PESTA MAKANAN THAI DI KELANTAN SESI JULAI 2018

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Korang peminat makanan THAI tak? Ke memang korang tak boleh telan makanan THAI? Tipuuuu, seminggu sekali duk hirup TOM YAM tu suka la tu dengan makanan THAI. Tapi ada jugak yang memang anti giler dengan makanan THAI. Mek pun tak tahu kenapa ada jugak yang gila-gila tak suka dengan makanan THAI.

Bagi mek, makanan THAI ni mostly memang pedas. Kalau tak request tanpa cili memang MELETOP la lidah dan bibir korang. Kalau mek yang jenis tak makan pedas sangat ni memang kalau ke kedai THAI, memang terus request TAK NAK PEDAS. Tapi hidangan yang sampai mestilah akan buat korang berpeluh, mata berlinang dan tetiba berhingus.

PESTA YANG WAJIB HADIR


PESTA THAI ni bukan acara TAHUNAN dah untuk KELANTAN. Kalau korang pernah baca PESTA THAI JANUARI 2018 yang mek dah tulis, tentunya korang dah boleh agak macam mana PESTA THAI ni dijalankan. Makanan diaorang pun dah boleh teka. Untuk PERTENGAHAN TAHUN 2018 ni, sekali lagi PESTA THAI dianjurkan dan dibuka di tempat yang sama iaitu PERKARANGAN STADIUM MUHAMMAD IV. PESTA THAI yang berlansung selama 10 HARI ni memang akan hilangkan craving korang yang suka dengan makanan THAI sebab pelbagai menu yang disajikan. Berbaki lagi 3 HARI, so cepat-cepat la serbu PESTA THAI di STADIUM KOTA BHARU. Masa buka tu pun panjang. Boleh lunch dan dinner dekat PESTA THAI.

SELERA THAI ASLI


Satu yang mek suka dengan PESTA THAI adalah sebab mereka memang totally IMPORTED daripada THAILAND. Segala kelengkapan VISA jangan tanya mek. Tapi kelengkapan RASA untuk setiap masakan dan makanan yang dihidangkan memang ASLI THAILAND. Kalau TOM YAM memang guna dia punya PES tersendiri. Maggy pun guna yang diaorang punya. Yang sambal-sambal ni tak usah cakap la, MASIN, MASAM, MANIS - CUKUP ! Bila makan je dah rasa macam DINE IN dekat THAILAND. Dengan dengar diaorang duk borak dialek THAI lagi. Memang boleh je cakap melayu tapi pelat. Mek yang Kelantanese ni pun ambik masa untuk faham diaorang cakap apa. Tapi itu semua tak kisah yang penting hidangan BERKUALITI seiring dengan EXPECTATION.

HARGA SEDIKIT TINGGI


Untuk tahun 2018, harga untuk makanan STANDART dari RM7 hingga RM8. Awal tahun hari tu pun dah macam tu jugak. So tengah tahun ni pun sama. Pandangan orang lain-lain. Sesetengah orang mengatakan harga tinggi walhal benda yang sama dijual pada tahun sebelum ini. Pandangan mek pulak, dah GAJI pun tiap tahun naik, harga MAKANAN pun FOR SURE naik jugak la. Its more kepada HELPING them to SELL their FOOD. Cuba letak diri kita kat tempat mereka, berniaga mestilah nak untung. Itu pasti. Dan berniaga juga perlukan bahan mentah untuk dijadikan makanan. Semua tu pun dah berapa. So, win win la kan. Bukan nak kata mek sokong harga dioarang, cuma mek nak less complain as mek sendiri tak boleh masak macam dioarang buat.

EVERLAST MENU YANG DIBELI


Kalau mek ke PESTA THAI, menu yang mek BURU adalah NASI KHOUMOK, PULUT MANGGA dan jugak AIR COCONUT SHAKE KLEBANG. Gambar dekat atas disebabkan mek pergi FIRST DAY waktu LUNCH so dia tak sempat lagi nak sediakan COCONUT SHAKE ALA KLEBANG. So mek beli MANGGO FLOAT. Rasanya tak mengecewakan jugak. Setakat yang mek duk try makanan diaorang jual dekat PESTA THAI ni takada lagi yang tak sedap pada rasa mek. Semuanya just nice, cukup rasa. Ada satu dua menu yang mek suka antaranya ROTI TISU dan CHUROS tapi tak snap pulak untuk kali ni. Yang tahu, lepas beli terus makan walaupun untuk PESTA THAI kali ini sahaja dah tiga kali mek lawati mereka.


Korang yang dekat Kelantan, dah pergi ke belum PESTA THAI ni? Apa je menu yang korang pilih? Mind to share ye ❤


Sekian ..

7 comments

  1. sedapnyaaa.. pulut mangga tu rasa dia camne ehh?

    ReplyDelete
  2. hok aloh lambat lagi nok kelik kelate..

    ReplyDelete
  3. thanks sharing mek. kita suka makan churros kt mcik yg pakai gelang emas banyak tu..haha

    ReplyDelete
  4. eh tak tau pun ada pesta thai...
    sy kalau datang sini..kerabu mangga dengan tomyam jelah.

    ReplyDelete
  5. Sedapnyo la. Tak ajin singgah lagi nih Pesta Thai.

    ReplyDelete
  6. NASI KHOUMOK tu macam nasi bukhari.. Teringin pula nak cuba..

    ReplyDelete