AIR ASAM PERUT VERSI NOXXA

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Masuk je musim daging korban ni mesti dalam kepala ada pelbagai menu untuk masak pada hujung minggu. Stok lauk dalam peti ais memang cukup sampai ke Oktober gamaknya. Alhamdulillah, rezeki untuk kita semua. Sama-sama dapat merasa daging korban. Walaupun mek hanya masak on weekend (itu pun amat jarang sekali) tapi agak pening juga nak fikirkan menu yang bersesuaian.

Mek semestinya akan memikirkan menu yang ringkas dan cepat sebab Amzar memang tak boleh kalau mek duk bersilat di dapur. Mungkin dia rasa terancam bila mek tinggalkan dia dengan kakak di luar untuk main mainan. Kalau nak tunggu diaorang tidur baru nak masak, boleh juga tapi biasanya mek terlena sama bila duk tepuk sambil layan upin ipin dengan depa. Sudahnya berlapar macam tu je.

AIR ASAM PERUT PEMBUKA SELERA


Dengar perkataan Air Asam tu pun dah boleh bayang betapa bestnya kalau dihidangkan dengan nasi yang panas-panas. Mesti berselera makan bertambah-tambah. Disebabkan itu mek rasa memang betul antara menu yang boleh membuka selera bila dah tak tahu nak masak apa atau dah tak tahu nak makan apa, Air Asam Perut adalah the best choice. Bagi mek kalau dah takada lauk sampingan pun takapa dah. Just go dengan Air Asam Perut dah cukup untuk terlebih kenyang. Dulu-dulu mek pun tak suka dengan lauk yang berasaskan perut lembu sebab sometimes berbau. Tambah pulak mek rasa tak best sebab dia kenyal macam tu. Lately ni je mek rasa sedap jugak Air Asam Perut nih. Mungkin sebab bila makan tak berbau so rasa tekak boleh telan dah. Boleh menikmati dengan baik.

BAHAN YANG SIMPLE


Aidiladha dah pun berlalu dan rezeki mek dan spouse dapat jugak perut lembu yang mentah untuk stok kami berdua. Sebelum ni tak pernah kisah pun stok perut atau daging sebab mek memang tak masak. Sekarang dah ada Noxxa tapi bila kau beli tak guna untuk masak, diibaratkan macam bakar duit macam tu aje. Nak tak nak kena ambik tahu pasal lauk pauk ni. Dah dapat perut first thing yang keluar menu semestinya Air Asam. Bila google resipi kemain lagi mudah penyediaan Air Asam ni. Apa yang penting sedikit cuka, beberapa biji limau nipis, dua tiga ulas bawang merah, sebiji bawang besar, dua tiga tangkai lada, sos cili untuk merahkan kuah plus nak manis pedaskan kuah Air Asam Perut - dah cukup bahannya. Boleh la korang campak semuanya dan tunggu perut tu jadi lembut.

MESRA MASA


Mek buat Air Asam perut hari tu memang menggunakan perkhidmatan Noxxa juga. Everything masak memang pakai Noxxa sebab mek boleh tinggal and jaga Amani dan Amzar. Maknanya kalau terlena pun takapa. Tak kering kuah atau hangit kita punya masakan. Untuk Air Asam Perut ni mek just High Pressure selama 30 minit dan hasilnya memang lembut yang amat ! Bagi korang yang suka kenyal-kenyal mek sarankan buat 25 minit je. Disebabkan mek ada anak kecik so kena buat yang versi lembut punya. Untuk korang yang buat dengan dapur gas sekalipun rasanya tidak mengambil masa yang lama sebab ada mek baca dalam blog siapa entah dalam 15 hingga 20 minit dah boleh hidang. Mungkin dia guna tahap api yang besar kot sebab tu jadi secepat itu. Tapi apa pun, cepat.

MENU POPULAR KETIKA AIDILADHA


Air Asam Perut ni juga antara rating yang tinggi pada Aidiladha. Pada hari biasa mungkin jarang-jarang sangat orang terlintas nak masakkan perut air asam buat dinner. Jadi, menu perut air asam ni boleh lah korang list-kan untuk lunch atau dinner bersama sahabat handai atau kaum keluarga sepanjang Aidiladha ini. Asyik hirup sup, buat singgang, bakar daging - lama-lama muak jugak. Kalau nak berlaukkan yang masam-masam buat hilang loya, perut air asam is the best one. Lagipun seperti yang mek cakap tadi la, menu ni amat simple bahannya dan cepat pulak nak siapkan. Kalau kawan-kawan datang nak bertandang ke rumah memang boleh buatkan air asam untuk diaorang. Cuma ada jugak dalam kalangan kita ni tak makan perut lembu atau sebarang perut, so be careful. 


Antara yang baca ni ada tak yang tak suka makan perut lembu? Atau korang ada pengalaman buruk bila makan perut lembu. Korang ada cara lain ke untuk buat Air Asam Perut ni? Kalau ada boleh la share di ruangan komen. Boleh mek try next time pulak cara korang buat tu ❤


Sekian ..

8 comments

  1. uish perut ni makanan fav makcik sha ni, sedihnya sha takmakan tapi nampak sedap!

    ReplyDelete
  2. nampak terliur la air asam tu mek. tak pernah merasa , pos sini sikit

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa mek. Lama tak buat ni.

    ReplyDelete
  4. dalam banyak2 resepi air asam memang yang dengan perut je reti makan hehe..

    ReplyDelete
  5. Aduhai, sedapnyer lah kalau dpt merasa ni, Mek.
    Pressure cooker memang byk bantu kita. Dari dulu penggunaannya memang best.

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan . tapi Nampak sedapp. yumms

    psst Nampaknya kena beli Noxxa satu ni. hehehe

    ReplyDelete