FLOWER CHIMP UNGKAP KATA KATA TERPENDAM MELALUI KUNTUMAN BUNGA

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Dulu pernah jugak merajuk dengan spouse, lepas tu kononnya expect dia akan datang dan pujuk dengan bunga. Korang rasa, menjadi ke tak? Memang tak jawapannya. Mek pulak yang kena request, nanti datang jumpa mek kena bawa bunga sebagai tanda maaf. That time la. Sekarang, kalau nak harapkan dia beli bunga untuk pujuk atau sambut apa-apa pun, lagi la tak endah.

Entah kenapa, mek sendiri sebagai perempuan merasakan ada dua jenis lelaki yang kat atas dunia ni. Kalau dah sweet tu, tahap kencing manis tak boleh discaj ward. Kalau yang jenis tepu, kalau suruh dia beli pun dia tak endah. So guys, mek mewakili kaum perempuan nak cakap yang bunga ni kalau korang beli untuk kami, hati kami ni akan makin berbunga-bunga sayang dekat awak.

JAMBANGAN BUNGA FRESH


Bunga FRESH adalah bunga yang terbaik untuk mengucapkan penghargaan kepada seseorang. Tak kisah lah penghargaan yang macam mana, samada luahan cinta atau luahan terima kasih. Tapi sebenarnya ada banyak lagi kata-kata yang boleh dizahirkan dengan sejambak BUNGA. Mek pasti korang pun tahu kan sekarang banyak dah dekorasi bunga untuk sampaikan maksud. Contohnya kalau opening kedai, gubahan dan hiasannya tidak sama macam maksud luahan cinta. Nak bawak bunga untuk orang sakit, tak sama macam nak bagi time opening kedai. Tapi satu yang mek pasti iaitu FRESH FLOWER mampu menambat hati setiap penerima. Mana taknya, dengan kesegaran dan haruman semulajadi bunga tu akan buat penerima lebih tenang dan mood mereka makin ceria.

HANTAR PADA HARI YANG SAMA


FLOWER CHIMP memang menjanjikan penghantaran pada hari yang sama jika payment bunga yang korang pilih tu dibuat sebelum jam SATU TENGAHARI. Contohnya, bangun pagi terlupa nak wish BIRTHDAY, atau pagi tu dekat office la baru teringat hari ni birthday yang tersayang (tu pun FB yang tolong ingatkan), si pasangan dah pun merajuk. Jangan risau FLOWER CHIMP akan bantu korang untuk deliver FRESH FLOWER pada hari yang sama juga. Haa, nampak la sikit macam korang sebenarnya dah plan a day before untuk birthday yang tersayang. Tak gitu? Daripada hati yang membuak-buak nak marah, bila FRESH FLOWER by FLOWER CHIMP ada depan mata, terus berbunga-bunga hati. Dah bagi bunga, boleh la celebrate lunch atau dinner pulak.

SEJARAH FLOWER CHIMP


Disebalik FLOWER CHIMP bukanlah seorang perempuan yang menjayakannya namun dua orang lelaki yang gentlemen gitu. Mek boleh rasa yang diaorang ni memang jenis sweet tahap kronik. Bermula pada 2016, Lotz dan Frassa mengambil inisiatif untuk membuka peluang kepada orang ramai supaya orang ramai dapat menzahirkan ucapan yang terpendam melalui jambangan bunga kerana bagi Lotz dan Frassa, bukan setiap orang dapat luahkan apa yang mereka rasa dengan sebaik mungkin. Lagipun, untuk tunggu inisiatif diri sendiri untuk mengutip bunga dan buat sejambak macam tu, mungkin tidak sama sekali kecuali korang memang jenis suka tanam bunga. FLOWER CHIMP dapat membantu kita semua untuk masalah itu. Hebat betul idea Lotz dan Frassa ni.

MENCERIAKAN HARI YANG TERSAYANG


Siapa je yang tak suka bila terima bunga walaupun kadang ada yang menyifatkan bunga FRESH hanya sementara. Tapi maksudnya itu lebih memberi memori kepada seseorang menyebabkan bila kita menerima kuntuman bunga, mood ceria akan menjelma. Membahagiakan hati yang tersayang, bukan takat yang tersayang je gembira, hati kita yang memberi juga akan turut gembira. Barulah harmoni perhubungan. Tak dinafikan, memang ada perempuan atau lelaki yang tak sukakan bungaan. Tapi sekali sekala apa salahnya. Lagipun dengan hiasan bunga FRESH oleh team FLOWER CHIMP akan buat orang yang tengok terus sejuk hati. Who will reject the beauty of nature, kan? Jadi jangan keberatan untuk dapatkan perkhidmatan FLOWER CHIMP dan deliver kepada kesayangan anda.


Korang boleh ke WEBSITE FLOWER CHIMP untuk sebarang pembelian bunga. Atau korang boleh USHA FB FLOWER CHIMP untuk tengok-tengok, ambik mood dulu sebelum membeli. Antara pembaca mek, siapa yang suka jambangan bunga fresh? Dan pernah ke korang terima jambangan bunga yang fresh? Tak kisah la daripada siapa pun. Mind to share ye ❤


Sekian..

3 comments

  1. bestnyee lahai kan kalau dapat munge munge ni =D

    ReplyDelete
  2. Bukan setakat happy...bunga2 je hati ni haa kalu dapat

    ReplyDelete
  3. Bestnya ada service macam ni :)

    Btw nice blog, dah lama tak tengok blog yang ada daun berguguran hehe

    ReplyDelete