MEXICANA BURGER BY MCDONALD

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

MEXICANA BURGER dah pun berada di restoren MCDONALD hampir 3 MINGGU dan mek baru sempat nak try sendiri this MEXICANA BURGER. Better late then never, right? Mek pun agak tertanya-tanya WHY MCDONALD keluarkan MEXICANA BURGER after RIO BURGER. Nak kata MEXICO menang PIALA DUNIA, tidak.

Mek pun tak dapat jawapan untuk itu sehingga ke hari ini. Tapi mek teka sebab MEXICO antara NEGARA yang beraksi dengan baik ketika PIALA DUNIA tempoh hari. Dan antara negara yang mempunyai banyak MENU dan BUDAYA untuk dikongsikan kepada seluruh masyarat. DON MEXICANA pun ada duk sembang dengan GENG PAGI HOT untuk topik ini.

MEXICANA BURGER BAWA TERBANG KE MEXICO


Seperti mana yang mek katakan tadi, kali ni MCDONALD terbangkan kita ke MEXICO untuk menikmati sendiri keunikan BURGER MEXICO. Biasa makan GCB je kalau pergi MCDONALD and kalau ada keluaran terbaru semestinya kena cuba. Kalau tak cuba macam mana kita nak tahu yang mana lagi better, right? Tapi GCB takkan boleh challenge sampai ke hari tua. Back to MEXICANA BURGER, dengan kotak yang bercorak MEXICO (warna bendera MEXICO) memang kena dengan tema MEXICANA tersebut. Sebab tu lah mek cakap MCDONALD membawa semua tetamunya ke MEXICO, seolah-olah kita sedang DINE IN di MEXICO. Bagi mek, first look tu dah berjaya mengatakan bahawa ini adalah MEXICANA BURGER.

PERKENALKAN SOS UNIK MEXICO - SOS TANGY JALAPENO


Keunikan MEXICANA BURGER adalah sos JALAPENO nya itu yang mana sos ini adalah sos keluaran MEXICO ! JALAPENO ni macam tanaman lada la kot sebab mek dengar DON MEXICANA bagitahu yang JALAPENO ini ada beberapa tahap kepedasan. Yang MCDONALD ambik ni adalah tahap MILD. Mek boleh tahan lagi kalau dengan MILD punya kepedasan. So kalau nak suap dekat anak pun boleh sebab MEXICANA BURGER tak sepedas RIO BURGER. Selain daripada sos JALAPENO, mestilah mek suka dengan CHEDDAR CHEESE. Masin lemak gitu rasanya. Pendek kata, MEXICANA BURGER ni boleh diterima oleh tekak Malaysia mek. Untuk repeat, mek akan say yes !

ISI AYAM YANG LEBIH TEBAL


Keluaran kali ini juga hanya untuk CHICKEN PATTY. Dan CHICKEN PATTY dia lebih besar about 20% daripada CHICKEN PATTY yang dikeluarkan sebelum ini. Memang puas hati giler makan sebab ISI AYAM YANG TEBAL memang buatkan orang menjadi lebih KENYANG. Bukan nak cakap before ni burger MCDONALD tak kenyang tapi PATTY AYAM dia lagi TEBAL so lagi KENYANG and lagi PUAS untuk menikmati MEXICANA BURGER. Tidok ler nanti TETAMU claim yang PATTY AYAM MEXICANA BURGER sama je dengan MC CHICKEN. Rasa tu mungkin la ada nak sama sebab TEPUNG dan PATTY AYAM yang sama tapi in DIFFERENT SIZE dan juga dengan SOS yang BERBEZA.

MAKAN BERSAMA AMIGOS


AMIGOS tu maksudnya KAWAN dalam bahasa MEXICO. Bersempena dengan MEXICANA BURGER ni mek pun ajak la AMIGOS mek untuk try sama-sama sebab memang PHILOSOPHY MCDONALD pun, GUEST IS FAMILY. Jadi mek guna term yang sama - AMIGOS IS FAMILY. And FAMILY will nobody LEFT BEHIND. Seronok bila kita dengan AMIGOS kita sembang sambil makan di MCDONALD. Anak AMIGOS pun dapat toys, memang senyap aje tak mengganggu kami mak-mak untuk bersembang. Dari dulu lagi, mek setuju dengan KONSEP MCDONALD yang menyenangkan TETAMU mereka. Kita takkan rasa rimas dan rasa terkejar-kejar nak balik sebab we all have so much fun at MCDONALD.


Korang dah rasa ke belum MEXICAN BURGER ni? Korang lebih vote yang mana antara RIO BURGER dan MEXICANA BURGER ? Mind to share ye ❤


Sekian ..

8 comments

  1. hmmm saya tak cubaa lagi. sedihnya ketinggalan

    ReplyDelete
  2. Gracias..review yg menarik, belum try lagi dua2 burger ni...nk jg makan bersama amigos..

    ReplyDelete
  3. Dah try dah..best sebab daging ayamnya tebal hehe

    ReplyDelete
  4. Tak pernah cuba lagi walhal hari2 lalu depan McD tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Ala mek.. awat pi zoom dekat-dekat berger tu.. menggoda sungguh aih..

    ReplyDelete