PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI SELURUH BSN

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Ramai yang whatsapp mek bertanyakan tentang penutupan BSN. Ayat penutupan cawangan BSN tu seolah-olah macam BSN akan ditutup selamanya. Hmm, kuasa ayat dan viral memang boleh buat orang jadi panik dan rasa terancam. Tetiba customer cakap nak tutup akaun BSN, tetiba nak keluarkan semua SSP. At first mek explain elok sorang-sorang. Tapi rasanya dah kena buat entry.

Rasanya pihak pelanggan dah pun membuat rujukan dengan betul dengan bertanyakan orang bank sendiri. Ada yang datang ke cawangan, call operator, ada yang ke website BSN sendiri dan tengok FB BSN. Good one semua. So ini entry daripada mek pulak untuk korang sebab mungkin bahasa mek lebih leisure dan tidak formal untuk senang korang faham why we are doing this.

MIGRASI SISTEM BSN


Untuk Migrasi Sistem ni telah pun diwar-warkan semenjak penghujung Jun 2018 hari tu. Maksud migrasi sistem ni adalah dengan menukar secara terus sistem BSN yang sediada sekarang ini kepada satu sistem baru yang akan dilancarkan pada awal September 2018. Perubahan sistem ini akan memberi impak kepada pelanggan dan juga kakitangan. Ada yang reka ayat sendiri dengan mengatakan BSN akan ditutup. Ye betul tutup tapi bukanlah tutup selamanya. Ianya penutupan sementara untuk memberi laluan kepada sistem untuk bertukar. Komersil bank lain juga ada berlakunya migrasi cuma this migrasi bukan berlaku every 10 years. Ianya bergantung kepada pihak pengurusan tapi biasanya lebih daripada 10 tahun sebab beberapa faktor perlu dititik beratkan.

PERUBAHAN UNTUK KESENANGAN PELANGGAN


Mungkin kalau mek cakap sistem ini akan lebih menyenangkan para pelanggan dan kakitangan pada masa akan datang, korang cakap mek mengampu BSN pulak. Tapi secara am, logiknya memang betul. Pertukaran sistem adalah untuk next step atau one level above. Mungkin pada mulanya orang akan berasa kekok, tidak senang dan mungkin mengatakan bahawa sistem terdahulu adalah lebih mudah, tapi siapa yang suka dengan whatsapp pada mula kewujudannya? Kena ada internet baru boleh on, baru boleh send itu ini. But at the end? 98% menggunakan whatsapp menggantikan sistem mesej. See, how teknologi and sistem will change your mind set. Jadi mek harap untuk sistem terbaru BSN ni pun korang akan menggunakannya dengan berlapang dada.

TEMPOH MASA YANG SINGKAT


Tempoh penutupan sistem BSN hanya sekejap sahaja dan berlaku pada waktu cuti iaitu pada 31 Ogos hingga 03 September 2018. Pada 04 September 2018 jam 11.00 pagi pelanggan dah boleh mula ke cawangan untuk melakukan transaksi. ATM CDM dan perbankan internet juga dah boleh dilakukan. Jika terdapat beberapa error, pelanggan boleh hubungi talian khidmat pelanggan BSN di 1300881900 untuk membuat pertanyaan atau membuat aduan. Maklum saja lah dengan sistem baru kut kut korang tak berapa nak arif lagi jadi boleh rujuk yang lebih tahu untuk membantu korang. Jangan ambik kesempatan untuk viral pulak as viral takkan mungkin membantu korang. Yang dapat membantu adalah bila korang membuat aduan dengan cara yang betul di saluran yang betul.


So, jangan lekas panik. Everything gonna be ok after this. Nanti boleh la cucuk duit on Selasa 04 September 2018. For time being, cucuk siap siap untuk kegunaan cuti Merdeka ni. Korang salah seorang pemilik akaun BSN? Atau korang memang pelanggan regular BSN? Korang dah aware ke tentang migrasi ni? Mind to share ok ❤


Sekian ..

5 comments

  1. semoga sistem BSN bertambah baik lepas ni :)

    ReplyDelete
  2. teknologi semakin canggih, sistem juga kena canggih

    ReplyDelete
  3. Ada juga dapat info ni, bila mek da terangkan ni lagi clear lagi. :) good job mek

    ReplyDelete
  4. Ada member aida alami byk masalah, mek lepas buka balik. 2 kali dia ke bsn sebab x bleh guna kad atm dia. Now da ok kot. Membebel dia kat fb.

    ReplyDelete