IMAAN FAMILY WIPES KEGUNAAN SEISI KELUARGA

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Sebagai seorang muslim, memang kita diwajibkan untuk mencari dan menggunakan produk-produk yang suci dan tidak was-was. Apa yang mek maksudkan adalah produk keluaran muslimin sepatutnya memang menjadi pilihan utama kita dalam kehidupan seharian. Penggunaan barangan yang suci lagi halal membantu kita dan keluarga untuk beribadat dengan hampir sempurna.

Dulu mungkin kesedaran untuk produk sebegini tidak begitu meluas. Yela, medium dahulu tidak berantai seperti sekarang. Blast melalui whatsapp, FB juga ada dan medium Blog juga turut menerbitkan tentang pandangan dan nas untuk satu-satu perkara. Jadi bila dah tahu, seharusnya kita mengambil inisiatif untuk berubah ke arah yang lebih mesra sejagat.

IMAAN PRODUK UNTUK SEJAGAT


IMAAN adalah satu nama yang membekalkan produk berasaskan keislaman yang mana menjaga sensitiviti bahan-bahan yang digunakan dalam produk mereka. Jadi tak salah jika mek mengangkat IMAAN salah satu jenama yang ada di Malaysia sebagai satu jenama yang mementingkan kegunaan sejagat. Beberapa produk yang IMAAN keluarkan antaranya WET TISSUE for FAMILY, MAKE UP REMOVER dan juga FEMININE HYGIENE. Ada juga produk lain seperti JARDIN FOUNDATION, BROKOLI HAIR SOLUTION, SERUM SUSUK BERADU dan macam-macam lagi. Mostly memang barangan untuk wanita tapi kalau yang wet tissue family dan shampoo brokoli tu, boleh aje lelaki nak guna, kan? Main point is dia produk yang mek yakin dengan kesuciannya.

FAMILY WIPES UNTUK KEGUNAAN SEMUA


Mek diperkenalkan dengan produk FAMILY WIPES yang mana untuk kegunaan seisi keluarga. Tak kisah samada anak-anak atau mek dan spouse. FAMILY WIPES by IMAAN ni baunya memang harum tapi tidak menusuk hidung sebab bauannya adalah daripada extract bahan semula jadi macam Aloe Vera. Memang sesuai sangat dengan personaliti mek yang tak suka dengan bauan menusuk hidung. Satu ketika dahulu memang suka dengan bauan yang keras macam bau lelaki gitu tapi entah kenapa sekarang kalau boleh nak yang odor less je. Bau semula jadi takpe sebab dia tak memeningkan kepala. So memang mek vote this FAMILY WIPES. Senang untuk mek gunakan kepada Amani dan Amzar, tak lupa juga untuk mek dan spouse. Barulah kami semua kekal FRESH.

MEMUDAHKAN BILA DI LUAR RUMAH


Mek akui, dengan ada anak kecik-kecik sebesar Amani dan Amzar yang tengah melasak ke sana ke mari, bukan senang nak jaga HYGIENE mereka. Korang pun tahu kan toilet awam di Malaysia ni bukannya semua bersih sejati tulus murni. Ada je sisa-sisa kehidupan yang diaorang tinggal sepi dalam toilet tu. Pernah jugak mek masuk DIAPER CHANGING ROOM sebab nak tukor pampers Amzar. Nampak elok luarannya, tapi sekali SINKI TERSUMBAT. Korang bayangkan lah dengan najis bertepek-tepek tu mek kena pegang Amzar yang dah berminat nak tepuk-tepuk air bertakung tu. STRESS ! So, worries no more, memang kena ada tisu IMAAN ni untuk senangkan kerja-kerja pembersihan anak-anak. Bukan setakat anak-anak, tapi mek jugak perlu tisu ni untuk bersihkan diri.

PELUANG UNTUK JANA PENDAPATAN


Team IMAAN juga ada sediakan satu ruangan untuk korang yang minat berniaga. Atau bagi korang yang nak berniaga tapi tak tahu nak berniaga apa, boleh daftar sebagai ANGLE IMAAN untuk tambah pendapatan korang. At least dapat buat duit poket pun dah cukup elok. Kalau boleh sampai tahap income tetap bulanan untuk bayaran bil pun lagi cukup elok. Bagi mek, kita berniaga mesti ada target kalau tak kita akan jadi sambil lewa. Bukan soal tak cukup dengan gaji yang ada sekarang tapi kepuasan bila dapat duit extra untuk bayarkan bil-bil yang ada di rumah. Contohnya mek meniaga air tin di pejabat. Duit untung jual air tu mek akan buat bayar parking kereta mek secara bulanan. Rasa kepuasan tu memang menebal. Lagi syok, bila dapat gaji amount tu tidak terusik dengan benda lain.


Bagi mereka yang nak mengenali IMAAN dengan lebih lanjut, korang boleh melawati WEBPAGE IMAAN SUCI WORLD . Mana tahu dari situ korang akan dapat idea lebih untuk menyokong produk-produk IMAAN. Korang sokong tak kalau produk IMAAN ni berterusan di pasaran? Dan apa pulak pendapat korang dengan program yang dia laksanakan? Mind to share ye ❤


Sekian ..

3 comments