ZALORA DISKAUN 15% DENGAN KAD BSN

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

DISKAUN BERGANDA DENGAN KAD BSN



Untuk mereka yang GEMAR shopping di ZALORA ada berita baik ! Dan berita baik ni jugak khusus untuk mereka yang memegang KAD BSN tak kisah samada KREDIT KAD ataupun DEBIT KAD as long ada logo BSN di kad tersebut - anda layak menikmati 15% POTONGAN dengan pembelian RM120 ke atas. Mek tolong kirakan ye, kalau korang membeli RM120, dengan potongan 15%, korang just perlu bayar RM102 sahaja ! Jimat RM18 dah wei. Dengan RM18 tu mungkin dapat baju sehelai atau purse ZALORA. PROMO KOD ni sah sehingga hujung tahun ni. Still banyak masa untuk membuat pembelian. Raya haji dah nak menjengah so korang pun boleh start calculating dah. Untuk info lebih lanjut boleh ke WEBSITE BSN .

PILIHAN TRENDY BRAND ZALORA



Korang pun sedia maklum yang ZALORA memang menawarkan gaya yang TRENDY dan boleh menampakkan korang lebih VOUGE dan FRESH. Tapi silap pilih DESIGN, memang bahaya ye. Mek percaya semua orang ada TASTE masing-masing dan salah satu DESIGN yang ditawarkan oleh ZALORA mesti akan menepati citarasa korang. Untuk pembelian menggunakan KAD BSN, korang hanya boleh beli barangan berjenama ZALORA sahaja. Sebab dalam website ZALORA kan ada banyak jenama. So korang hanya boleh pilih yang ada di WEBSITE ZALORA ini sahaja. Katakan lah, korang nak beli jenama ZALIA atau SOMETHING BORROWED - that 15% tidak akan terguna pakai. RM120 pembelian adalah sepenuhnya brand ZALORA.

Korang pemegang KAD BSN, tahu ke tak pasal PROMOSI ni? Kalau tahu, korang dah gunakan peluang ini ke tak? Korang beli apa je dekat ZALORA? Mohon kongsi di ruangan komen ye ❤


Sekian ..

1 comment