RESIPI BUTTERMILK DENGAN NOXXA

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Resipi BUTTERMILK yang mek buat tempoh hari adalah dengan secara tidak sengaja menonton video dalam FB. FB siapa tu mek pun dah lupa. Bila tengok terus terdetik boleh buat ni sebab senang yang amat. Tahu aje lah working lazy wife macam mek memang nak resipi yang mudah aje. Plus mek memasak hanya bila ada resipi baru untuk dicuba. So nasib, kalau menjadi boleh repeat.

Weekend hari tu mek tak merancang pun nak masak. Bangun pagi tu terus rasa nak bukak peti and tengok barang nak masak cukup ke tak. Checklist semua ada, so on terus nak masak. Spouse mek pun nampak bini macam rajin nak masak terus tolong mandikan anak, so tak ada drama air mata by Amzar. Mek boleh tumpu sepenuhnya pada masakan mek pada hari tu.

MASAK BUTTERMILK DENGAN NOXXA


Mek bila masak aje guna NOXXA. Reasonnya mek tak nak kotorkan dapur dengan mengelap percikan minyak atau apa-apa la. NOXXA senang basuh je dia punya pot. Tapi bila fikir balik lebih kurang je dengan periuk biasa. Cuma dah spend on NOXXA, takkan nak masak guna periuk biasa lagi. Haa itu je la philosophy-nya. Plus, NOXXA kalau tetiba Amzar meraung buat drama air mata, mek boleh PAUSE mek punya masakan. Nanti dah senang, Amzar dah gembira main dengan Amani, boleh sambung balik memasak. Thats why mek buat BUTTERMILK pun guna NOXXA. Tapi untuk korang yang dah expert memasak, BUTTERMILK macam ni buat dalam kuali kejap je jugak. Rasa pun terpulang pada yang memasak samada jenis cukup rasa atau jenis tawar-menawar.

BAHAN YANG SIMPLE


Ini memang serius mek tak percaya pada mulanya kerana MASYAALLAH, SIMPLE sangat bahan nak buat BUTTERMILK. Mek memang pandang tinggi pada mereka yang buat BUTTERMILK kononnya macam gigih dan perkasa buat these resipi rupanya lagi mudah daripada buat AYAM MASAK SAMBAL (ayam masak pedas atau merah untuk kelantanese). Dalam erti kata lain mudah tu adalah kerana bahan tersebut tak perlu blend pun. Just TUMIS BAWANG DENGAN BUTTER, agak dah bau wangi and kekuningan, LETAK SUSU CAIR atau FRESH MILK, dah menggelegak letak pulak CHEESE sekeping then letak DAUN KARI. Mix them well. Letak ayam atau udang dan masak ! Mudah amat. Memang senang dan recommended kalau dalam keadaan rushing.

PRESSURE COOKER MEMPERCEPATKAN MASAKAN


Mek akui memang NOXXA banyak menyenangkan dan membantu mek dalam memasak. Walaupun mek jarang masak, dalam sebulan mungkin dua kali sahaja tapi this NOXXA memang menggalakkan mek untuk memasak. Seperti masak BUTTERMILK ni, mek hanya guna NOXXA. Lepas dah siap tumis segala perkakasan atau lebih mesra kalau dipanggil bahan menumis, letak isi ayam yang telah dipotong dan dibasuh bersih ke dalam NOXXA. Untuk mek yang malas potong-potong, mek letak sedabak paha macam tu je. Set-kan HIGH PRESSURE selama 15 MINIT - bior aje dia masak macam tu. Lepas dah berBIP, lepaskan WAP then boleh hidang ! Kalau rasa macam ayam tu agak tidak empuk, boleh je biarkan dia bersauna dalam NOXXA selama berapa lama korang nak.

BUTTERMILK KUAH MELIMPAH


Kuah yang melimpah ruah ni memang disengajakan sebab mek nak kuah yang banyak instead of kuah yang pekat likat bersalut pada ayam. Entah kenapa mek rasa that one tak cukup bagi mek. Atau sebab mek nak jimat masa, kalau buat BUTTERMILK berkuah then tak payah buat kuah lain dah. Kuah melimpah ruah ni tak susah pun sebenarnya, just BANYAKKAN SUSU CAIR atau FRESH MILK. Dan pastikan alat menumis tadi pun di DOUBLE kan kalau tak nanti tak cukup LEMAK pulak. Mek punya BUTTERMILK tu jadi macam pecah-pecah berlemak dan berminyak sebab mek menumis dengan minyak, tambah pulak dengan BUTTER so memang melimpah la minyak. Yang pecah-pecah macam susu basi je tu sebab guna FRESH MILK gamaknya. Tapi rasa ok so boleh on.


Mek percaya cara mek buat BUTTERMILK tak sama dengan korang sebab kebanyakkan yang mek baca mesti goreng ayam tu dulu. Betul tak? Korang ada tips lain tak nak masak BUTTERMILK ni? Kalau ada boleh share dekat ruangan komen ❤


Sekian ..

7 comments

  1. nice. noxxa memang best. mertua guna dari sebelum kenal anak dia lagi hahaha

    ReplyDelete
  2. Wah, rasa lapar pulak bila tengok resipi nie.. Tue la orang cakap periuk Noxxa nie menyenangkan kerja masak kita dan nampak sedap pulak tue..

    ReplyDelete
  3. menggoda sangat! periuk ni memang penyelamat. emergency je ada org mai umah. haha

    ReplyDelete
  4. blasah jer mek janji rasa sedap.... hehehe.... syok ada noxxa ni....

    ReplyDelete
  5. sedap je klo mek masak lg2 guna noxxa...mesti brtmbh2 mkn tu

    ReplyDelete
  6. wah sedapnya.mudah kan ada periuk noxxa ni.cepat masak

    ReplyDelete
  7. Sedap mengancam buttermilk mek.. Ce anta sini sikit.. kikiki

    ReplyDelete