MARY KAY MAKE UP REMOVER

Salam alaikum semua sahabat blogger mek ..

Siapa yang kalau masa nak tanggalkan makeup, bahagian mata yang paling susah nak tanggalkan? Mesti mata jadi hitam je kan. Sebab EYELINER dan MASCARA tu hitam, campur pulak dengan EYESHADOW - perghh kalau tak tanggalkan dengan baik dan cermat, memang melegam lah bawah mata. Nak apply next makeup pun dah tak lawa. Betul tak?

Sekarang ni MAKE UP REMOVER memang banyak di pasaran. Daripada harga murah sehinggalah harga yang mahal meletup. Bagi mek price comes second. Yang penting MAKE UP REMOVER tu MENJADI dan MEMBANTU mek dalam menanggalkan MAKE UP. Good to know jugak, kalau MAKE UP tak ditanggalkan dengan sempurna, takot-takot air wudhuk tak terkena kulit asal kita, tak rata wudhuk ke atas kulit kita maka tidak sempurna lah wudhuk kita. Bila dah tak sempurna, takot-takot ibadah kita juga tidak diterima. So, be careful in REMOVE MAKE UP on your face.

Ok back to mek punya cerita. Dah cuba pelbagai, hari tu try la guna kawan mek punya MAKE UP REMOVER. Letak atas kapas, sapu dekat mata. Tang bulu mata tu dua tiga kali sapu sebab MASCARA is hard to REMOVE. Bila bukak mata, semua hitam legam HILANG. Biasa kalau kita sapu macam tu, yang warna hitam tu akan berada di bawah mata pulak sebab mek sapu secara pull down. Daripada situ, tanya kawan mek MAKE UP REMOVER apa yang dia guna. So dia tunjuk nih.


Botol pinkish ni. MAKE UP REMOVER by MARY KAY. Kena pulak, hari tu promote LIPSTICK MARY KAY sebab memang mek penggunanya dah sekarang. Kali ni MAKE UP REMOVER pulak. Semuanya tersuka sebab terguna. Jatuh cinta at first sight.

Seperti mana yang korang baca dalam gambar tu, mek akui, sesetengah MAKE UP REMOVER yang mek cuba memang dia oily. Lepas cuci muka pun kadang ada yang melekat lagi. OILY ni tak sama dengan MOIST. MOIST korang akan rasa kulit korang ni dah bersih suci elok. Tapi kalau OILY macam korang cuci muka tak siap.

Disebabkan beberapa perkara yang mention tadi membuatkan mek jatuh cinta pada MAKE UP REMOVER MARY KAY. Korang sendiri pun kena try jugak okeih. Untuk sebarang pembelian barangan MARY KAY, korang boleh PM AKAK MERAH MAWAR atau korang whatsapp je dia 013-9800049 . 

Gambar dekat bawah ni pulak gambor WARNA LIPSTICK yang terkini keluaran MARY KAY. Mek pun dah grab satu hari tu. Oh, untuk ENTRY NI mek ada tanyakan LIPSTICK mane yang akan mek beli, dan mek ada seorang pemenang iaitu RAZANA  ! Mek dah PM dia dekat FB, tapi dia tak munculkan diri jugak. Kalau korang kenal, nanti bagitahu dia ye. Untuk keluaran di bawah ni mek ambik warna MOD PINK. Seperti biasa, warna MARY KAY memang tak mengecewakan.



Sama jugak, untuk sebarang pembelian, boleh rujuk AKAK MERAH MAWAR
Selain servis MARY KAY yang tidak mengecewakan, macam tu la jugak servis yang diberikan oleh AKAK MERAH MAWAR.

Antara kita ni, ada tak yang dah jadi pengguna setia MARY KAY? Dan jugak, korang guna MAKE UP REMOVER apa ye? Nanti share dekat komen ❤


Sekian ..

8 comments

  1. terbaek produk ni :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  2. cantiknya warna pinkish soft macamtu! Betul tu, ada sesetengah makeup remover yang oily bila guna

    ReplyDelete
  3. Cantik pulak warna lipstick lilac tue..

    ReplyDelete
  4. Berkenan pulak kita tengok ni mek. Hahah!

    ReplyDelete
  5. Mary Kay memang terbaik Mek... produk mmg berkualiti termasuk lah mekap remover tu...hehe..
    Salam penghujung Syawal Mek from Lahad Datu :)

    ReplyDelete
  6. Pernahlah guna lipstik MK memang ok cuma harganya tu huuhuhuhu...
    Officemate Mrs. A ada yang beauty consultant MK juga.

    ReplyDelete
  7. Nice review!! ^^ and thank you sudi visit blog Hana :D

    ReplyDelete