JANGAN PERNAH BERUBAH LAGU YANG SALAH AJARANNYA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Lagu ni kembali berputar di radio membawa mek ke tahun 2010 dan 2011 di mana lagu ni antara lagu yang mek letak dalam playlist. Kalau dah ada dalam playlist maksudnya lagu ni agak memberi peringatan atau pengajaran kepada mek. Seperti yang mek bagitahu sebelum ni, mek suka lagu yang ada kena mengena dengan mek. Lirik yang kena mengena.

Banyak jugak lagu ST 12 ni yang mek suka, antaranya SAAT TERAKHIR, PUSPA dan CINTA TAK HARUS MEMILIKI. Yang lain tu tak berapa layan. Kenal ST 12 ni pun sebab PUSPA tu je sebenarnya. Lagu dia agak catchy tu yang membuatkan mek suka. Lagu feeling-feeling ni time kena dengan maksud lirik je baru nak layan tangkap leleh.

JANGAN PERNAH BERUBAH ST 12


Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan

 Kau meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
  
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya

HUSNUZON DENGAN JANGAN PERNAH BERUBAH


Lama jugak mek layan lagu ni. Yelah daripada zaman kemunculan lagu ni around 2010 atau 2011 macam tu sampai la dah beranak dua. Lagu ni mek dengar dalam radio je sekarang, kalau dulu memang buat MP3 siap playlist sambil buat kerja. Lagu ni salah satu kenangan mek dengan spouse. So bila dengar lagu ni, mesti teringat kisah-kisah dulu. Kisah ditipu, kisah menipu, drama air mata, drama indon yang tak masuk akal. Well, masa tu memang bodoh tapi satu sikap mek puji pada ketika itu, mek selalu berHUSNUZON dan mek selalu berHAJAT pada Allah. Walaupun couple tu sendiri dah berdosa tapi amalan macam tu tak tinggal. Sayang, amalan baik ditinggalkan. Lupa diri, alpa. Padahal dah di pesan JANGAN PERNAH BERUBAH.

BERUBAH UNTUK DIRI SENDIRI


Bila mek dengar pulak untuk sekian kalinya pada 2018, mek rasa something wrong pulak dengan lagu ni. Apa yang dimaksudkan dengan JANGAN PERNAH BERUBAH? Sikap pasangan yang selalu menyakitkan hati lalu dinasihatkan untuk JANGAN PERNAH BERUBAH? Rasanya salah. Itu PATUT DIUBAH. Ubah untuk kebaikan semua. Yang JANGAN PERNAH BERUBAH itu adalah perasaan kasih dan sayang. Pada pasangan, anak-anak, keluarga dan paling utama Allah dan Rasul. Yang lain perlu DIUBAH kalau terpesong daripada landasan yang betul. Itu yang mek nampak kesalahan dalam lagu ni. Takkan la nak merelakan hati kita disakiti, right? Hidup sementara di dunia pun nak jugak merasa bahagia dunia bawak ke akhirat. Tak gitu?


Korang dulu sama macam mek ke fikir untuk lagu ni? Atau memang korang dah faham daripada awal lagi yang lagu ni tak kena liriknya? Mind to share ye ❤


Sekian ..

2 comments

  1. yang penting sayang diri sendiri sebelum sayang orang lain. betul dok?

    ReplyDelete
  2. kadang2 ada bait2 lagu memang kena dengar dan kaji sikit before nyanyi. lagi2 lagu kpop hehehe slalu tengok translation dulu kadang2 entah apa2 depa nyanyi.

    tapi apa2 pun kita kena brubah utk diri sendiri =)

    ReplyDelete