JOM BERCUTI KE SUNWAY ATAU TAMBUN BERSAMA MUNCHYS

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Pheww, cuti sekolah dah tak lama lagi. Cuti untuk kerja pun dah tak lama lagi. Macam mek, cuti panjang sebelum hujung tahun adalah amat digalakkan sebab bila dah hujung tahun hampir nak kena beku cuti. Yelah, macam-macam hal lah kan nak kena settle yang hakiki di depan mata ni. So, perancangan cuti semestinya antara Ogos sehingga awal November.

Dulu kalau bercuti memang pilih tempat untuk gembirakan hati sendiri je la. Mana lagi kalau bukan tempat shopping. Tapi semenjak ada anak, mesti fikir nak bawak diaorang ke tempat yang menimba ilmu, yang boleh buat they learn something. Macam Amzar suka sangat dengan air, so seronok kalau bawa ke TAMAN TEMA AIR. Amani pulak mana-mana pun dia tak suka kecuali rumah dia sendiri.

LEXUS DAH 20 TAHUN !


Bila melawati kedai groceries, memang takkan lupa jenguk bahagian BISKUT sebab anak-anak mek memang pagi sebelum makan nasi, mek bagi diaorang makan biskut dulu. Pilihan mek daripada dulu semestinya MUNCHY'S. Itu je yang mek rasa serasi dari dulu sampai sekarang. Dari zaman mek bersekolah asrama sehinggalah anak dah dua. Bila tengok LEXUS, terkejut dengan usianya ! Dah besor rupanya si LEXUS anak kelahiran MUNCHY'S ni. Udoh 20 TAHUN dalam pasaran. Dan dah 20 TAHUN membahagiakan rakyat Malaysia dengan kerangupan dan kesedapan cokelat LEXUS. Tipu kalau antara kita tak pernah makan LEXUS ni kan? Rasanya LEXUS antara yang famous among MUNCHY'S. Dan dia ada beberapa clique yang hebat-hebat belaka.

SAMBUT BIRTHDAY DI SUNWAY LAGOON ATAU LOST WORLD TAMBUN


Bersempena dengan birthday LEXUS, kita semua berpeluang untuk bercuti ke SUNWAY LAGOON atau LOST WORLD OF TAMBUN ! Maksudnya di sini, korang hanya perlu beli satu PEK LEXUS MUNCHY'S dan dapatkan tiket percuma untuk ke TAMAN TEMA AIR yang dimiliki oleh SUNWAY THEME PARKS. Kalau ikutkan apa yang mek dah dapat tu, mek hanya perlu beli dua tiket dewasa sahaja untuk bawak another dua orang kanak-kanak yang lebih 90cm dan dibawah umur 12 tahun. Amani dan Amzar of course dah free. So masa ni la boleh bawak another family nak treat mereka. Untuk dua tiket kanak-kanak, for SUNWAY LAGOON dah save about RM283. Untuk LOST WORLD OF TAMBUN pulak save around RM108. See, banyak nau jimatnya.

MEMBESAR BERSAMA BISKUT MUNCHY'S


Macam yang mek bagitahu pada mula entry ini, mek membesar dengan BISKUT MUNCHY'S. Zaman budak seperti Amani ni tak ingat sangat la biskut apa yang mummy bekalkan. Kalau dah berasrama tu, antara yang perlu ada adalah BISKUT GULA MUNCHY'S, LEXUS dan MUZIC. Yang gula tu biasanya mek bawak pergi prep petang sebab satu pack tu makan ramai-ramai. Kalau LEXUS biasanya prep malam sebab prep malam kena slow down voice so makan pun kena sorang-sorang tak boleh offer dekat kawan sebelah. Yang MUZIC akan buka bila tengok TV ramai-ramai pada hujung minggu. Pilihan mek untuk LEXUS dan MUZIC semestinya yang CHOCOLATE. Tak sangka, bila dah kahwin, anak-anak pulak menjadi penggemar MUNCHY'S.

NIKMATINYA BERSAMA TERSAYANG


Keriangan akan lebih berganda bila kita dengan yang tersayang. Berkongsi pulak minat yang sama disamping mengimbau memories yang tercipta bersama MUNCHY'S. Sekarang buat memories baru pulak bersama anak-anak dan spouse. Harap bila anak dah besar nanti, dia pun akan recall memories macam mek recall memories ketika di asrama dulu-dulu. Seronok bila sambil makan, sambil borak dengan kawan, sambil belajar sama-sama. Cuma dulu teknologi camera ni terhad. Sekarang setiap kali nak makan boleh je snap gambor. Dulu dah la camera pun pakai yang digital. Dekat sekolah hanya boleh guna bila ada event sahaja kalau tak nanti kena rampas pulak. Tapi gambaran dan hilai tawa kawan-kawan mek memang nampak dan kedengaran dengan jelas bila sebut pasal MUNCHY'S.


Korang jangan lepaskan peluang yang terbentang luas di depan mata ni ye. Dah agak jimat kalau dapat free ticket macam ni. Boleh buat duit minyak kereta dah that amount. So, jumpa korang di TAMBUN ❤


Sekian ..

6 comments

  1. Munchys memang best. dari zaman dok hostel masuk uni bekal selit2 masuk dewan exam semuala hehehe..

    ReplyDelete
  2. Biskut ni je yang paling sedap ditekak husniey, hehe hok lain dok berapa best.

    ReplyDelete
  3. menariknya...thanks for the share...

    ReplyDelete