QAS HOMESTAY DI PELANGI KONDOMINIUM KOTA BHARU

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Hujung minggu lepas, mek dengan SIS HAWA dan SIS GEE adakan pertemuan sesama ADMIN BLOGGER PANTAI TIMUR. Yelah, asyik berbincang dalam WHATSAPP je sesekali tu nak jugak berdepan, berenam mata bertemu. Kalau dah depan-depan ni boleh la sambil menyembang sambil jaga anak. Korang pun tahu kan kalau ada anak takkan nak pegang and mengadapa phone je.

Disebabkan mek dan SIS HAWA dah berlokasi di KELANTAN dan SIS GEE berlokasi di TERENGGANU maka kami cari satu HOMESTAY yang ala-ala percutian buat keluarga kami bertiga di KELANTAN. So anak-anak dan pasangan takde la bosan sangat dengar kami duk menyembang. Maka, pilihan kami untuk kali ini adalah QAS HOMESTAY PELANGI KONDOMINIUM.

QAS HOMESTAY - HOMESTAY DI KONDOMINIUM



Sungguh mek tak sangka mek berpeluang untuk menyewa HOMESTAY yang berKONDOMINIUM. Dulu selalu jugak cakap dekat spouse, kalau kawan-kawan atau sanak saudara tinggal dekat KONDO, mampu la nak merasa suasana KONDOMINIUM tu macam mana. Term KONDOMINIUM tu pun dah melambangkan satu rumah yang agak besar ruangnya untuk kita huni. Sesuai sangat la kalau mek sumbat 3 keluarga ADMIN BLOGGER PANTAI TIMUR dekat QAS HOMESTAY ni. Anak-anak pun akan teruja sebab biasa duduk dekat rumah perumahan je, sesekali nak ke rumah kena naik lif, terasa suasana PERCUTIAN. Bila bukak langsir dari QAS HOMESTAY, nampak pulak pemandangan KOTA BHARU. Syok sangat !

RUANGAN YANG LUAS



Seperti yang mek katakan tadi, term KONDOMINIUM tu dah cukup membayangkan keluasan rumah. Memang betul RUANGAN dalam QAS HOMESTAY ni luas ! Kami 3 keluarga ni semuanya berjumlah 18 orang termasuklah anak-anak kecil dan remaja. Tahu sajalah kan kalau budak-budak yang umur macam Amani dan Amzar, mesti ada sahaja 'program' mereka tersendiri. Tambah pulak ada geng yang sekepala. Macam mek, SIS HAWA dan SIS GEE memang melepak dalam bilik sambil berblogging. Suami pulak duduk dekat ruang TV sambil menyembang dan menonton TV. Anak-anak boleh main SAIDINA di ruangan dekat dengan dapur. So masing-masing ada ruangan sendiri and tak kacau satu sama lain.

BILIK FULLY AIRCOND



Mek pun risau jugak bila menyewa HOMESTAY sebab tak semua HOMESTAY boleh provide bilik FULLY AIRCOND. Di QAS HOMESTAY semua bilik ada AIRCOND. So korang kalau datang sini tak perlu nak berebut nak bilik yang beraircond. QAS HOMESTAY sediakan 3 BILIK TIDUR dan 2 BILIK AIR. Satu bilik yang berkatil QUEEN, bilik kedua SATU QUEEN dan SATU SINGLE dan bilik ketiga SATU SINGLE. Kalau datang in big group macam mek, SIS HAWA dan SIS GEE, korang boleh je bawak COMFORTER atau dikenali sebagai TOTO. Budak-budak memang suka lah dapat tidur dengan geng mereka. Tengok TV sampai ke lewat malam, sambung lagi main SAIDINA, sedor-sedor jam 2 pagi baru diaorang lena.

RUANGAN DAPUR YANG SELESA



Dapur yang disediakan juga cukup dengan PETI AIS, DAPUR dan jugak BEBERAPA BEKALAN MAKANAN. Perkara BASIC seperti HEATER sememangnya ada. Katakanlah korang datang ke QAS HOMESTAY dan berniat nak masak-memasak pun DIBENARKAN dan alatan BASIC seperti FRYING PAN, PERIUK KECIK tu disediakan. Boleh la kalau tapau makanan dan nak panaskan balik dekat QAS HOMESTAY. Macam kami pun semuanya tapau sebab ya Allah 18 orang nak makan dekat kedai memang haru kot. Lagi pulak memang kami nak berehat di QAS HOMESTAY sahaja memandangkan masa yang ada perlu dimanfaatkan sebaik mugkin. Kami just keluar untuk tapau makanan sahaja - meriah makan berhidang beramai-ramai walaupun dapur off that day.

HOMESTAY BERKOLAM RENANG



Korang, mana nak jumpa HOMESTAY yang ada KOLAM RENANG dekat KELANTAN ni. Bila OWNER dia bagitahu yang HOMESTAY ni ada KOLAM RENANG, PLAYGROUND kanak-kanak dan jugak GYM mek macam serius la weih ! Tapi yela, KONDOMINIUM kot mesti ada all this kind KEMUDAHAN right. KOLAM RENANG ni memang ada dua side, satu side anak-anak dan satu lagi side dewasa. Mak-mak pun memang teruja jugak terjun KOLAM RENANG dengan anak-anak. Sambil duk berbincang next plan BLOGGER PANTAI TIMUR, sambil berendam dalam KOLAM RENANG. Dari QAS HOMESTAY, korang dah boleh nampak KOLAM RENANG dari jarak yang dekat sebab QAS HOMESTAY berlokasi di TINGKAT 11 dan KOLAM RENANG di tingkat 10.

LOKASI STRATERGIK



Salah satu sebab mek pilih QAS HOMESTAY adalah sebab berlokasi STRATERGIK. Berlokasi di tepi SUNGAI KELANTAN tentunya menyajikan korang dengan PEMANDANGAN yang cukup cantik tak kira siang atau malam. Selain itu, tempat makan tersohor di KELANTAN juga dekat dengan QAS HOMESTAY contohnya NASI ULAM CIKGU KAMPUNG KRAFTANGAN, hanya berjalan kaki 3 MINIT sahaja. WARUNG POK MAT SUP KEPALA IKAN TEH TARIK MADU hanya 15 MINIT dari QAS HOMESTAY. Dan paling menggembirakan orang luar daripada KELANTAN adalah PASAR SITI KHADIJAH yang hanya 6 MINIT sahaja dengan BERJALAN KAKI. MASJID MUHAMMADI juga hanya 2 MINIT. Memang terbaik lokasi HOMESTAY mereka.

CONTACT QAS HOMESTAY



Korang kalau nak stay di QAS HOMESTAY amat dialu-alukan dan korang boleh PM FB NURUL HAKIMAH atau boleh WHATSAPP dan CALL di nombor 0145067552 . Untuk satu malam, semua PERKHIDMATAN yang mek bagitahu tadi hanya RM250. Untuk kami bertiga, satu family tak sampai SERATUS pun. Jimat berganda, kan? Lagi satu yang mek perasan bila kita stay dekat HOMESTAY hubungan kekeluargaan tu akan jadi lebih erat. Mana taknya, anak-anak boleh main bersama-sama, makan pun bersama-sama. Mengemas pun sama-sama. Memang PERCUTIAN di QAS HOMESTAY kali ni buat mek bukak mata dan merubah presepsi mek terhadap HOMESTAY. Tak kenal maka tak cinta. Tak rasa maka tak tahu hikmahnya.


Korang pernah tak bercuti di HOMESTAY atau korang lebih prefer menyewa di HOTEL? Mind to share dekat komen ye ❤


Sekian ..

10 comments

  1. Boleh promote kat kwn2 dari luar Kelantan ni.

    ReplyDelete
  2. Best sekali sekala stay homestay sambil mandi kat pool camni..

    ReplyDelete
  3. Cantik homestay ni...boleh ank2 mandi pool sekali

    ReplyDelete
  4. nampak best tu mek homestay nya..mana tau kot tersesat nak bercuti ke Kelantan, boleh cari entry Mek ni semula.. hehe

    ReplyDelete
  5. terbaek.. boleh la guna servis ni kalau ke sana nanti :)

    ReplyDelete
  6. Sesuai utk mereka yg mempunyai keluarga besar kan. Nmpk selesa sgt. .

    ReplyDelete
  7. Selesa sangat tu.. 18 orang boleh muat 😍

    ReplyDelete
  8. wah...menarik ni. Kena simpan info, mana tahu nanti nak ke KB tak kalut nak cari tempat penginapan. Terima kasih untuk info ini.

    ReplyDelete