ME BEFORE YOU 2016 MOVIE REVIEW

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Me Before You ni dah lama main dekat wayang. Masa mula-mula tayangan dulu mek ada jugak bersungut dekat spouse nak pergi tapi tidak lah bersungguh sangat sebab mek tengok dia punya banner menarik untuk ditonton. Sinopsis that time tak baca pun. Just memang fell in love dengan dia punya banner. Nampak classic movie gitu. Rasa macam cerita English yang zaman raja dulu-dulu.

Hasrat tu tertangguh sehinggalah astro memberi perkhidmatan percuma kepada rakyat bersempena hari Kebangsaan dan Malaysia. So sepanjang cuti yang ada, mek idok ler sampai mereput di rumah tapi sempat layan movie di HBO, CineMax and apa lagi la yang seangkatan dengannya. Macam movie date pun ada sebab hadap channel tu je. Anak-anak pun layan. Kadang diaorang tidur je.

ME BEFORE YOU SINOPSIS

 

Mek mula tengok cerita ni dah agak suku yakni heroin bernama Lou ni dah berjumpa si hero yang diberi nama Mr Will Traynor. Will Traynor ni paralysed (lumpuh) dan the only parts yang boleh bergerak adalah bahagian kepala. Bertahun-tahun dia cuba akhirnya boleh gerakkan jari tangan sahaja. Yang lain memang totally paralysed. Lou seorang budak yang talkactive. Banyak sangat bayangan dalam kepala dia. Dia ditugaskan untuk menjaga Will. Dan sepanjang dia menjaga Will biasalah mula-mula rasa annoying lepas tu rasa seronok bila Lou berperwatakan sebegitu. Dan last. Tet tet tet. Dalam cerita ni banyak jugak pengajaran percintaan yang boleh kita terapkan dalam hubungan. Jangan berhenti mencintai dan keep falling in love everyday. Keep trying in relationship.

AMERICAN BRITISH YANG BOLD-KAN CERITA INI


Another yang menarik minat mek untuk menonton this movie sampai habis adalah sebab dia punya slanga American British. Mek memang suka this slanga. Nampak macam classic dan macam kena la dengan poster yang mek cakap macam raja dulu-dulu. Cerita English British ni mungkin dah biasa sangat tengok and kita punya cakap pun hampir sama dengan percakapan mereka tu yang mek rasa bila ada movie American British ni kena tengok and enjoy the slanga. Kalau korang yang dah tengok cerita ni mungkin faham la kan apa yang mek maksudkan dengan slanga tu. Walaupun mek baca subtitle jugak di bawah tapi telinga ni sedap dengar dia bercakap. Very polite. Macam bahasa DiRaja senang cerita. Contohnya nak cakap bye, instead of bye dia akan cakap, Goodbye Mr Will. Sopan !

TERJATUH CINTA TANPA SENGAJA


Dalam duk jaga-jaga si Mr Will, dalam duk annoying dengan Lou, dalam Lou dah ada Patrick nyempat jatuh cinta dua orang ni. Sebab soal hati, kan? Si Lou ni dah jaga Mr Will macam husband dia cuma dia tak tinggal di rumah Mr Will je. Tapi semua benda Mr Will dia buat. Shaving, suap makan, bedrest-kan Mr Will. Even bawak Mr Will keluar jalan-jalan and pergi wedding ex girlfriend Mr Will. So hampir semua part dia ada dengan Mr Will. Sehinggalah Lou terlupa perasaannya kepada Patrick. Jatuh cinta ni melibatkan hati, bila hati kita banyak bersama dengan dia, so lagi mudah kita nak jatuh cinta dengan seseorang. Jadi berhati-hatilah dalam perhubungan seharian. Bataskan kalau rasa macam hati tu tak boleh nak kawal. Takut nanti tersayang tanpa sengaja, parah pulak ceritanya.

BERCINTA SETIAP HARI


After pemergian Mr Will, Lou masih lagi dalam mood bercinta dengan Mr Will. Mr Will yang mengajar Lou untuk jatuh cinta setiap hari walaupun Mr Will tu dah takada di sisi. Bagi mek, bagus jugak la cara Mr Will buat Lou jatuh cinta dengan dia setiap hari tu. Mengisi kekosongan hati Lou. Bukan Mr Will tak nak bagi Lou move on, tapi move on dengan gembira bukan dengan hati yang patah dan sakit. Menerima hakikat itu pahit tapi Mr Will sedaya upaya nak bagi Lou rasa hakikat yang dia alami tu sebenarnya indah. Kita pun sepatutnya dengan pasangan macam tu la kan. Kenapa perlu menyakiti? Yang indah tu banyak lagi dan lagi seronok untuk dijalani. Macam kita yang Islam ni lagi banyak nikmat pahala menanti di akhirat kalau kita berbuat baik pada pasangan dan keluarga.


Korang dah tengok ke belum cerita ni? Macam mana pulak dengan pendapat korang tentang cerita ni? Mind to share di ruangan komen ye ❤


Sekian ..

4 comments

  1. Akak suka filem dan suka juga novelnya. Touching. Sedih. Sweet. Macam2 feeling ada 😊

    ReplyDelete
  2. cerita ni ada dalam list sha tapi tak tengok tengok haha

    ReplyDelete
  3. tak minat cerita romantik mcm ni..if tgk konfem tertido.hihi

    ReplyDelete
  4. i love this movie!!hero hensem!haha!tapi sedih endingnya..

    ReplyDelete