BERCUTI KE GRAND ION DELEMEN GENTING HIGHLANDS DENGAN KAD BSN

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Otak ni dah macam mintak untuk mek rehat dan pergi ke satu tempat yang boleh tidak memikirkan sebarang benda yang serabut. Tapi sounds macam alam barzakh la pulak kalau sebut macam tu. Tapi mek pasti korang pun kalau nak bercuti, mesti nak ke satu tempat yang korang boleh rehat dengan kadar agak puas which means tidak mengganggu percutian korang.

Kalau bercuti juga mek nak satu tempat yang ada semuanya. Tak perlu bersusah payah jauh-jauh nak kena travel sana-sini. Mungkin sebab mek ada anak yang masih kecil so kalau boleh nak limited-kan pergerakan. Kalau bercuti memerap dalam hotel aje pun tak seronok juga. Tapi kalau bercuti tapi balik rumah makin jadi penat, pun tak nak jugak. So, percutian mestilah dalam keadaan santai.

GRAND ION DELEMEN BERTARAF 4 BINTANG


Mek tak pernah tahu pun hotel ni wujud sebenarnya. Maklumlah, GENTING HIGHLANDS dengan KELANTAN bukanlah selangkah negeri sahaja. Kena berliku tanpa highway yang sempurna baru selamat tiba. Tapi bila mek dapat tahu tentang GRAND ION DELEMEN GENTING HIGHLANDS, terus mek selongkar website dan FB diaorang untuk dapatkan info. First thing come out daripada mulut mek adalah 'perghhh'. Mungkin sebab apa yang mek impikan tempat percutian tu ada pada GRAND ION DELEMEN GENTING HIGHLANDS. Mek tak nak tempat yang sibuk di ibu kota. Bagi mek, itu tempat untuk kita shopping nak beli barang-barang sekali-sekala boleh la. Tapi kalau percutian mesti nak tempat yang mendamaikan. Nak tempat yang tenang untuk release-kan stress.

DISKAUN TERHEBAT DENGAN KAD BSN


Bila mek dapat emel tentang promosi bagi pengguna kad BSN, mestilah mek excited atau dalam bahasanya adalah teruja sebab mek antara salah seorang pemegang dan pemilik kad BSN. Secara automatik mek layak untuk dapat rate seperti yang tertera. Siapa tak nak grab the chance oi bila beza satu bilik sampai RM340 ! Boleh sewa lagi satu bilik atau lagi satu malam. Bagi yang masih clueless samada pemegang kad jenis apa yang layak untuk promo ini jawapannya adalah SEMUA PEMEGANG KAD BSN tak kisah samada KAD KREDIT atau KAD DEBIT asalkan ada logo BSN yang baharu pada kad yang anda miliki dan anda layak untuk dapat rate tersebut. Mudah bukan? Paling penting semasa membuat pembayaran haruslah swipe menggunakan kad BSN.

NIKMATI PERCUTIAN DI AWANGAN


Dengan ketinggian 1,740 meters daripada aras laut, sememangnya menjanjikan pemandangan yang cantik dan tentunya akan mendakap tubuh anda dengan angin sejuk semulajadi. Mek dah boleh bayang bila selak langsir dari dalam bilik, mesti menghijau dengan pokok-pokok dan beberapa kepul awan yang mencantikkan lagi pemandangan. Dan mek juga boleh dengar kicauan burung yang merdu seolah menyambut kita semua datang ke GRAND ION DELEMEN GENTING HIGHLANDS. Mesti anak-anak teruja untuk sit back and relax dekat atas katil empuk sambil tengok TV. Dengan internet access dari hanya dalam bilik, boleh la mek layan blog mek untuk taip entry dengan tenang hati sambil hirup teh atau kopi panas yang disediakan di dalam bilik. Seronoknya !

REHATKAN MINDA DISAMPING MENCIPTA MEMORI


Bercuti menjadi hampir satu kemestian kepada semua orang sekarang. Tak kisah surirumah atau bagi mereka yang bekerja. Bercuti adalah ruang untuk kita semua tengok satu sudut yang lain. Maksud mek, bukan sekadar check in hotel tidur dan balik ke rumah. Tapi perjalanan, pemandangan dan another sight seeing yang hanya kita sahaja mengerti (read between the lines), memang akan REFRESH-kan otak kita yang dah hampir tepu menjadi robot jalani rutin harian. Contohnya kalau korang bercuti ke GRAND ION DELEMEN GENTING HIGHLANDS, boleh lah korang terjah GENTING HIGHLANDS THEME PARK, GPO dan seangkatan dengannya. Tak semestinya kena shopping, cukup tengok dan beli ikut kemampuan pun dah tersangat ok.


Korang dah pernah ke GRAND ION DELEMEN GENTING HIGHLANDS? Apa pendapat korang? Bagi mereka yang sama macam mek, first timer nak fikir-fikir dulu boleh tengok WEBPAGE GRAND ION DELEMEN GENTING HIGHLANDS atau korang boleh jugak FOLLOW DAN LIKE FB GRAND ION DELEMEN GENTING HIGHLANDS . Nanti share di ruangan komen ye kalau ada apa-apa info nak bagitahu ❤


Sekian..

3 comments