3 SOALAN YANG HANYA NABI MUHAMMAD SAHAJA BOLEH MENJAWABNYA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Dunia teknologi sekarang ni buat kita makin senang untuk tambahkan ilmu. Tak lupa juga untuk tambah dosa. Tapi kalau dah sedar apa yang kita buat tu berdosa, segeralah ubah. Allah maha penerima taubat. Peringatkan diri, dunia hanya persinggahan untuk kita kekal abadi di syurga. InsyaAllah. Jadi kalau boleh search something yang bermanfaat untuk diri dan keluarga kita.

Satu malam bila semua anak dah tidur, tetiba spouse tunjukkan mek satu video. To be honest, mek tak kenal pun siapa  Dato' Ust Shamsuri ni and tak pernah pun follow ZON KULIAH di FB. Biasa yang mek tengok Ebit Lew and yang mana lalu lalang di timeline mek je la. Bila mek tengok video yang ditunjukkan oleh spouse mek, ada antara soalan ini memang mek dah tahu dan ada yang tak tahu.



3 SOALAN YANG HANYA NABI MUHAMMAD SAHAJA BOLEH MENJAWABNYA

Soalan ini sebenarnya diajukan oleh seorang yahudi yang mana pada zaman tersebut, yahudi ini dikategorikan sebagai ahli kitab injil. Siapa yang tak kenal dengan si yahudi ini. Kerana dia menghafal dan memahami isi kandungan injil, maka dia percaya akan datangnya seorang Nabi bernama Muhammad dan memang dia menunggu-nunggu saat itu tiba. Dia nak bertanyakan soalan :

1. Apa yang akan berlaku pada hari kiamat?

2. Makanan pertama untuk ahli syurga?

3. Anak ada mengikut rupa ibu dan juga ayah. Bagaimana ianya boleh terjadi?


Soalan ini memang hanya Nabi Muhammad sahaja yang boleh menjawabnya. Bila si yahudi mengetahui tentang kedatangan Nabi Muhammad ke Yemen atau Syria pada hari ini, maka si yahudi ini adalah tetamu pertama yang mengunjungi rumah Nabi Muhammad. Punya dia tak sabar nak tahu adakah ini nabi yang dikatakan di dalam injil. Dan seraya bila ditanya, Nabi Muhammad menjawab :

'Oh, baru sebentar tadi Jibril datang dan memberitahu jawapan itu kepada ku.'

Apa yang akan terjadi bila tibanya kiamat



Datangnya api daripda perut bumi dan mengejar manusia. Manusia akan berusaha untuk lari daripada bencana api tersebut semampu mereka boleh. Mereka yang beriman akan mengingati bahawa ini adalah petanda kiamat dan bagi mereka yang tidak bertaqwa akan merasakan ini adalah bencana dunia sedangkan dunia menghampiri kiamat. Allahuakhbar. Semoga kita tidak lalai mengingati.

Makanan pertama untuk ahli syurga



Makanan pertama yang akan dijamu kepada ahli dan penghuni syurga adalah hati ikan. Mek tak tahu kenapa tapi itu jawapan ringkas Nabi Muhammad kepada si yahudi tadi. Sebelum ni mek pun tak tahu ikan ni ada hati. Apa yang mek tahu dia ada insang je. Dulu tak belajar sangat bab ikan. Menyiang ikan lagi lerr buat jarang-jarang (seldom). Mana nak kenal hati ikan macam mana rupa.

Wajah anak mengikut rupa bapa atau ibu



Muka anak akan mengikut air mani siapakah yang keluar dahulu kita berlakunya jimak antara suami dan isteri. Ini pun jawapan simple daripada Nabi Muhammad tapi sehingga sekarang memang takada bukti atau kajian daripada saintis. Yang kita tahu muka hidung mata rambut tu semua mengikut genetik DNA siapa yang paling kuat. Tapi sains tak boleh buktikan seperti Nabi Muhammad katakan.

Selepas mendengar segala jawapan Nabi Muhammad, maka si yahudi berpuas hati kerana apa yang dikatakan Nabi Muhammad itu hanya dapat dijawab oleh nabi terakhir sahaja. Si yahudi tersebut terus mengucap dua kalimah syahadah di depan Nabi Muhammad dan terus beriman kepada Allah swt dan dia akur bahawa Muhammad adalah nabi yang terakhir di utuskan oleh Allah swt.

**********

Korang pernah dengar tak ceramah ni before? Mek seriusly tak pernah dengar. Macam keadaan kiamat tu memang biasa sangat dengar sebab di sekolah pun memang kita belajar bab kiamat ni, kan. Tapi makanan ahli syurga dan muka mengikut siapa tu memang tak pernah dengar. Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk kita sama-sama tahu sebelum kita meninggalkan dunia sementara ni ❤


Sekian ..


Jangan lupa like dan follow FB MEK

3 comments

  1. Tak pernah dengar ceramah pasal soalan ni sebelum ni. Ustaz tu quote dari hadis sohih ke ni mek?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dapat ilmu baru harini. saya pun tak pernah dengar jugak perkara kedua dan ketiga

    ReplyDelete