Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Pernah tak antara kita ni merasakan detik dan waktu kena menjaga kaum keluarga kita di hospital? Tak kisah untuk tempoh yang panjang ataupun sehari dua. Apa yang korang rasa? Mek sejujurnya tak ada la pernah jaga keluarga sampai berbulan lamanya. Setakat sehari tu adalah dan tu pun dalam keadaan emergency so sekejap sangat. Tidak sempat merasa nak tidur dengan selesa.
Tapi pernah mek tengok keluarga spouse mek yang terpaksa menjaga bapa saudaranya selama hampir tiga bulan lamanya. Tidur, makan memang nampak macam simple tapi bila dah masuk lebih daripada seminggu, gelisah mula merudung. Dengan kos untuk makan, tempat tidur yang tak selesa dan keselamatan barangan peribadi tak terjaga, memang hati tak begitu tenang.
Pernah tak antara kita ni merasakan detik dan waktu kena menjaga kaum keluarga kita di hospital? Tak kisah untuk tempoh yang panjang ataupun sehari dua. Apa yang korang rasa? Mek sejujurnya tak ada la pernah jaga keluarga sampai berbulan lamanya. Setakat sehari tu adalah dan tu pun dalam keadaan emergency so sekejap sangat. Tidak sempat merasa nak tidur dengan selesa.
Tapi pernah mek tengok keluarga spouse mek yang terpaksa menjaga bapa saudaranya selama hampir tiga bulan lamanya. Tidur, makan memang nampak macam simple tapi bila dah masuk lebih daripada seminggu, gelisah mula merudung. Dengan kos untuk makan, tempat tidur yang tak selesa dan keselamatan barangan peribadi tak terjaga, memang hati tak begitu tenang.
USAHA MURNI RONALD MCDONALD DAN HUSM
29 Julai 2018 bertempat di HUSM Kubang Kerian - Mek bersama-sama 9 lagi BLOGGER PANTAI TIMUR berkesempatan dan diberi peluang untuk rakam detik bersejarah antara HUSM dan juga RONALD MCDONALD atau lebih mesra kalau digelar RMHC di mana pada tarikh ini TERMETERAI JANJI antara dua pihak untuk saling membantu masyarakat yang memerlukan mengikut kemampuan dan port folio masing-masing. Kalau nak mengharapkan satu pihak bukanlah mustahil tapi jika gabungan padu, maka hasilnya akan lebih awesome ! Masing-masing ada kekuatan untuk membantu mereka yang perlukan, yang penting - hasrat murni terlaksana, mereka yang perlukan perhatian dan bantuan dapat secukupnya dan seadanya.
SASAR GOLONGAN B40
Dalam ucapan YBhg Prof. Datuk Dr Asma Ismail, Naib Canselor USM, perbincangan awal dengan pihak Ronald McDonald yang diwakili oleh En Azmir Jaafar selaku Presiden bagi projek RMHC menyasarkan RUMAH TUMPANGAN ini untuk didiami oleh golongan B40. Seperti yang kita semua maklum, golongan yang berpendapatan rendah ini kebanyakkannya memang bekerja dengan income daily basis atau weekly basis. Dan bila menjaga anak yang sakit di wad, mereka semestinya tidak akan hadir untuk bekerja dan pendapatan mereka tiada. Tempoh rawatan untuk pesakit kronik bukan mengambil masa seminggu dua namun mungkin berbulan-bulan dan ada yang bertahun. Itu merupakan main reason kenapa RUMAH RONALD MCDONALD ini perlu ada pada HUSM.
MERINGANKAN BEBAN KELUARGA PESAKIT
Bagi meringankan bebanan mereka dengan kos travelling dan juga kos makan sepanjang berada di hospital bagi menjaga anak mereka, RUMAH RONALD MCDONALD merupakan inisiatif untuk beri KESELESAAN kepada ibu bapa dan penjaga. Tentunya moral mereka juga perlu dijaga bagi memastikan mereka lebih kuat untuk tempuhi apa jua kemungkinan yang perlu mereka hadapi sepanjang tempoh rawatan. Dengan hanya RM 5 bagi satu malam dan berkemungkinan untuk dapat FREE STAY jika mencukupi syarat kelayakan, mek pasti para penjaga akan berasa amat berterima kasih dengan bantuan yang diberikan. Dengan kelengkapan peralatan dapur, mereka juga boleh memasak sendiri mengikut citarasa mereka selain boleh menjaga kesihatan makanan tersebut.
KITA JUGA DAPAT MEMBANTU MEREKA
Korang perasan tak bila pergi ke mana-mana cawangan MCDONALD akan ada tabung kecik berwarna merah di kaunter mereka. Tabung tu sama macam dengan rupa dalam gambar kat atas ni. Tabung ni, hasil KEPRIHATINAN rakyat MALAYSIA, ianya berjaya dikumpul sehingga RM600K setiap tahun ! Dan dana tersebut disalurkan sepenuhnya kepada mereka yang memerlukan. Jangan salah anggap yang RMHC hanya membina penempatan sahaja, mereka juga MEMBANTU DALAM KOS RAWATAN dan PEMBEDAHAN untuk golongan yang memerlukan. See, kadang sepuluh sen yang kita letak dalam tabung, mampu memberi satu nafas baru kepada seorang FIGHTER. Cuba bayang kalau lebih banyak yang kita letak, lebih ramai yang dapat diselamatkan.
SOKONGAN PADU RAKYAT MALAYSIA
MALAYSIAN memang bersatu padu dan ianya telah dibuktikan pada Mei 2018. Kalau benda baik macam ni, lagi la MALAYSIAN sanggup tolong-menolong, kan? A bit favor mek harapkan daripada kalian yang membaca entry mek kali ni, buatlah apa yang termampu untuk bantu mereka yang memerlukan. Just anything that you can. Kita ni lain orang lain kemampuannya. So, SPREAD THE NEWS supaya lebih ramai yang tahu usaha murni sedang dijalankan di sini. SPREAD THE NEWS supaya orang lain juga terbuka pintu hati mereka untuk turun dan bantu mereka yang perlukan. Bila semua dah bersatu-padu, akan lebih banyak dan ramai dapat kita bantu. Ingat, bukan semua yang bernasib baik seperti kita dan tak mustahil kita ditempat mereka satu hari nanti.
USAHA MURNI MEMBERI SENYUMAN
Mungkin kita rasa usaha kita kecil, tapi impaknya mungkin besar bagi mereka yang memerlukan. Contohnya, usaha antara HUSM dan RMHC mampu memberi senyuman kepada ramai orang. Bukan sekadar mereka yang tinggal dan dapat perkhidmatan ini kelak, bahkan kita yang mengetahui usaha murni ini pun tersenyum puas dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana adanya pihak HUSM dan RMHC yang boleh membantu sehingga ke peringkat ini. Mek yakin, tanpa ada nilai dari dalam hati dan jiwa, takkan ada perjanjian sebegini yang termeterai. Semoga usaha semua pihak ini dapat menyelamatkan kita semua di dunia dan akhirat kelak. Dan juga, usaha sebegini memerlukan banyak sokongan - MALAYSIAN you one of these.
Terdetik tak sekali dalam fikiran korang, kalau korang adalah golongan B40 dan merupakan penjaga kepada CANCER FIGHTER, apa yang korang harapkan bantuan daripada mereka yang boleh membantu? Mind to share ya ❤
Sekian ..
alhamdulillah :) semoga mudah ibu bapa semuanya..
ReplyDeleteprogram yg sangat bermakna... bagus sgt buat rumah transit macam ni x perlu susah payah pesakit nak ulang alik.
ReplyDeletealhamdulillah, semoga meringankan beban keluarga pesakit..
ReplyDeleteprogram yang bagus ni dan bermakna ni
ReplyDeletemoga berterusan buat program bermakna ni. tak boleh bayang kalau kita yang berada di tempat dia :(
ReplyDeleteAlhamdulillah, usaha yang murni dari McDonalds. Kena support McD macamni. Jom ke McD mek!
ReplyDeleteBagus usaha McDonalds ini..
ReplyDelete