanpa kena bermesyuarat dua atau tiga kali. Bila sampai SULAIMAN di rumah, mek bentangkan untuk Maghrib. Masa tu spouse pun macam terpegun cakap lawa. Conclusion, mek rasa RM65 untuk SAJADA memang berbaloi seiring dengan kualiti dan designnya.


Korang tahu ke NEELOFAR jual sejadah ni? Mek sumpah tak tahu till the day mek jumpa SAJADA di bilik sembahyang office. Kalau korang diberi peluang untuk beli, yang mana pilihan hati korang? Mind to share ye ❤


Sekian ..

6 comments

  1. Sis dah dua kali beli tapi buat hadiahkan besday kawan. Rasa sangat sesuai sebab sedia dengan kotak..
    Untuk diri sendiri pun dah ada selai.. :)

    ReplyDelete
  2. Semua cantik ni...warna pun menawan...kalau PC...PC pilih yang bentuk masjid tu ya...yang bunga2 tu cantik tapi buat solat macam kurang sesuai...tapi yelah pilihan masing2...

    ReplyDelete
  3. Gambo bunga2 macam tak sesuai pulak

    ReplyDelete
  4. Sha pun baru tahu neelofa jual sajada..

    ReplyDelete
  5. woo ingatkan jual tudung ja.. hehe baru tau ada sejadah skali =)

    ReplyDelete