KON GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN MERDEKA DI MCDONALDS

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

McDonald tak pernah tak mengikuti keadaan semasa. Sebut je la musim apa pun mesti take part. Macam musim durian pun ada juga aiskrim durian. D24 lagi. Kalau musim perayaan pun mengikuti juga macam perayaan tahun baru Cina ada burger Prosperity. Musim bola hari tu pun ada burger Rio. Pendek cite, setiap musim yang ada, McDonald tak pernah terkecuali.

McDonald ni pun menjadi satu kegemaran untuk rakyat Malaysia sebab bila masuk je McDonald, tak rasa macam masuk fast food yang biasa. Korang akan dilayan, menu pulak ikut tekak melayu bukan tekak western semata-mata walaupun asalnya McDonald bukanlah daripada Malaysia. Tambah pulak McDonald bukan untuk para remaja melepak mengopi aje, tapi untuk yang setahun pun layan.

MERDEKA DI MCDONALDS


Masuk je Ogos mesti dalam kepala, dalam radio, dalam media massa mesti duk bercerita pasal Merdeka. Masuk September, mesti duk bercerita tentang Malaysia. Alhamdulillah, Malaysia masih lagi boleh menyambut Merdeka dan Hari Malaysia dalam keadaan yang damai. Di Malaysia ni satu je yang tak damai, iaitu politik. Kalau cerita bab politik, adik beradik mak bapak pun boleh bergaduh. Tapi kalau cerita tentang Malaysia semua boleh sit down together and bergelak ketawa. Sama-sama backup kalau ada yang kutuk Malaysia. Macam Rendang Crispy tempoh hari. Itu juga matlamat McDonald untuk satu padukan semua. Jadi, kalau korang sambut Merdeka dan Hari Malaysia di McDonald, mek tak rasa benda tu satu yang pelik bahkan mungkin ianya lebih seronok !

KON GEMILANG PENAMBAH VARIASI DESSERT


Untuk sepanjang Ogos dan September 2018 ni dapat la semua merasa satu lagi flavor aiskrim sebagai dessert. Kon Gemilang versi Sundae Cone ni memang satu kelainan sebab biasanya kita makan yang vanilla lepas tu topping choc atau strawberry, kan? Yang ni memang manis jagung untuk Sundae Cone memang best je anak tekak melayan. Korang boleh pilih samada nak makan togel jagung atau topping dengan chocolate pulak. Yang pasti dua-dua mengancam. Edisi Kon Gemilang ni juga didatangkan dengan kon berwarna Merah. Biasa Kon warna beige kulit gitu je kan. Yang kali ni edisi cantik gitu. Macam edisi Cendol, kon diwarnakan dengan hijau. Mesti kena ikut tema, ye dak. Tapi rasa kon tu sama aje. Jangan expect lebih pulak. Kot terbayang perisa strawberry pulak.

KENAPA JAGUNG UNTUK KON GEMILANG


Basicly, ini pendapat mek la ye. Mek tak interview mana-mana parties in McDonalds pun. Jagung dipilih sebab warna kuning dalam bendera Malaysia. The only warna kuning yang best adalah jagung. Kalau perisa bunga matahari mungkin tak menjadi sangat sebab bayangkan air teh bunga matahari kita buat jadi aiskrim, tak seindah jagung. Itu mek punya tanggapan. Jawapan sebenar korang kena PM McDonald individually. Tapi logik mek fikir macam tu adalah sebab dalam bunting atau ikon Kon Gemilang tu sendiri bertulisan kuning dalam kotak berwarna biru. Sebab putih dah ada Vanilla, merah digantikan dengan Strawberry dan biru mek tak pasti dia gantikan dengan apa. Yang penting Kon Gemilang perisa jagung ni kesukaan ramai. Amani pun suka sampai berebut nak makan.

LIMITED OFFER


Kon Gemilang berperisa jagung ni boleh dinikmati sehingga September 2018. Tarikh sebenar mek tak tahu jugak yang pasti Kon Gemilang dikeluarkan sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2018. Jadi sementara masih available di McDonald boleh la kita semua nikmati Kon Gemilang berperisa jagung ni. Manis jagung vanilla tu memang mek suka. Tapi mungkin kalau mereka yang tak suka manis kena sediakan air kosong untuk legakan tekak lepas tu. Harga untuk Kon Gemilang ni hanya RM2.70 je satu kalau tak silap mek memandang ke arah harga tu. Jadi takde la mahal sangat compare dengan aiskrim lain di luar sana. Masih dalam mood affordable. Mek dengan spouse kalau beli, satu kat Amani satu lagi untuk kami kongsi bersama. Dulu beli je satu sekarang anak dah demand.


Korang dah try ke belum this Kon Gemilang? Korang ambik yang mana? Yang togel atau yang choco topping? Korang vote berapa bintang untuk Kon Gemilang ni? Jangan lupa kongsi diruangan komen ye ❤


Sekian ..

No comments