4 FAKTA YANG MENARIK TENTANG MALAYSIA

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Pejam celik dah pencen umur Malaysia ni. Memang kena dengan pertukaran kerajaan baru tu. Tapi macam biasa lah, kepincangan dalam pentadbiran tetap ada. Manusia, bukannya malaikat. Tapi jurang untuk kepincangan tu perlu lebih kecil berbanding dahulu demi kesejahteraan rakyat bersama. Rakyat memilih untuk yang terbaik bagi diri sendiri dan keluarga jadi pemimpin perlu lah bantu kami semua.

Macam mana sekalipun corak pimpinan baru dan lama, Malaysian wajib bersyukur dengan rahmat keamanan yang terhidang ini. Pergolakan politik tu memang di semua negara pun ada tapi itu bukan alasan untuk rakyat berdiam diri. Cuma kita di Malaysia patut bersyukur dengan lebih sebab sebenarnya pemimpin terdahulu banyak mereka bentuk sehingga menjadi terbaik di mata dunia.

MERDEKA KALI KE 61


MERDEKA dengan Malaysia Baru memang memberi satu nafas yang cukup baru dan segar kepada rakyat Malaysia. Ada yang marah ke mek buat statement macam ni? 70% rakyat telah memilih kerajaan sekarang itu dah cukup untuk membuktikan rakyat memerlukan pemimpin yang telus dan tulus dalam pentadbiran negara. Netizen biasa macam kita ni paling tidak terasa dengan kesempitan kehidupan harian je. Tapi disebabkan kesedaran itu dan taburan janji kerajaan baru membuatkan kita sebagai rakyat memilih yang lebih selesa dengan keadaan semasa. Pun begitu kerajaan sekarang tidak boleh berlapang dada dengan pemilihan ini dan mentadbir negara dengan tidak mengikuti janji-janji, kerana rakyat juga berhak memilih pada 5 tahun akan datang. So, be wise and honest.

BULATAN @ ROUNDABOUT YANG TERBESAR DI DUNIA


Paling mek tak sangka adalah roundbout terbesar di dunia berada di Malaysia ! Hebat betul Malaysia dan siapa punya idea nak buat Bulatan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau lebih mesra roundbout Putrajaya. Dengan ukur lilit 3.4 meter sekaligus menjadikan ianya yang terbesar pernah diciptakan. Idea ni dicetuskan oleh Tun M ketika lawatan kerja beliau di Paris yang mana ketika itu ada perarakan Hari Bastile. Seperti biasa Tun M memang suka kalau inovatif dan kreativiti barat ada di Malaysia so dia pun plan la buat roundbout ni. Sekurang-kurangnya ada 15 atau lebih laluan untuk masuk dan susur keluar daripada Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ni. Mek sering jugak duk lalu lalang kat sini tapi tak pernah berhenti nak ambik gambor.

POKOK GETAH TERTUA DI MALAYSIA


Pokok Getah yang berasal daripada England ni antara sembilan pokok getah asal yang mula-mula ditanam pada tahun 1877. The only yang stand sehingga kini adalah yang ini - terletak berhampiran di Majlis Daerah Kuala Kangsar. Pokok getah ini adalah salah satu bukti kemasukkan anak getah ke Perak pada tahun 1877 bagi pihak British mengembangkan ekonomi Malaya pada tahun itu. Kini industri getah ni dah jadi salah satu sumber utama kepada ekonomi Malaysia. Mek sendiri pernah lalu di Kuala Kangsar, tapi tak pernah singgah bandar Diraja tu. Teringin jugak nak singgah Masjid Kuala Kangsar dan kalau boleh nak jugak bergambar di pohon getah tertua ni. Pohon getah ni dah hidup selama 141 tahun di muka bumi ini. Alhamdulillah masih lagi hidup subur merimbun daunannya.

JABATAN GANTUNG PALING TINGGI DI DUNIA


Ini kalau search dekat google memang susah nak dapat info. Nasib lah Hot FM kongsikan hari tu so boleh la mek tulis untuk pengetahuan kita semua. Jabatan gantung paling tinggi di dunia berada di Sabah. Iye, di Gunung Kinabalu. Dengan ketinggian 3600 meter daripada aras laut, memang takada lagi jambatan di dunia ni boleh tandingini ketinggian jambatan gantung di Gunung Kinabalu ni. Panjang untuk jambatan gantung ni pula adalah 22 meter di lereng bukit. Jambatan ni agak tidak famous sebab ianya boleh diakses sekiranya korang ke Kem Lata Raban terlebih dahulu. Mek nak ulas panjang pun sebab mek tak pernah mendaki Gunung Kinabalu. Pernah sampai di kaki gunung je. Memang sejuk tempatnya. Mek rasa kalau diberi peluang pun takkan pernah sampai kot di sini.

POKOK SERAYA KUNING SIPUT TERTINGGI DI DUNIA


Pokok Seraya Kuning, mek pun tak kenal secara depan-depan dengan this pokok tapi bangganya jadi rakyat Malaysia lebih-lebih lagi rakyat Sabahan kerana pokok tertinggi di dunia juga berada di negeri di bawah bayu ini. Dengan ketinggian 89.5 meter, tiada lagi pokok tropika yang boleh challenge this ketinggian. Ketinggian ni adalah lebih kurang sama dengan menara jam Big Ben di London. Satu mercu tanda yang ikonik. Diameter atau ukur lilit untuk Pokok Seraya Kuning ni berukuran 40.23 meter yang mana hampir sama luas dengan satu pintu gol. Memang besor ler kalau nak peluk. Pokok ini dikesan menjadi tertinggi di dunia dengan secara tidak lansung kerana Asner (seorang pengarah pengambaran 3D) menggunakan satu alat untuk scanning lalu menjumpai Seraya Kuning.


Hebatkan Malaysia? Yang semulajadi, yang dicipta menempah nama di mata dunia. Bangga jadi anak Malaysia. Lebih bangga Islam agama paling atas di Malaysia. MasyaAllah. Korang pernah tahu ke sebelum ni tentang fakta-fakta yang mek listkan? Nanti komen di bawah ye kalau ada fakta lain yang menarik untuk dikongsikan bersama ❤


Sekian ..

8 comments

  1. Kami telah mendengar banyak cerita peminjam dalam talian palsu yang akhirnya menipu orang yang tidak bersalah daripada wang kecil mereka yang susah payah semua dalam menyamar membiayai mereka secara dalam talian, mereka datang dengan segala macam tuduhan hanya untuk menilai orang yang tidak bersalah, tetapi kejahatan berkembang apabila baik jangan bisu, sebab itu di syarikat pinjaman rossa stanley kami telah memutuskan untuk mengejar mereka dari sini dengan keluar dengan proses pinjaman sebenar dan asli, di rossastanleyloancompany kami menawarkan pinjaman kecil dan berat kepada,
    Individu,
    Badan-badan korperat,
    Bank kecil,
    Kontraktor,
    Petani,
    Pelajar,
     Tidak kira keperluan kewangan anda, syarikat pinjaman rossa stanley yang disokong oleh UNESCO berada di sini untuk memulihkan kewarasan kepada dunia pinjaman, untuk keperluan kewangan anda tidak kira berapa kecil atau besar yang menjangkau kita sekarang untuk maklum balas segera

    Teks & Panggilan sahaja +12133153118
    Whatsapp hanya +19145295708
    E-mel rossastanleyloancompany@gmail.com
    Kami memberi pinjaman pada kadar faedah standard 2%


    Kami mempunyai testimoni di mana-mana tidak takut, kami keluar untuk membantu anda menghadapi cabaran kewangan anda hubungi kami hari ini dan anda akan gembira yang anda lakukan.

    ReplyDelete
  2. Nice sharing.. Ada banyak lagi yang boleh kita banggakan seperti perayaan tiap tahun, di Malaysia ni ada pelbagai budaya. Tarikan alam semula jadi pun banyak.. Macam air terjun Chemerong, lawa situ dan ia antara air terjun yang tertinggi di Asia

    ReplyDelete
  3. Rasanya kalau Nani pun gayat nak naik jambatan gantung tu. Hahaha! Seramnya tengok, belum naik lagi.

    ReplyDelete
  4. 3 daripada fakta nie, akak baru tau dan akak pun bangga menjadi anak Malaysia...

    ReplyDelete
  5. Tq for sharing mek. Bulatan putrajaya tu pernah buat aida sesat tau hi hi hi... Patutlh pun. Terbesar di dunia!

    ReplyDelete