GUESS MY WEIGHT GIVEAWAY

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Lama rasanya takada orang memanggil mek untuk join GA. Last time mek join pun GA Abam Kie jugak yang dapat topup RM5. Alhamdulillah dapat buat bayor bil phone pada bulan tersebut. Seronokkan bila join, lepastu nama kita pulak terpilih. Dapat pulak hadiah yang kita memang nak. Berganda-ganda seronok tu. Kadang amount tu tak berapa penting pun. Janji ada jugak nama kita.

Ada juga antara blogger yang kalau bukak webpage diaorang, bersusun dengan GA. Nak komen pun takde mood. Yela asyik komen good luck awak. Join GA jangan lah sampai ketagih. At least dalam sebulan tiga atau empat kali cukup la. Ni dah macam blog direka khusus untuk join GA je. Pantang nampak GA lalu depan mata, habis dia join. Tak nak jugak macam tu. Berpada-pada, ok?

GIVEAWAY ANJURAN ABAM KIE


Abam Kie ni dah beberapa kali anjurkan GA dan ada jugak yang mek tak join. Tapi tak bermaksud tak support. Tapi disebabkan ini GA last Abam Kie anjurkan, mek selaku ahli bersama BPT, mestilah mek kena support, kan. Lagipun mek suka kalau menang hadiah yang berbentuk wang tunai ni. Boleh buat bayar bil phone atau TM. Sejarah perkenalan mek dengan Abam Kie ni sebelum join group BPT lagi. Daripada blogwalking, tersampai ke rumah Abam Kie. Yang menarik Abam Kie ni satu kampung dengan mek tapi tak pernah pun jumpa secara empat mata. Belum berkesempatan mungkin. Untuk korang yang tak tahu, Abam Kie ni merupakan seorang guru bahasa Inggeris. Nampak je gaya penulisan bahasa Melayu tapi sebenarnya cair dengan speaking ni !

TEKA BERAT DAN MENANG HADIAH


Untuk GA kali ni, Abam Kie minta kita yang join ni untuk teka berat badannya. Korang yang follow Abam Kie di FB memang tahu dia concern dengan berat badannya. Kadang makin naik kadang elok jugak turun. Tapi mek perasan yang turun bila bulan puasa je la. Untuk sekarang mek teka berat badan Abam Kie dah menjadi 84.5kg sebab mek agak berat dia dah bertambah selepas Aidilfitri hari tu. Tapi Abam Kie tidak keseorangan, rasanya hampir semua orang mengalami masalah yang sama dengan kenaikan badan yang mendadak. Mek sendiri pun takot nak timbang berat badan. Takot jarum tunjuk 60kg ! Memang susah weih nak turun kalau dah masuk angka 6 ni. Kalau daripada awal berat badan bermula angka 6, takpe la kan. Not to worries. Ni asal angka 4, dah naik 5 tu pun rasa urrghh !

SYARAT PENYERTAAN


Setiap GA mestilah ada syarat penyertaan ye dak. So, Abam Kie pun letakkan syarat GA dia jugak, katenya kena follow semua yang dia dah mention dalam ENTRY GA GUESS MY WEIGHT BY ABAM KIE . Korang kena betul-betul jujur amanah dan fatonah dalam bab follow menfollow ni. Untuk task yang diberikan pun kena laksanakan jugak. Jangan lah cheating sebab nanti tak genuine pulak result yang keluar. Lagipun bagi mek syarat GA tu tak susah pun. Tekan butang follow, tekan butang subscrice, butang like dan teka berat badan Abam Kie. Dah siap karang entry, publish-kan aje. Takdenya susah nak kena snap gambor ke apa. Takde la jugak kena buat entry sampai nak capai standart SEO. Kalau korang berlatih nak tulis entry SEO, silakan. lagi syok mek baca.
 

JOIN UNTUK TAMBAH KENALAN


Mek suka join GA ni aside daripada dapat hadiah sebenarnya nak kenal-kenal dengan blogger lain jugak. Dulu-dulu masa mek mula-mula join blogger takde sangat GA ni. GA ni start bila masing-masing nak kumpul follower, lepas tu ada yang suka try luck dapat hadiah. Bagi mek takde hal lah apa pun tujuan GA tu dibuat asalkan tidak mencanang blogger lain. Yang tak nak bila follower ni lebih, follower kau korang, mula nak cakap-cakap sindir. No need that ok. Cuba jadi neutral. Apa salahnya follow orang tanda kita dah pernah visit page dia? Apa juga salahnya kalau pakat-pakat kongsi ilmu untuk tarik orang baca blog kita. Jadi, nawaitu kena jaga ye. Jangan jadi benda lain pulak di kemudian hari. Join untuk fun, join untuk eratkan ukhwah. Yang tak kenal, boleh jadi kawan nanti.


Korang dah join ke belum GA Abam Kie ni? Mana lah tahu rezeki kita-kita ada dalam GA Abam Kie ni. Tapi kalau takada pun takpe, asalkan kita semua dapat kenal antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi. Mek nak tanya pendapat korang lah, kalau join GA, korang biasa aim apa? Hadiah atau wang tunai? Kalau mek memang aim wang tunai. Mind to share di komen ye ❤


Sekian ..

4 comments

  1. goodluck! sha nak join lupa pulak haha

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidiladha Mek.. Semoga ada rezeki Mek dalam GA ni..
    LZ pun sependapat dengan Mek, suka join GA sebab nak tambah kenalan dan eratkan ukhuwah.. Tak salah pun Follow each other.. LZ setuju apa yang Mek nyatakan 200%..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih byk2 sbb sudi menyertai GA yg abam kie anjurkan. I really appreciate your effort and support. Keep it up and Good Luck! Panjangnya mek beleber ari ini. Tapi abe kie suka sbb mek tulo promote blog abe kie n=yg suam2 kuku ni. Salam Aidil Adha.

    ReplyDelete