HAPPY MEAL EDISI SUPERMARIO

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Ogos dah nak masuk pertengahan dah. Setiap minggu kedua mek memang ternanti-nanti dengan toys yang dikeluarkan oleh pihak McDonalds. Memang seronok nak tunggu next collection. Ada yang memang worth to buy, ada yang macam biasa sangat dah mainan tu. Mek rasa mek pun dah ada dua tiga entry pasal toys yang mek kumpul daripada McDonalds.

Dan kegilaan tu diteruskan lagi berdasarkan beberapa faktor. Kadang nampak tak menarik tapi saja kumpul jugak. Bila dah bersusun dekat rumah atas meja mainan budak-budak ni, cantik pulak. Plus memang mek kan jarang masak. So makanan anak adalah bubur McDonalds setiap minggu. Itu juga menjadi salah satu punca kenapa mek ada banyak koleksi toys McDonalds.

SUPER MARIO DAN PRINCESS COLLECTION


Super Mario ni betul-betul membawa mek kembali zaman playstation one dulu. Nak main game super mario ni ya allah kena ambik turn dengan abang-abang. Tahu saje lah kalau adik perempuan mana nak hiraukan. Memang tak mengalah lah. Last-last mek keluar dengan sendu. Nanti diaorang dah keluar baru mek sambung and main Super Mario ni. Seronok bila si Mario tu jadi besar, kejar bintang paling benci langgar pe menda entah yang boleh kecikkan si Mario tu balik. Best bila dengar muzik kemenangan yang terangkat bendera tu. Sekarang anak-anak pulak boleh tengok this miniature. Tapi memang Amani dan Amzar tak pernah tanya pun ni apa. Mungkin sebab tak pernah nampak di kaca tv so diaorang pun ingat mainan biasa-biasa je. Mak pak lebih-lebih duk mengimbau.

REWARD UNTUK ANAK-ANAK


Ada orang tak suka anak-anak ada mainan kecik-kecik macam ni sebab satu sepahkan rumah dan satu lagi kanak-kanak sepahkan this mainan and mudah untuk terpijak lalu sakit kakinya. Ada pulak suka yang jenis miniature macam ni sebab boleh buat koleksi plus miniature macam ni susah la nak pecah. Paling worse pun dia mudah nak hilang kena sorok dalam sofa. Bagi mek pulak, mek suka kumpul toys daripada McDonalds ni pun sebab ada anak sekarang. Jadi Amani dan Amzar macam faham weekend akan dapat toys daripada McDonalds. Jadi takada la drama air mata kalau lalu ruangan toys di mall atau Tesco atau mana-mana yang ada toys. Bukan la mek tak beli langsung toys yang diluar sana, beli kalau nampak benda tu berbaloi nak beli je. Contohnya kalau pergi travel untuk kenangan.

RANSANG SEL-SEL OTAK UNTUK BERHUBUNG


Mainan ni nampak je cenonet macam tu tapi sebenarnya ia amat membantu anak-anak dalam menghubungkan sel-sel otak mereka. Benda ni mek tengok pada Amani mulanya, daripada sekecil lego, dia boleh buat bangunan, kereta dan macam-macam la dengan imaginasinya. Amzar pun sama. Dia tunggang kucing macam dia tengok orang tunggang kuda dalam tv. Disebabkan itu mek rasa perlunya ada mainan untuk mereka di rumah selain tak nak bagi diaorang bosan. Memang la agak penat duk menyimpan toys mereka. Rumah mek ada 3 spot untuk mainan diaorang. Dua dekat tv dan satu di meja khas untuk diaorang duduk. Bosan main dekat tv, main dekat meja pulak. Memang hati kena cekal untuk menyimpan dioarang punya mainan. Tapi most of the time, spouse akan tolong.

KENANGAN UNTUK ANAK-ANAK


Lagi satu aim mek adalah untuk simpan semua mainan diaorang yang tak rosak untuk menjadikan kenangan kepada anak-anak dan mek sendiri jugak. Mek sendiri yang mainan dulu-dulu takada simpan so nak recap memories tu susah. Lagipun toys zaman dulu bukan macam sekarang. Kebanyakkannya soft toys. Soft toys aje la berhabuk lepas tu nampak buruk, mummy ambik dan bakar. Goodbye habis dengan mainan. Mek ingat dulu abang-abang mek suka kumpul kereta Tamia tu. Siap ada box lagi untuk spare parts bagai. Tapi mek kan perempuan takada la nak follow diaorang. Tapi seronok la depa duk main dengan kawan-kawan siap ada track bagai. Jadi daripada situ la mek terinspirasi nak kumpul mainan untuk anak-anak so that boleh buat kenangan. Seronokkan !


Korang suka tak mengumpul toys macam ni untuk anak-anak? Kalau yang takada anak mungkin untuk diri sendiri. Setakat ni dah berapa koleksi toys McDonalds yang korang ada? Mind to share ye ❤


Sekian ..

2 comments

  1. ahahha Mario memang tak lekang dek zaman. tah2 yang dewasa pun excited kalo dapat toys Mario =D

    ReplyDelete
  2. suka main game ni masa main ps1 kecik2 dulu. hehehe

    ReplyDelete