HARGA LEMBU UNTUK IBADAH KORBAN TAHUN 1439H

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

AIDILADHA dah tak lama lagi. Mesti korang pun dah start kan mencari lembu untuk dijadikan korban pada kali ini. Kalau tak cari lembu pun, mesti tengah usha-usha harga untuk satu bahagian lembu pada tahun ni, kan? Ada juga yang ambil kesempatan untuk buat AKIKAH pada AIDILADHA ini. Mesti dalam kepala dah plan macam-macam, kan?

Untuk AIDILADHA kali ni, mek juga InsyaAllah akan mengambil bahagian untuk ibadah ini tapi niatnya untuk AKIKAH kan Amzar. Disebabkan itu mek banyak jugak survey HARGA dan juga tengok keadaan FITNESS LEMBU. Bunyi pelik tapi nak jugak tengok keadaan lembu sebelum tiba hari kejadian. Sebab, ada beberapa perkara kita perlu tengok sebelum kita buat ibadah korban.

SIRAH IBADAH KORBAN


Umumnya memang tahu lah kan kenapa kita buat IBADAH KORBAN pada setiap 10 ZULHIJJAH. Sinonim juga dengan 10 ZULHIJJAH ini adalah musim HAJI. Yang pasal ibadah korban semua tahu ianya berkisahkan NABI IBRAHIM yang diberi satu mimpi oleh Allah supaya menyembelih NABI ISMAIL, anakandanya tanda dan bukti ketaqwaan IBRAHIM kepada Allah. Sungguh berat hati seorang bapa, dah la ISMAIL the only son yang dia ada. Tapi disebabkan IBRAHIM sanggup buat, dan ISMAIL juga merelakan, maka Allah perintahkan untuk gantikan dengan KIBAS. Disebabkan itu kita pada hari ini kena menyembelih binatang AN'AM. Ciri-ciri AN'AM tu boleh rujuk GOOGLE untuk info lanjut. Atau baca SINI unttuk SIRAH HAJI.

HARGA UNTUK SATU BAHAGIAN


Untuk 1439H, MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ISTIADAR MELAYU KELANTAN (MAIK) meletakkan harga bagi ibadah korban yang dilakukan di tempatnya (pihak MAIK akan sediakan lembu untuk sembelihan) sebanyak RM600 untuk satu bahagian. Ada sesetengah tempat RM650 ada jugak RM550. Biasanya mereka ikut harga lembu yang dibeli dan bahagikan dengan tujuh bahagian. Kalau lagi besar lembu, lagi besar nilainya. Tapi apa-apa pun besar atau kecil nilai sebahagian yang kita korbankan itu, semoga ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t . Itu yang paling utama. Dah dapat daging tu nanti, lebih afdal bahagikan kepada mereka yang terdekat iaitu ahli keluarga dan jiran tetangga. Pahala berganda untuk diraih pada sepanjang ZULHIJJAH.

CIRI-CIRI HAIWAN AN'AM YANG LAYAK DIKORBAN


Ciri-ciri binatang AN'AM ni telah pun kita belajar pada tingkatan lima. Tapi dah bertahun tinggal kadang dah tak ingat, plus ibadah korban ni sekali setahun je. Lagi la ingat-ingat lupa. Binatang AN'AM ni adalah terdiri daripada TERNAKAN yang tergolong daripada 4 JENIS binatang iaitu KAMBING, LEMBU, UNTA dan BIRI-BIRI. Sinonim dengan kita di Malaysia adalah LEMBU, KAMBING dan BIRI-BIRI. Jarang mek dengar orang buat korban dengan UNTA. Bila dah pilih binatang apa yang korang nak korbankan, kena pastikan yang binatang tersebut TIDAK CACAT. Tidak cacat ni besar jugak dia punya tafsiran, even kalau ekor tu terpotong, tinggal separuh pun tetap tak boleh disembelih dah. Seperkara lagi binatang tadi haruslah CUKUP UMUR (2 tahun ke atas).

PERKARA SUNAT LAIN PADA AIDILADHA


Perkara sunat pada Aidiladha hampir nak sama dengan perkara sunat pada Aidilfitri iaitu BERPAKAIAN BARU PADA PAGI AIDILADHA, BERJALAN KAKI KE MASJID UNTUK MENUNAIKAN SUNAT AIDILADHA. MAKAN SELEPAS SELESAI SUNAT AIDILADHA, lepas tu boleh la buat IBADAH KORBAN. Antara lain yang disunatkan dan perlu diperbanyakkan adalah BERTAKBIR. Tak seronok bila semua berkumpul pada AIDILADHA tapi asyik membawang. Itu kelompok yang berusia. Kelompok muda pulak asyik dengan phone masing-masing je. Bagi mek, kalau nak buat kerja masing-masing ada baiknya kalau duduk di rumah masing-masing sahaja. Tak perlu lah berkumpul tapi masing-masing di dunia yang lain. So, be wise ok during this AIDILADHA.


AlDILADHA di Kelantan, banyak tempat yang sibuk dengan penyembelihan, kadang sampai raya ke dua pun ada lagi sembelihan. Paling penting time AIDILADHA, mesti banyak kenduri. Tempat korang macam mana pulak? Mind to share ye ❤


Sekian ..

7 comments

  1. Alhamdulillah rezeki ya Mek dapat buat korban.
    Semoga ibadah korban diterima olehNYA.
    Adik Mrs. A cakap kat Kelantan biasanya meriah time raya haji tu yang dia suka sangat balik kelantan time raya haji ni.

    ReplyDelete
  2. SALAM IDILADHA SLMT BERIBADAH KURBAN

    ReplyDelete
  3. Kelantan mmg meriah kan kalu Aidiladha ;')

    ReplyDelete
  4. harga lembu agak mahal sekarang.
    Kat sini sampai 750 ringgit satu bahagian.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Rezeki untuk mek buat korban.. Seronok kalau sambut Aidiladha di Kelantan.. Meriah..

    ReplyDelete
  6. Allhamdulillah.... dah lama tak korban sejak sambung nganji... akikah tuk kak ngah pun xdpt nak buat lg....

    ReplyDelete