TATACARA PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN UNTUK GAJI BAWAH RM4K

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Semenjak diumumkan bahawa semua PEMINJAM PTPTN perlu MENGEMASKINI MAKLUMAT DIRI, ramai yang CALL dan tanya kepada kakitangan PTPTN bagaimana nak UPDATE MAKLUMAT DIRI. Kalau call HOTLINE PTPTN mahu berpuluh-puluh minit menunggu giliran untuk dapat bercakap dengan dia punya CUSTOMER SERVICE.

Sebelum tu, korang kena tahu kenapa pihak KERAJAAN nak kita semua UPDATE MAKLUMAT DIRI. Pada dasarnya pihak KERAJAAN nak bantu rakyat dalam PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN tapi KEWANGAN NEGARA tidak mengizinkan. So, dengan adanya DATA BASE baru bagi PEMINJAM PTPTN, diaorang boleh buat satu KEPUTUSAN YANG BARU.

KUNJUNGI CAWANGAN PTPTPN BERDEKATAN


Spouse mek menyahut seruan KERAJAAN untuk UPDATE MAKLUMAT DIRI dengan harapan, jika kita UPDATE MAKLUMAT DIRI, pihak KERAJAAN dapat bantu kita dengan cara yang lain pula. Tapi untuk masa ini, apa yang perlu anda lakukan sebagai PEMINJAM PTPTN, kalau korang tak tahu NOMBOR PINJAMAN PTPTN korang, boleh lah hadir ke mana-mana cawangan yang berdekatan. Rujuk LOKASI CAWANGAN NEGERI untuk memudahkan urusan korang dengan PTPTN. Untuk spouse, PTPTN di UTC KELANTAN menjadi pilihan sebab kitaorang off WEEKEND dan the only AGENSI KERAJAAN yang bukak adalah di UTC.

KESAN NOMBOR PINJAMAN MELALUI ONLINE



Kalau korang tak berkesempatan untuk ke CAWANGAN BERDEKATAN, korang boleh jugak view melalui ONLINE. Korang boleh baca TATACARA DAPATKAN NOMBOR PINJAMAN PTPTN untuk dapatkan NOMBOR PINJAMAN PTPTN. Antara kaedah lain jugak, korang boleh PM di FB PTPTN . Sebab ada BLOGGER yang request NOMBOR PINJAMAN melalui FB dia layan. So ada dua kaedah lain untuk tahu selain korang ke CAWANGAN PTPTN. Kalau dah malas nak pergi CAWANGAN, malas nak PM FB PTPTN - korang cari je la mana dokumen yang korang tandatangan dulu-dulu. Di DOKUMEN PERJANJIAN tu pun ada NOMBOR PINJAMAN. Kalau yang spouse mek SURAT REMINDER BAYARAN yang latest dia hantar tu pun ada NOMBOR PINJAMAN.

KEMASKINI MAKLUMAT PENDAPATAN



Sudah dapat NOMBOR PINJAMAN, korang klik UPDATE MAKLUMAT DIRI DI SINI dan isilah INFO yang dia mintak tu. TARIKH TUTUP untuk UPDATE MAKLUMAT PEMINJAM adalah pada 25 JULAI 2018 (RABU). Dah takda banyak masa sangat dah. Kalau korang baca info mek bagi ni, kalau tak submit lagi FORM UPDATE tu, sila lah buat sekarang ye. Ada jugak yang mek dengar tak nak update sebab sekarang dia dah POTONG GAJI untuk BAYARAN BALIK. Jangan macam tu ye kawan. Bayar memang tetap kena bayar. Tapi ni adalah salah satu usaha KERAJAAN nak dapatkan DATA FRESH PEMINJAM. So, korang kena la bagi KERJASAMA yang baik. Spouse mek pun buat jugak bayaran 3 tahun sekali dengan KWSP, but still UPDATE MAKLUMAT PEMINJAM.


Pinjaman PTPTN korang dah bergerak ke tak sebelum ni? Apa kaedah bayaran korang? Mind to share ye ❤


Sekian ..

15 comments

  1. Saya buat pinjaman TNB dan YT, TNB dah setel bayar tapi YT belum lagi. Lambatnya nak habis hutang ni..urgh

    ReplyDelete
  2. PEMINJAM PTPTN MESTI PEKA DGN INFO NI YG MEMUDHKN CARA2 PMBYRN HUTANGNYA

    ReplyDelete
  3. ada database, boleh decide utk tindakan seterusnya..

    ReplyDelete
  4. Sha dulu bayar tiap-tiap bulan guna transfer (Mayban2u) tapi lepas tengok macam tak bergerak banyak pun hutang yang dibayar, Sha buat keputusan bayar habis.. Kebetulan ada duit lebih dan kerajaan masa tu tengah promosi diskaun bagi yang nak bayar habis.. Tu yang settlekan terus.. Alhamdulillah dah langsai hutang.. Lega rasanya, bolehlah generasi baru nak sambung belajar..

    ReplyDelete
  5. yg penting ada kesedaran kan mek. berhutang, perlu bayar. dan dgn itu org lain boleh buat pinjaman jugak.

    ReplyDelete
  6. Ana dah kemaskini. Walau tak bergaji skrg ni namun bayar tetap bayar. Hutang kan.

    ReplyDelete
  7. oo..kena update jugak ke..k.fiezz memang dah potong gaji pun skrg ni utk byrn ptptn..ingtkan tak perlu nak update2 ni,hah..adeh...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah sy punya dah selesai.. :)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah dah selesai buat permohonan. tapi menunggu juga la sebab nombor pinjaman yg dalam emel tu takleh nak guna untuk isi permohonan. hehe

    ReplyDelete
  10. Bayar sikit-sikit yang penting kena habiskan hutang.

    ReplyDelete
  11. Silalah bayar kalau dah meminjam.

    ReplyDelete
  12. Selamat mengemaskini kepada semua.. Husniey buat pinjaman dengan Yayasan Terengganu, masih lagi sedang membayar.. Harapnya cepatlah langsai hutang 💪 target setahun dua lagi

    ReplyDelete
  13. aida antara batch pertama buat loan dgn ptptn.
    menyesal. ye le. sign masa tu baru 18 years old kan.
    compare dgn jpa, ptptn masa tu nilai loan lebih byk.
    tak nampak yg kena byr pun byk :) ha ha ha ha
    mak abah aida tak berada, so aida pilih yg nilai byk.
    kalau la masa tu ada ilmu, sure pilih jpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. but alhamdulillah da settle dah ptptn.
      hi hi hi

      Delete