MCDONALD WAKAF CHE YEH TEMPAT NGOPI NGETEH BAHARU

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Tepat pada jam 12.00 malam pada 18 Ogos 2018, McDonald Wakaf Che Yeh totally dah berubah wajah. Bukan setakat wajah, dengan isi dalaman dan solekan tatarias juga berkonsepkan urban. Paling penting ada penambahan yang mek pasti semua penggemar McDonald waiting for their coffee, right? So here's for you for whom have been waiting for their Mc Cafe.

Nekad untuk try jugak even once (sebab biasa drive thru sahaja) jadi pada hujung minggu mek ajak spouse ke McDonald Wakaf Che Yeh untuk lihat, sentuh dan rasai sendiri apa beza dengan sebelum ni. Its more to positive or the previous one is much better? Yela, takat baca komen dalam FB dan tengok gambor takkan dapat memberi korang pengalaman sendiri. Yedak?

MC CAFE TARIKAN BARU


Mc Cafe bukan satu cafe yang asing dengan rakyat Malaysia. Mek sendiri dah berkenalan dengan Mc Cafe since McDonald launch Mc Cafe di Pengkalan Chepa around 2011 atau 2012 macam tu. That time pergi rasa macam jakun gitu sebab tak biasa dengan interior Coffee Cafe macam tu. McDonalds kan fast food so tetiba ada Mc Cafe di satu sudut dan bila masuk je bau coffee allahu best ! Paling win daripada dulu adalah Choc Lava Cake. Kalau air pulak mek biasa on off, kadang latte, kadang mocha kadang beli kek je. Bila di Wakaf Che Yeh buka juga Mc Cafe mek rasa ianya bagus untuk warga Kota Bharu dan juga mereka yang datang daripada luar sebab tak perlu ke Pengkalan Chepa lagi dah. Boleh slow down traffic di Mc Cafe Pengkalan Chepa as well.

SISTEM ORDERING YANG LEBIH MESRA


Another yang baru di McDonald Wakaf Che Yeh adalah Ordering Sistem mereka yang baharu dan lebih mesra bagi mek. Kenapa mesra adalah kerana kita boleh take time untuk pilih apa yang kita nak. Tahu sajalah kalau di kaunter, cashier duk menunggu kita nak apa, kita pun dalam keadaan nak cepat tak nak bagi orang belakang marah, so order lebih kurang je la kan. Maksudnya nak side order melebih tu takada. Tapi dengan Kiosk Ordering ni kita boleh je nak skrol down apa yang kita nak order. Pilih puas-puas korang nak makan apa, nak minum apa, nak survey harga - semuanya lah ! Korang boleh tengok SINI untuk gambaran macam mana nak order dengan Kiosk tu. Bayar boleh pakai kad atau pakai cash. Tiada paksaan. Tak semestinya pakai Kiosk bayar pun pakai kad.

LAYOUT YANG SESUAI UNTUK BERSAMA KAWAN DAN KELUARGA


Disebabkan ada Mc Cafe as simbolik Ngopi and Ngeteh, tambah pulak dengan layout McDonalds Wakaf Che Yeh yang baharu ni memang sesuai untuk korang lepak bersama keluarga dan kawan-kawan, jadi memang rasanya akan masuk list untuk tempat perjumpaan dengan siapa-siapa. Macam mek sendiri yang ada anak ni, mesti nak satu tempat ngopi dan ngeteh yang anak-anak boleh bermain di playland dengan selamat. Selamat tu maksudnya boleh intai thru cermin tanpa perlu menemani. Dan of course makanan untuk anak semestinya nak yang mengenyangkan. Mak pak boleh je pilih burger all time favorite untuk kenyangkan perut. Disebabkan itu mek suggestkan kepada korang diluar sana, nak jumpa kawan bawak lah ke McDonalds as anak-anak also akan gembira.

KAKITANGAN MCDONALD YANG SENANTIASA MEMBANTU


Another thing yang mek suka dengan McDonald sejak dari dulu adalah staff mereka yang mesra terutama GEL yang pakai baju purple. Dari pintu dah greet guest, assist guest ke meja, assist guest in ordering menu. Itu Superb wei ! Tambah lagi kalau guest yang datang dengan kids with single parents, memang amat memerlukan bantuan daripada kakitangan McDonald. Tak usah risau, they will help. Orang tua dan orang kurang upaya pun mereka concern jugak. Itu memang dapat pahala berganda lah aside daripada SOP pekerjaan. Pengalaman mek sendiri pun yang datang dengan spouse, still team McDonald berusaha untuk bantu apa yang patut contohnya sediakan baby chair, bagi mainan (kalau dia dah tahu kita order Happy Meal), sitted dekat dengan playland. Valueless !


Up coming McDonald akan launch dua lagi Ordering Kiosk macam ni tapi mek tak sure di mana tempatnya. Yang sure McDonald Bukit Bintang dah macam ni rupanya. Glad to have one in Kelantan. Jangan takut pada perubahan because they had count more before you do. Jadi, korang yang dah merasa ordering kiosk ni, apa kata korang? Mind to share di ruangan komen ❤


Sekian ..

10 comments

  1. Wow canggihnya! Kalau Ella mesti jakun jap nak order guna kiosk tu hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda terpilih sebagai salah seorang pemenang GA yang Abam Kie anjurkan tempohari. Untuk maklumat lanjut dan cara untuk menuntut hadiah, sila layari pautan di bawah ini. Terima kasih.

    https://www.zukidin.com/2018/08/keputusan-guess-my-weight-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. Mcd dekat sini takde lagi CR jumpa Kiosk Ordering ni. Kalau ada jumpa nti msti nk try jugak.
    lawa deco dia,

    ReplyDelete
  4. selalu tengok order screen tu kat luar yeay Malaysia pun dah buat. or memang da lama ada cheq yang tatau hahahaha..

    ReplyDelete
  5. pahni bawak daku pulok!!hahaha!

    ReplyDelete
  6. Biasa singgah sini dulu mek. Sebelah aje dgn holiday villa kan :-)

    ReplyDelete
  7. suka sangat Mc Café sebab ada ada banyak pilihan minuman (non-carbonated) and semestinya ada kek. yeayy

    ReplyDelete