MCDONALD'S MALAYSIA PRIHATIN ?

Salam alaikum untuk semua blogger ..

PIT STOP SEBELUM PULANG



So on last day mek di BUKIT GAMBANG RESORT CITY , kami check out lebih kurang after Zohor sebab yang lelaki ke masjid untuk solat dan kami yang mak-mak tunggu dekat lobby. Sebenarnya jam 12.00tgh tu kami dah makan pun dekat ARABIAN CAFE tapi nak pulang ke Kelantan dengan mengambil masa 5 jam ni, perlu jugak satu bekalan supaya anak-anak tak meragam dan jugak mak bapak tak stress nak berhenti petrol pam untuk beli air dan roti. So, kami semua decide nak berhenti sebelum balik di MCDONALD'S JALAN GAMBANG atau lebih dikenali MCD SG ISAP. MCD ni hanya 20 minit je daripada BUKIT GAMBANG RESORT CITY. Dan mek rasa takde la jauh sangat untuk patah balik ke highway PANTAI TIMUR.

WARM WELCOMING



Sampai je di MCDONALD'S JALAN GAMBANG, mek dan rakan-rakan disambut mesra oleh seorang staff. Dengan ucapan dan senyuman SELAMAT DATANG KE MCDONALD'S JALAN GAMBANG membuatkan hati kitaorang rasa macam disambut bagai VVIP. Tentunya korang pun akan rasa benda yang sama kalau disambut macam tu, ye dak? Kami kan ramai, so staff tadi bantu kami untuk dapatkan meja. Memang nampak menolong sangat. Macam mek yang ada anak kecik rasa benda-benda macam ni boleh buat kita rasa bayar lebih pun takpe asalkan dapat layanan yang baik. Daripada bayar murah tapi duk menyumpah je dekat staff sebab tak menolong. Oh, staff yang sitted kan kitaorang tu nampak fit, laju je dia jalan ke sana ke mari. Cergas !

LAYANAN STAF MCD


Lepas kami semua sitted at one place, datang lagi beberapa staff MCDONALD'S JALAN GAMBANG yang lain untuk ambik order. Mungkin sebab ramai so dia ambik order dari meja sahaja. Yela, datang hampir 10 family dengan capacity around 50 orang, kalau beratur dekat kaunter nanti mahu orang lain sesak tak membeli. Itu satu hal. Lagi satu hal kaunter diaorang pun akan stress sebab traffic pack dekat depan mata. So, staff yang belakang ni la turun menolong pelanggan dan jugak team members diaorang. Sweet, kan? Kalau semua jabatan macam ni, harmoni je kerja. Tak stress sebab ramai yang membantu. Dan paling ligat dalam menolong adalah MAMA. Mula-mula rasa awkward bila dia bahasakan diri dia MAMA dekat Amani tapi lepas tu .. hmm rasa lain pulak.

PELANGGAN IBARAT KELUARGA



Bila mek tanya, team MCD memang selalu macam ni ke? MAMA tu jawab ye sebab semua pelanggan kami adalah keluarga kami. Layanan yang diberi sama macam memberi kasih sayang kepada ahli keluarga sendiri. Mek terusik. Dari situ baru faham kenapa dia digelar MAMA. Pegawai atasan MAMA pun sama jugak. Sama ligat dalam membantu MAMA untuk bagi perkhidmatan yang terbaik. Korang fahamkan anak kecik, bila dah ramai memang akan ke sana ke mari, nak itu nak ini. Semua tu TEAM MCDONALD'S yang redakan. Kami mak bapak macam agak rilex that time. Tengok aje. Sebut aje nak belon, kejap je staff MCDONALD'S JALAN GAMBANG bagi belon. Nak aiskrim, in 3 minutes aiskrim kat depan mata. Paling suka bila dapat HAPPY MEALS TOYS la.

KERIANGAN DAN SENYUMAN BERGANDA



Siapa je yang tak seronok kalau dilayan macam VVIP. Makanan terhidang, anak terhibur, mak bapak tak stress dan penat. Itu antara matlamat MAMA dan TEAM MCDONALD'S JALAN GAMBANG - memuaskan hati pelanggan dengan memberi layanan yang terbaik. Bukan setakat bagi makan dan tinggal macam tu je. MAMA ada berkata pada mek yang kalau boleh, dia nak dengar sendiri apa yang pelanggan rasa atau terbuku di dalam hati. ZERO COMPLAINS tu memang nak dikekalkan sepanjang perkhidmatannya. Kata MAMA, daripada complains kepada HQ lebih baik dia settlekan dengan MAMA sahaja sebab MAMA dan TEAM MCD akan senantiasa terbuka untuk terima pandangan dan juga meminta maaf jika silap daripada TEAM MCD.

UKHWAH 45 MINIT



Sedar tak sedar 45 minit kami di MCDONALD'S JALAN GAMBANG, penuh dengan ketawa anak-anak dan mak bapak jugak. Takde seorang pun pulang dengan tangan dan perut yang kosong. Paling penting, moment 45 minit kami di sana menjadi antara MEMORI TERINDAH sepanjang kami di GAMBANG PAHANG. 45 minit perkenalan tapi dah boleh ketawa dan berkongsi cerita pengalaman tu dikira hebat sebab manusia memerlukan masa untuk kenal personaliti manusia lain. Tapi dengan TEAM MCDONALD'S JALAN GAMBANG, memang terasa semacam KELUARGA. Mungkin sebab layanan diberikan, tanpa mengira umur dan asal usul kami semua. Pendek kata, TEAM MCDONALD'S JALAN GAMBANG memang buktikan yang pelanggan adalah KELUARGA !

PELUANG KERJAYA DI MCDONALD'S



Korang pun sebenarnya boleh menjadi sebahagian daripada TEAM MCDONALD'S di mana-mana cawangan seluruh Malaysia. Kalau korang terjah WEBSITE MCDONALD'S memang ramai kakitangan MCDONALD'S yang memberi inspirasi kepada kita semua. Yang ternyata didepan mata mek adalah MAMA - Seorang wanita yang cekal dalam membantu dalam menjana pendapatan keluarga setelah ekonomi mendesaknya untuk menutup syarikat kontrak yang telah dijalankan selama beberapa tahun. NIK ANISAH merupakan PERMATA MCDONALD'S yang digilapkan untuk menjadi GUEST EXPERIENCE LEADER supaya para pelanggan merasakan MCDONALD'S merupakan satu PIT STOP yang terbaik mereka pernah lawati.

Korang pernah tak experience macam ni dekat mana-mana MCDONALD'S yang korang pergi? Kalau ada, kongsikan di komen untuk kita sama-sama sebarkan yang MCDONALD'S juga mempunyai cerita yang indah disebaliknya ❤


Sekian..

5 comments

  1. rasa nak gi lagi jerk ni.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. meriah sungguh diorang ni... bila agaknya leh jumpa lg kan

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah. Bila baca ira yang tak ada kat tempat kejadian pun rasa seolah vvip sama. Hahaha k k over -.-

    ReplyDelete
  4. Usaha murni yang dibuat oleh mama, patut dicontohi oleh mana mana yang terlibat dalam dunia customer service ni..

    ReplyDelete
  5. Seronok pergi sana! seronok lagi makan burger rio.. huhuhu

    ReplyDelete