PINJAMAN PERUMAHAN UNTUK BELIA

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Saban hari ada sahaja projek perumahan didirikan. Tapi harga hartanah sekarang dah pun bermula dengan angka RM200,000 . Itu memang menakutkan mek sebab gaji mek takda la banyak sampai mampu nak buat pinjaman setara itu. Kalau kita yang bekerja ni pun masih was-was dengan pembiayaan perumahan, apatah lagi untuk mereka yang tidak berpendapatan tetap.

Tapi ada banyak bantuan sebenarnya untuk kita cuba dapatkan rumah kita sendiri. Mungkin lah tak boleh sebesar yang kita bayangkan tapi at least ada hak pemilikan rumah sendiri. Bila dah ada hak pemilikan rumah sendiri, taklah risau sangat pasal tempat berteduh. Kalau menyewa ada tiba masanya tuan rumah nak balik hak mereka dan kita terpaksa beralah. Jadi, jom miliki rumah sendiri.

RUMAH SATU KEPERLUAN ASAS


Memang impian setiap orang nak ada rumah sendiri. Nak geran rumah tu di cetak atas nama kita sendiri. Macam mek, walaupun suami dah ada rumah untuk kami semua, tapi perasaan untuk memiliki rumah sendiri itu menebal. Antara sebab adalah anak-anak. Bila mereka dah besar nanti kalau sekarang spouse dah ada rumah, dah boleh bagi dekat seorang. Kalau mek ada lagi rumah boleh bagi dekat seorang lagi bila kami dah tiada. Memang tak dinafikan, kalau tak bagi seorang satu pun takapa tapi pendapat mek, kalau boleh dan mampu, seeloknya bagi la setiap seorang. Kalau orang dulu dia bagi tanah sekeping seorang dekat anak, mungkin sekarang nak bagi tanah berserta rumah dah kot. Tapi ikut kemampuan. Jangan pulak ikut hati. Kemampuan antara kita tak sama.

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON


Untuk memohon Skim Pinjaman Perumahan Belia ni takda la tight sangat. Cuma korang kena pastikan ini adalah pembelian rumah pertama korang. Kalau sebelum ni dah ada beli rumah atas nama korang, so Skim Pinjaman Perumahan Belia ni memang tak layak untuk korang. Paling penting umur korang mestilah 21 hingga 45 tahun semasa memohon. Walaupun bunyi belia, tetap masuk 30 tahun masih lagi layak memohon. Pendapatan isi rumah juga tidak boleh melebihi RM10,000 sebulan. Tak kisah samada korang dah kahwin atau belum, yang penting jangan lebih RM10,000 sebulan. Harga rumah tu macam standart la. Korang kena ikut kemampuan gaji korang. Kalau gaji RM2,500 takkan nak beli rumah yang berharga RM500,000 kan? Info lanjut TEKAN SINI .

BANTUAN DARIPADA KERAJAAN


Youth Housing Scheme (YHS) dalam bahasa melayunya Skim Pinjaman Perumahan untuk Belia akan mendapat bantuan daripada pihak kerajaan yang mana dengan skim ini korang layak dapat RM200 sebulan selama 24 bulan. Bermakna, kalau potongan rumah korang berharga RM900 sebulan, korang akan dapat bantuan daripada pihak kerajaan sebanyak RM200 dan selama 24 bulan korang dikenakan bayaran sebanyak RM700 sahaja ! Faedah kerajaan buat macam ni adalah untuk bantu golongan muda belia ni dapatkan rumah. Dalam tempoh dua tahun gaji korang akan mengenjak mungkin RM100 - RM300, jadi cukup elok tahun ketiga nanti duit kenaikan gaji tu bayar installment rumah. Takada la korang rasa sesaf nafas untuk pembayaran full installment nanti.

SKIM YANG HANYA DI BSN


Skim yang mek sebutkan tadi memang tiada di tempat lain. Di tempat lain tu maksudnya di komersil bank lain. The only yang ada pakej YHS ni adalah BSN. Bagi mek, pemuda belia di luar sana, ini adalah salah satu peluang yang korang kena try. Tak salah kalau mencuba. Kalau kena reject itu mungkin ada beberapa faktor yang bank rasa belum masanya lagi untuk korang ambik loan rumah. Loan rumah ni biasanya 35 tahun. Dan jangan lupa KWSP juga dapat membantu korang untuk membeli rumah. Katakan lah umur 25 tahun korang nak start pinjaman perumahan (memang afdal this age sebab genap 60 tahun settle rumah), mungkin gaji starting tak begitu besar. Jangan risau, dengan permohonan YHS ni dan sedikit bantuan KWSP, korang akan dapat miliki sebuah rumah.


Korang dah memiliki sebuah rumah? Korang lebih suka buat loan atau simpan duit tunggu nanti pencen baru buat rumah? Kalau mek, untuk masa sekarang cukup dah dengan rumah yang ada. Mungkin anak dah masuk sekolah menengah dah start kena fikir tentang masa depan nak ada menantu. Jadi that time kot baru fikir nak buat rumah. Korang macam mana pulak? Bagi korang yang nak tanya atau nak buat pinjaman YHS ni, boleh call atau whatsapp mek di 01117850280 ❤


Sekian ..

2 comments