FADILAT PUASA PADA 09 ZULHIJJAH

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger dan kaum muslim sekalian ..

Pejam celik dah pun masuk Zulhijjah. Memang sinonim dengan musim Haji dan juga ibadah korban. Terdahulu mek dah kongsikan HARGA SEBAHAGIAN LEMBU UNTUK IBADAH KORBAN 1439H . Kali ni rasanya terpanggil juga untuk menulis another side yang kita perlu ambik berat pada Zulhijjah. Sebagai ingatan pada diri kita yang alpa dari tahun ke tahun.

Dulu masa dekat sekolah memang seronok benda-benda macam ni sebab kita buat beramai-ramai dan ada ustazah dan ustaz yang terangkan kepada kita dalil-dalil terjadinya perkara dan amalan pada bulan-bulan Islam. Tapi sekarang bila dah survive sendiri di dunia luar, memang kena ambik inisiatif sendiri untuk kesedaran. Kalau tak memang akan hanyut ke lautan hindi.

DOSA SEBESAR PASIR DIHAPUSKAN


Menurut Riwayat Muslim, berpuasa pada 09 Zulhijjah atau lebih dikenali dengan Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa kita setahun yang lalu dan juga yang akan datang. Maksudnya dosa kita walaupun sebesar pasir akan dihapuskan dan tidak terkecuali. Allahu, besar rahmatnya tu. Dosa yang tidak terhapus hanya dosa kita sesama manusia. Selagi tidak dimaafkan, maka masih lagi dalam berkeadaan tergantung tidak selesai. Tapi Puasa Arafah ni salah satu rahmat Allah bagi dekat kita untuk kita rebut supaya dosa kita terampun. Nak bangun bertaubat tiap-tiap malam, semuanya agak liat. Jadi 09 Zulhijjah ni adalah peluang terbaik untuk kita sucikan diri kita, mempersiapkan diri kita untuk ke syurga. Harapnya lepas ni, dosa kita makin berkurang dan amalan baik bertambah-tambah.

WAKTU MUSTAJAB DOA PADA ZULHIJJAH


Ini yang mek terima daripada spouse semalam. Tak tahu dia dapat daripada mana yang pasti bukan tulisan dia. Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk berpuasa pada 09 Zulhijjah, ada peluang lain untuk korang tambah pahala korang iaitu dengan BERDOA pada waktu ZOHOR hingga MAGHRIB mengikut waktu Saudi Arabia atau lebih selesa waktu Mekah. Jadi kita di Malaysia berganjak sebanyak 5 jam jadi waktu mustajab doa untuk Malaysia adalah daripada jam 5.24 petang hingga 11.47 malam. Tapi apa-apa pun, tak kisah waktu mustajab doa ada tempoh tertentu, sepanjang 09 Zulhijjah ni berdoa lah sebanyak mungkin. Berdoalah sesungguh hati. Allah maha mendengar. Kalau boleh dijadikan amalan setiap hari lagi elok. Semoga kita semua diberkati oleh Allah swt.

KEADAAN DI ARAFAH PADA 09 ZULHIJJAH


Sedikit perkongsian yang mek tahu pada tarikh 09 Zulhijjah yang mana para Haji akan berwukuf di Arafah pada tarikh ini. Arafah ni adalah tempat Nabi Muhammad menyampaikan pidato baginda yang terakhir kepada umatnya. Pada tarikh ini, para Haji akan berhimpun di Arafah untuk melakukan beberapa perkara seperti solat dan puasa. Tempoh wukuf pula daripada waktu Zohor hingga Maghrib. Dalam tempoh tersebut memang para Haji digalakkan untuk melakukan ibadah sunat seperti solat, zikir, dan berdoa kerana pada waktu tersebut segala doa akan diangkat terus ke langit tanpa sebarang hijab. Disebabkan itu kita juga yang berada di negara lain yang bergelar ISLAM turut diperingatkan untuk melakukan ibadah yang sama supaya sama-sama dapat keampunan daripada Allah swt.

PERKARA SUNAT LAIN PADA HARI ARAFAH


Seperti yang mek tulis pada perenggan atas tadi, pada hari Arafah ni kita digalakkan untuk berzikir, berdoa, baca quran, solat sunat dan paling minimum yang boleh kita buat pun menjaga pertuturan. Sebenarnya kita digalakkan untuk buat amalan-amalan tersebut secara harian. Semua tu penyumbang pahala kepada bekalan di akhirat kelak. Semua berharap nak masuk syurga kan? Jadi time Allah bagi kita peluang untuk dapatkan 'bonus pahala', jangan lepaskan peluang keemasan ni. Mungkin hari Arafah tahun depan kita dah takada. Gunakan lah peluang yang ada sebaik mungkin. Antara lain yang korang boleh adalah dengan mengajak rakan taulan untuk turut serta dalam ibadah-ibadah sunat tadi. Buat beramai-ramai, lagi seronok, kan? Kalau dekat office, berjemaah dalam musalla. Senang hati. 


Korang ada any others info yang korang tahu mengenai fadilat puasa Arafah? Mind to share di komen ye ❤


Sekian ..

5 comments

  1. Alhmadulillah, semoga kita dapat beramal

    ReplyDelete
  2. terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  3. syukran...jom rebut peluang yg hadir setahun sekali..

    ReplyDelete
  4. salam mek. ingat saya lagi ke hehehe..lama sudah tidak menulis blog harini baru berkesempatan blog walking. btw... nice entry and good sharing :)

    ReplyDelete