KISAH ANTARA KITA LIRIK DAN PENGAJARAN

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Tersuka tanpa sengaja, itu lebih tepat. Di radio mek tak layan pun lagu ni. Tak pernah tahu apa pun tajuk lagu ni. Tapi bila dengar masa live band hari tu, eyh sedap pulak lagu ni. Mungkin live band dia punya melodi tu lain sikit daripada lagu asal. Lebih santai cara penyampaiannya. Tapi that time tu tak faham apa pun pasal lirik lagu ni. Balik duk nyanyi pun tak into sangat dengan liriknya.

Bila terlintas nak cari lirik lagu ni di google, baru faham tentang lagu ni. Oh, kecurangan. Dah jadi benda biasa pulak sekarang ni. Kadang yang lelaki, kadang yang perempuan. Ada yang mek baca di FB, kisah rumahtangga, 3 tahun dia bersabar dengan suami last tangkapan curang adalah dirumahnya dan di atas katilnya sendiri. Dia taekwando laki dia, patah tulang apa benda entah dan sekarang cerai.

KISAH ANTARA KITA


Mengapa terjadi oh pada diri ini
Haruskah ku meneruskan lagi
Kisah kita yang telah kita bina bersama
Kini telah hancur karena kau memilih dia

Ku tidak menyangkakan
Engkau seperti ini
Kau curangi diriku
Tanpa aku sedari

Bodohnya aku, ku bisa mempercayakan kamu
Tanpaku sedari kau mempermainkan cintaku

Sayang…
Haruskah kau memperlakukan aku
Sebegini…
Apakah salah diriku ini
Terhadapmu…
Sehingga engkau sanggup menduakan cintaku
Mungkin…
Aku bukan yang terbaik buatmu
Kuterima….
Apa yang kau lakukan padaku
Ku kesali….
Dan berasa kecewa terhadap dirimu
Maaf…kan
Aku telah mengecewakanmu
Hati ini…
Tak dapat merubahkan apapun
Diri ini….
Telah dimiliki tanpa kusedari

Mungkin…
Aku bukan yang terbaik buatmu
Kuterima…
Apa yang kau lakukan padaku
Ku kesali…
Dan berasa kecewa terhadap dirimu

Ku amat menyesali
Mengenali dirimu
Ku berjanji akan meneruskan
Hidupku tanpamu

KECURANGAN MAKIN MENJADI-JADI


Lately, mek perasan banyak pasangan yang cuba, suka untuk curang. Kadang alasan yang diberi tak masuk akal. Kadang alasan yang diberi tu seolah sengaja dicipta supaya kecurangannya tu menjadi bersih dan suci. Pada pendapat mek, apa pun alasan curang bukan salah satu inisiatif untuk diambil sebagai penghibur hati atau merawat hati yang terluka (kononnya). Tak kisah curang ni berlaku dalam rumah tangga atau perhubungan yang baru nak dibina. Kenapa mesti pilih jalan untuk curang? Mek dulu pernah alami situasi ni. Curang menjadi pilihan bila pasangan take for granted. Dia percayakan kita setia, tapi dia tak tahu yang kita juga perlu kasih sayang daripada dia. Bila dah sama-sama malas nak berusaha membaiki hubungan, maka curang adalah pilihan. Last, putus di tengah jalan.

TAKE IT OR LEAVE IT


Pernah mek dapat nasihat tanpa sengaja daripada seorang senior di pejabat isunya tentang kecurangan pasangan ni jugak. Kata senior mek, hati kita ni kadang cukup kuat kadang cukup lemah. Bila hati cukup kuat, sekali je berlaku kecurangan dalam perhubungan, tinggal terus. Tapi bila hati cukup lemah, kecurangan tu berlaku berkali-kali tapi masih boleh menerima dengan baik. Disebabkan itu, tanya hati bila berlaku macam ni, masih boleh tempuh atau rasanya baik tinggalkan sahaja. Mek berpegang daripada dulu lagi bahawa soal hati memang sensitif. Time dia tak move on, memang boleh menerima segala kemungkinan tapi bila once hati cakap i had enough, kau tabur benda paling aku suka di dunia ni pun, tak pandang dah. Maksudnya, leave it tu memang tak pandang terus dah.

HIDUP BERLANDASKAN HATI YANG HIDUP


Masih lagi bersoalkan tentang hati. Hati sifatnya berbolak-balik. Dia boleh suka orang tu sampai apa pun keburukan tak nampak. Tapi dia juga boleh benci orang tu walaupun itu kali pertama menjadi kesalahan. Tapi mek percaya, hati yang hidup dengan agama insyaAllah akan terus bersabar dan sabar dalam apa jua urusan duniawi. Tapi dengan syarat, hati pasangan juga hidup dengan agama. Kalau seorang hidup dengan hati agama seorang hidup dengan hati syaitan baik tidak bersama. Khuatir kalau terjerumus ke arah lebih negatif. Nak hati yang hidup dengan agama tak susah. Bacaan quran jangan tinggalkan. Yang wajib solat tu memang kena buat lah. Sunat tu kalau boleh amalkan selalu. Tapi bacaan Quran jadikan ia wajib. Memang berbeza hati manusia yang amalkan Quran.


Mek tak sure korang pernah jadi mangsa curang atau korang sendiri yang curang. As for mek dua dua situasi mek pernah lalui. Sakit perit memang pernah rasa. Harap lepas kahwin dah tak lalui benda-benda macam ni. Harap dapat dibuang segala kotoran hati ketika muda-mudi. Korang pulak macam mana? Mind to share di ruangan komen ❤


Sekian ..

No comments